Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi April 1, 2026 @ 6:30pm

Cristina Suzanne Larang Anak Masuk Asrama, Akui Bimbang Kes Buli – “Bukan Overprotective, Tapi…”

Pelakon, Cristina Suzanne mengakui lebih selesa membesarkan anak tunggalnya, Adrian Noah Faiz, 7, di depan mata berbanding menghantarnya ke sekolah asrama.

Menurut Cristina, dia sudah menetapkan sejak awal anaknya bebas menentukan hala tuju hidup sendiri apabila mencecah usia 18 tahun, tanpa sebarang halangan.

“Saya dah bersedia untuk anak saya bawa haluan sendiri bila dia umur 18 tahun ke atas. Saya dah cakap dengan dia, ‘once you 18 years old, you can do whatever you want, go’. Tak ada nak halang-halang dia,” katanya.

Bagaimanapun, bagi tempoh membesar, pelakon itu memilih untuk tidak ‘melepaskan’ anaknya terlalu awal, termasuk menolak cadangan menghantar ke sekolah berasrama.

“Masuk sekolah asrama saya tak benarkan. Pergi sekolah biasa saja. Saya rasa kalau dia nak berdikari, biarlah bila dah habis sekolah nanti, duduk sendiri, kerja sendiri.

“Umur 14, 15 tahun tu terlalu awal untuk dia belajar kawal dan berdepan dengan emosi,” katanya.

Cristina berkata demikian ketika ditemui pada majlis doa selamat filem Jangkar di Wisma Metrowealth, pada Selasa.

Dalam masa sama, Cristina mengakui kebimbangan terhadap isu buli turut menjadi antara sebab utama dia mengambil pendekatan tersebut.

“Risau pasal kes buli pun ya juga. Takut kita pula yang datang sekolah nanti marah guru. Saya bukan overprotective, tapi lebih baik jauhkanlah,” katanya.

Tambahnya, sebagai ibu kepada anak tunggal, dia amat menitikberatkan persekitaran yang sihat dalam proses pembesaran Noah, khususnya dari segi pengaruh rakan sebaya.

“Seorang saja anak, jangan jadi apa-apa. Bagi dia kawan yang baik, kerja yang baik tu nasib. Yang penting kawan-kawan dia semasa membesar tu elok,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Cristina bakal membintangi filem Jangkar arahan Jason Chong dan Ayish Shaukat yang akan mula penggambaran bermula 7 April ini

Selain Cristina, Jangkar turut dilakonkan oleh bintang hebat tanah air seperti Yusof Hashim, Fikry Ibrahim, Noki K-Clique, Alieff Irfan dan Datuk Tarmimi Siregar.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 20 Sep 2018

Kumpulan Estranged Kini Jual CD?

Wow! Dah lama tak dengar khabar dari Kumpulan Estranged kan?

Featured Wed, 22 Feb 2023
Cahaya Mata Thu, 23 Feb 2023
Hiburan Thu, 5 Apr 2018

“Aku Berkerja Demi Hidup” – Intan Liana Semakin Berani

Rezeki Intan semakin bertambah selepas apa yang berlaku pada dirinya

Featured Fri, 7 Apr 2023

“Saya Bangga Dengan Diri Saya” – Kalah Kes Langgar Kontrak, Diarah Bayar Lebih RM200,000… Ini Respons Amelia Henderson!

Amelia diperintah bayar saman lebih RM200,000 beserta buat permohonan maaf dan padam video berunsur fitnah.

Hiburan Fri, 12 Dec 2025

Raih 124,448,198 Undian, Ernie Zakri Menangis Bawa Pulang Trofi Bintang Paling Popular! Ini Senarai Penuh Pemenang ABPBH 37!

Ernie Zakri menangis, tidak sangka rangkul anugerah bintang paling popular ABPBH37

Trending Mon, 9 Dec 2019

Suruh Pesakit HIV ‘Stop’ Ubat, Dr Amalina Bersuara

Dr Amalina Persoal Gelaran ‘Doktor’ Individu

error: Content is protected !!