Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi February 9, 2023 @ 5:34pm

AJL 37: Berjaya Jadi Finalis Tutup Mulut Pengecam? Iman Troye Nafi Riyak

Berjaya melangkah ke pentas berprestij Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-37 buat pertama kali menjadi pemangkin semangat dan sejarah manis buat penyanyi baru, Iman Troye.

Berusia 21 tahun, Iman mempertaruhkan single berjudul Nang di AJL 37, sekali gus membuka mata ramai dan membuktikan bakatnya dalam bidang nyanyian.

Disoal sekiranya kejayaan tersebut seakan menutup mulut ramai pihak yang mengkritik nyanyiannya sebelum ini, Iman berkata dia menganggap segala kecaman mereka sebagai satu suntikan semangat untuk terus perbaiki diri.

Malah, anak bongsu daripada tiga adik-beradik ini menafikan dirinya riyak atas kejayaan tersebut, malah Iman meluahkan rasa syukur atas rezeki yang tidak disangka-sangka itu.

“Kita tak boleh menutup mulut mereka yang mengecam benda negatif tentang diri saya sendiri, tetapi saya tak akan tipu komen-komen tersebut adalah pembakar semangat saya.

“Saya ubah persepsi dan komen mereka 180 darjah untuk nampak dari sudut positif, untuk majukan diri dan tidak berada di takuk sama.

“Saya taklah nak cakap riyak selepas diterima masuk AJL, tetapi ini adalah satu rezeki yang boleh dikongsi dengan ramai orang. Saya masuk AJL bukan kerana diri sendiri, tetapi atas sokongan keluarga, syarikat rakaman XO House dan peminat,” ujarnya lagi ketika ditemui, baru-baru ini.

Di kesempatan itu, Iman yang mengambil kelas vokal dan tarian serta telah berbincang dengan rakan sekerja dari segi gubahan lagu intro ke outro, konsep untuk pentas dan menjelaskan elemen lagu ini akan dibawa dalam unsur cerita lagenda seperti Magika dan Puteri Gunung Ledang.

Artikel Berkaitan: AJL 37: Gementar Jadi Finalis Paling Muda, Iman Troye Akui Tercabar – “Dulu Saya Duduk Atas Sekali Di Kerusi Penonton, Sekarang Saya Tercalon”

Selain Nang, 11 finalis lain turut bersaing dalam AJL 37 yang bakal berlangsung pada 12 Februari, jam 9 malam di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Artikel Berkaitan: Pertarungan Vokal Aina, Marsha, Ernie, Shila, Liza.. Ini Senarai Penuh 12 Lagu Mara Ke AJL37

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 15 Jun 2018
Featured Wed, 7 Feb 2024
Featured Wed, 18 Jan 2023

AJL 37: Selepas Lama Berehat, Jihan Muse Buat ‘Comeback’! Teruja Bakal Mengacara Bersama Sherry Alhadad

Woww, gandingan host yang sangat hebat! Jihan & Sherry confirm meletop AJL 37 pada 12 Februari nanti 🤩🤩

Hiburan Thu, 14 Mar 2019

Kami Masih Dalam Mood Honeymoon, Siti Saleha Jawab Soal Zuriat

“Soal zuriat pastinya setiap pasangan mengimpikan untuk ada anak tetapi kami masih lagi dalam fasa honeymoon. Masih lagi enjoy kehidupan berdua”.

Featured Wed, 15 Jun 2022
Featured Tue, 12 Apr 2022
Featured Mon, 15 May 2023

“Bertahun-Tahun Buat Taik Pun Tak Pernah Rasa Salah, Hati Busuk Bau Bangkai!” – Rita Rudaini Tempelak Siapa Tu?

“Hati dah membusuk dan berulat.. babi hutan depan kau pun nampak macam british short hair” – Rita Rudaini

Featured Wed, 13 Apr 2022
error: Content is protected !!