Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin February 17, 2023 @ 10:29am

“Sebelum Jadi Pramugari, Dia Pernah Jadi Kontraktor” – Adeep Nahar Bangga Isteri Kini Bergelar Jutawan

Penyanyi Adeep Nahar meluahkan rasa bangga terhadap kejayaan isterinya, Mazlin Merezukhi yang kini bergelar jutawan.

Menjadi stokis jamu Mutyara menerusi Mutyara Home Centre (MHC), Adeep pada awalnya tidak menghalang minat isteri menceburi bidang ini kerana dia yakin dengan asas yang ada dalam diri Mazlin.

“Awalnya isteri beritahu mengenai jamu Mutyara, bisnes yang dijalankan oleh pasangan suami isteri Tya Arifin dan Asyraf Khalid. Saya pun tanya perniagaan ini macam mana. Sebelum menjadi pramugari, isteri pernah menjadi kontraktor. Jadi, dia ada asas dalam perniagaan.

“Saya tak nak halang dia, sebab dia dah biasa bekerja. Malah, dia yakin untuk buat perniagaan ini. Selepas tiga tahun, dia beritahu berjaya mencapai jualan lebih RM1 juta. Sebagai suami saya bangga dengan usahanya yang bekerja siang dan malam, bertungkus lumus dengan apa yang dibuat. Kepercayaannya terhadap Mutyara, Tya dan Asyraf sangat tinggi.

@tyaarifinnw @Adeep Nahar kenapa sweet sangat 😭♥️ makasii #adeepnahar #GV9 #fyp #MHC #tyaarifin ♬ Bismillah Cinta – UNGU & Lesti

“Selama tiga tahun saya melihat isteri menjalankan perniagaan ini, dia sangat positif. Daripada nasihat Tya, Asyraf dan gurunya Dr Azizan, mereka semua orang yang sangat positif dalam semua aspek. Saya pun ambil semangat itu,” katanya.

Tambah Adeep, antara inti kejayaan adalah suami isteri perlu saling menyokong.

“Tidak kiralah dari segi perniagaan apa, walaupun bukan dalam bisnes sama, suami dan isteri perlu saling menjadi tulang belakang. Doa masing-maisng sangat penting. Saya sentiasa mendoakan kejayaan dan kebaikan buat isteri,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mazlin Merezukhi (@mazlinmerezukhi)

Sementara itu, Mazlin yang sudah tiga tahun berniaga jamu Mutyara berkongsi dia bermula sebagai pengguna.

Menurut Mazlin, usaha yang dimulakan dari bawah dan hasil tunjuk ajar daripada Tya, dia menerusi pasukannya dikenali sebagai Team Chantek dinobatkan sebagai jutawan Mutyara pada Ogos tahun lalu selain sudah mempunyai 2,500 ahli di bawahnya.

“Di Mutyara kami macam keluarga. Budaya yang dibawa Tya dan Asyraf adalah nak membantu orang. Nampak kesungguhan mereka ke arah itu. Tidak wujud jurang antara pengasas dan usahawan. Saya berasa sangat dengan mereka. Jadi, bila dapat persekitaran seperti itu, kita berasa gembira dan ‘enjoy’ dengan apa dibuat.

“Diakui ada masa berlaku turun naik dan jualan kurang, tapi itulah kehidupan. Tapi, apa boleh dikatakan saya gembira bersama mereka. Bukan saja saya, tapi usahawan lain pun merasakan perkara sama. Kami diberikan peluang sama rata,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 7 May 2024
Trending Tue, 23 Oct 2018

「猛毒卷线器」用长舌卷起你的充电线!

万众瞩目的反派英雄电影《猛毒》终于上映!至今仍然话题不断,而擅长设计创意小物的日本人也搭上这波​​风潮,推出「猛毒卷线器」,不似电影中骇人的模样,这款卷线器可爱又有创意。

Hiburan Mon, 29 Jul 2024
Hiburan Fri, 18 Jan 2019

Khai Bahar Ingat Kan Diri Sendiri?

Semoga rezeki Khai Bahar semakin murah hendaknya.

Trending Thu, 7 Jun 2018

Tak Jadi Kahwin Jutawan Arab, Rihanna Putuskan Hubungan Kerana Bosan

Hasrat untuk mengahwini juwatan Arab Saudi nampaknya tidak kesampaian apabila penghibur antarabangsa, Rihanna membuat keputusan untuk memutuskan hubungan dengan teman lelakinya, Hassan Jemeel.

Trending Tue, 11 Aug 2020

Harga Pelitup Muka Diturunkan RM1 Sekeping

Harga pelitup muka akan dijual pada kadar lebih rendah, iaitu RM1 sekeping di peringkat runcit manakala 95 sen di peringkat pemborong. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Alexander Nanta Linggi, ketika mengumumkan […]

Hiburan Sun, 3 Mar 2024
Hiburan Wed, 26 Mar 2025

Aazief Khalid Pula Bersuara Isu Samping Diciplak – “Takkan Orang Lain Tak Boleh Guna Keris Lepas Ni?”

Aazief Khalid berpendapat suami Tyra Kamaruzzaman tiada hak milik keris berdasarkan keturunan

error: Content is protected !!