Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain February 10, 2023 @ 3:27pm

Ubah Perspektif Jalan Cerita Seram, Yusry Abdul Halim Pertama Kali Muncul Dengan Siri Genre ‘Dark Fantasy’

Pengarah terkenal Datuk Yusry Abdul Halim suntik elemen berbeza menerusi drama bersiri arahannya, Nenek Bongkok Tiga.

Menurut Yusry, penggunaan warna menerusi drama bersiri ini memainkan peranan penting bagi mengubah perspektif penonton bahawa jalan ceritanya bukan seram hantu.

“Ini salah satu sebab kenapa saya ambil tawaran ini, sebab kalau orang offer cerita hantu, ramai orang dah selalu buat. So this is something yang original daripada saya yang saya rasa dia ada rasa seram dan takut, tapi tak ada hantu.

“Dari awal lagi saya telah dimaklumkan yang mereka nak buat cerita yang ada elemen takut, seram, tapi bukan cerita hantu. Bila saya tengok skrip, bahayanya bila kita buat cerita hantu, mood dia suram dan sebagainya akan rasa macam cerita hantu lah.

“Jadi cabaran untuk saya sebagai pengarah adalah mencari sesuatu ruang di mana bila penonton tengok cerita ni tak rasa macam tengok cerita hantu sebab tu penggunaan warna tu penting. Itu salah satu cara untuk kita tukar perspektif penonton yang ini bukan cerita hantu,” katanya.

Pendedahan itu telah dibuat oleh Yusry ketika ditemui di majlis Tayangan Perdana dan Sidang Media Nenek Bongkok Tiga, Rabu lalu.

Selain itu, Yusry juga menyatakan ini merupakan kali pertama dirinya mengarah drama bersiri yang bergenre ‘dark fantasy’.

Biarpun menjadi cabaran baru untuk dirinya, Yusry mengakui berpuas hati dengan idea yang diketengahkan dalam drama tersebut yang sememangnya berbeza dengan karya-karyanya sebelum ini.

“Ini kali pertama saya buat genre dark fantasy, ini antara cerita yang lain pada saya sebab saya tak pernah buat genre ini sebelum ini. Dan cerita ni memang lain daripada kerja-kerja saya sebelum ini.

“Yang menariknya, dalam siri ini semua pelakon memainkan peranan yang sangat penting dalam siri ini. Setiap watak dalam cerita ini berkait antara satu sama lain, persoalan dia banyak. Jadi dia memang lain dari karya-karya saya sebelum ini,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, drama bersiri terbabit juga dibintangi oleh barisan pelakon yang hebat seperti, Meerqeen, Hun Haqeem, Sherie Merlis, Sofia Jane, Sara Ali, Syafie Naswip, Ashraf Muslim, Fimie Don, Sara Mack Lubis, Syazwan Zulkifly dan Rykarl Iskandar.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 15 Jan 2018

Tanah Jalan Semarak Di Serah Semula Oleh Synergy Promenade Kepada Felda

Synergy Promenade Serah Semula Tanah Jalan Semarak Kepada Felda

Featured Mon, 28 Apr 2025
familuv Tue, 10 Jan 2023

Kongsi Foto Sentuhan Klasik, Ramai Puji Keluarga Que Haidar Macam Bangsawan!

Tular sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh pelakon, Que Haidar di aplikasi TikTok  sehingga berjaya mencuri perhatian ramai, baru-baru ini. Menerusi hantaran tersebut, Que atau nama sebenarnya Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar memuat naik beberapa […]

Hiburan Sat, 15 Dec 2018

Alhamdulillah…Kaka Kini Bergelar Isteri

Dalam pada itu majlis resepsi kedua-dua mempelai akan diadakan pada tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

Hiburan Wed, 1 Apr 2026

Cristina Suzanne Larang Anak Masuk Asrama, Akui Bimbang Kes Buli – “Bukan Overprotective, Tapi…”

Menurut Cristina, dia sudah menetapkan sejak awal anaknya bebas menentukan hala tuju hidup sendiri apabila mencecah usia 18 tahun

Trending Fri, 1 Nov 2019

Rakyat Singapura Takut Lipas Lagi Daripada Mati

Lain orang lain takutnya bukan ?

Trending Sun, 24 Jan 2021
Hiburan Wed, 11 Oct 2023

Amanda Amry Luah Impian Bertemu Jejaka Idaman Menerusi ‘Sang Pangeran’

Dah jumpa pasangan impian korang? Jom layan Sang Pangeran, mana tahu angan-angan jadi kenyataan 😜

error: Content is protected !!