Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain February 14, 2023 @ 2:14pm

Kembali Berhubung Semula, Bekas Tunang Mahu Jumpa Bapa Zarina Anjoulie 17 Februari Ini

Isu antara pelakon Zarina Anjoulie bersama bekas tunangnya, Datuk Seri Khazrul Elzey hampir menemui titik noktah selepas lelaki itu membuat keputusan untuk berjumpa dengan bapa aktres tersebut pada 17 Februari ini.

Perkara tersebut telah didedahkan oleh Elzey sendiri menerusi sebuah perkongsian di TikTok Story, semalam.

Dalam perkongsian tersebut, Elzey menyatakan bahawa Zarina atau lebih mesra disapa Anju telah menghubunginya melalui pesanan mesej.

Namun, lelaki itu tidak mahu mendedahkan sebarang maklumat terperinci mengenai perbincangan yang telah dibuat bersama bekas tunangnya.

“Hari ni dia ada text saya (semalam) dan saya pun ada reply. Apa yang kami bincangkan tu saya rahsiakan dulu. By the way, Anju saya akan jumpa ayah awak pada 17 hari bulan ini. Saya akan bagitahu ayah awak, siap awak.

“Pada 17 hari bulan ini nanti saya akan berjumpa ayah Anju dan berbincang dengan dia. Doakan yang baik-baik buat kami, semoga semuanya berjalan dengan lancar,” katanya.

Sementara itu, Elzey juga sempat berkongsi bahawa mereka masih menyayangi antara satu sama lain dan meluahkan perkara tersebut menerusi pesanan mesej tersebut.

Malah, Elzey turut mendoakan agar aktres itu sentiasa sukses dalam kerjaya lakonan dan perniagaannya.

“Semoga kamu sukses. Saya doakan kamu berjaya teruskan buat live untuk kamu punya produk. You are the best influencer, all the best.

“Don’t talk about me eh, you don’t meroyan. So, Anju nanti kita jumpa pada 17 hari bulan ini. Tenang, relax, solat dan sentiasa sebut nama Allah, zikir, selawat ke atas Nabi.

“Kita muhasabah diri kita, berubah dan tak perlu cerita masalah diri kita pada orang lain. Itu kan lebih baik. Jaga aib, itu yang penting,” jelasnya.

@xtra_my Wah.. ada berita baik ke?👀🤲🏻 #fyp #xtramy #anju #zarinaanjoulie #bekastunang #jumpa #bapa #viral #beritaditiktok #sembangentertainment ♬ Chill Vibes – Tollan Kim

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 25 Aug 2023
Trending Sun, 22 Jul 2018

Haruan Makan Anak, Budak Empat Tahun Dijadikan Pemuas Nafsu Bapa Sendiri!

Ajar si kecil anda dan terangkan bahagian private part yang tak boleh disentuh. Untuk para isteri di luar sana, sayangkan suami janganlah sampai kalau dia rogol anak sendiri, anda masih mahu mempertahankannya. Ada akan fikiran, sila gunakan! Ish geramnya.

Hiburan Fri, 4 May 2018

Hadiah ‘Berhantu’ Sufian Suhaimi

Ini hadiah hari jadi paling bermakna buat saya, hadiah yang langsung tak dijangka!

Hiburan Wed, 9 Oct 2024

“Buruk Macam Mana Pun, Jangan Buka Aib Pasangan” – Sharnaaz Ahmad

‘Tuhan akan tunjuk balik apa yang kita selindung selama ni’ – Sharnaaz Ahmad

Hiburan Tue, 5 May 2026

Netizen Tanya Isu Penyondol, Sheila Rusly Dedah Pernah Beri ‘Lampu Hijau’ Suami Cari Pengganti – “Sampai Sekarang Setia Maknanya Tak Jumpa Lebih Baik”

Sheila mendedahkan dia pernah menitipkan pesanan kepada Jinggo atau nama sebenarnya, Azman Yahya untuk bersikap terbuka dan jujur sekiranya dia menemui wanita lebih baik daripadanya. 

Hiburan Sat, 17 May 2025
Hiburan Thu, 10 Aug 2023

Battle of The Band Mencungkil Bakat Baharu Kugiran Tempatan

Mencungkil bakat baharu kugiran tempatan!

error: Content is protected !!