Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin February 17, 2023 @ 5:26pm

Walau Kelly Azman Kena Kecam, Rezeki Tetap Murah – “Ini Merupakan Kali Ke-12 Saya…”

Selebriti serba boleh, Kelly Azman sudah lali dengan kecaman yang dihamburkan netizen.

Menyifatkan kritikan diterima sebagai pembakar semangat, pemilik nama sebenar Raja Azman Raja Ayob ini tidak kecil hati dengan kejian yang dilemparkan.

“Sebenarnya, mereka yang mengecam ini menjadi suntikan motivasi untuk saya bekerja lebih kuat. Mereka perasan kehadiran saya dalam industri hiburan, jadi mereka mengkritik.

“Saya pula tak boleh berkecil hati kerana ini asam garam dunia seni. Apa yang boleh saya lakukan adalah dengan meningkatkan usaha saya untuk terus menyerlah dan mendapat tempat dalam bidang hiburan,” kata Kelly.

Tambah penyanyi lagu No No No ini, cemuhan netizen tidak menjatuhkan semangatnya sebagai anak seni dan Kelly juga bersyukur rezekinya semakin murah.

“Kejian, cacian serta makian tidak melemahkan semangat saya untuk terus belajar dalam industri ini. Saya juga bersyukur kepada Allah kerana tawaran tidak putus. Ada sahaja rezeki yang diberikan Allah untuk saya teruskan melangkah.

“Pasca pandemik ini, bersempena ketibaan bulan yang mulia, saya kembali menghiburkan orang ramai sepanjang Ramadan di Hotel Royal bersama rakan penyanyi, Ani Maiyuni. Sambil pengunjung datang berbuka puasa menikmati hidangan buffet lazat, kami pula akan menghiburkan tetamu.

“Ini merupakan kali ke-12 saya memenuhi tawaran ini. Sebelum ini, ia pernah terhenti kerana kekangan Covid-19 dan ketika itu pihak hotel tidak menawarkan hidangan berbuka puasa. Alhamdulillah, keadaan sekarang kembali pulih dan saya menerima semula rezeki yang diberikan dengan tangan terbuka,” katanya.

Selepas muncul dengan single Dustakan Cinta tahun lalu, Kelly juga akan hadir dengan naskhah baharu berbentuk kerohanian tidak lama lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 22 Nov 2020
Hiburan Sun, 8 Mar 2026

“Mungkin Hidup Saya Takkan Pernah Sempurna Sepenuhnya, Tapi Saya Tetap Reda” – Nabila Huda

“Saya tetap akan teruskan hidup dengan melakukan perkara yang membuatkan saya gembira” – Nabila Huda.

Trending Fri, 24 Aug 2018

Tiga Pelajar Hilang Akibat Taufan Cimaron

Hujan lebah tanpa henti yang menyerang pulau utara, Hokkaido turut menyebabkan kerosakan dan kelewatan ketara pengangkutan.

Featured Mon, 10 May 2021

PKP Di Seluruh Negara Hingga 7 Jun, Sektor Ekonomi Dibenarkan Beroperasi

Menerusi kenyataan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kerajaan telah bersetuju untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara bermula 12 Mei ini sehingga 7 Jun depan. Perkara itu dimaklumkan selepas mempengerusikan Sidang Khas […]

Hiburan Sat, 16 Aug 2025
error: Content is protected !!