Euforia Bola 2026
Drama By: Padin February 21, 2023 @ 10:42am

Tonton Apa Hari Ni: ‘Kami Budak Band’

Mengasaskan sebuah kumpulan muzik bukanlah perkara yang mudah. Terdapat pelbagai jenis cabaran yang lazim timbul. Mengekalkan rentak bersama kumpulan yang sama adalah lebih sukar lagi.

Drama Lestary terbaharu yang berjudul ‘Kami Budak Band’ memberi fokus kepada liku-liku perjalanan tiga anak muda yang tekad untuk menempa nama dalam industri muzik tanah air.

Aiman (dilakonkan oleh Ezzrin Loy), Rezal (dilakonkan oleh Arif Bahran) dan Haqiem (dilakonkan oleh Kucaimars) telah bersepakat untuk mengharungi rintangan dalam mengejar cita-cita mereka untuk menjadi pemuzik.

Permulaan mereka adalah persembahan di jalanan dan jamuan hari jadi. Mereka mengimpikan sesuatu yang lebih lagi dalam penglibatan muzik mereka.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ahmad ezzrin loy (@ahmadezzrinloy)

.

Namun, impian tersebut berdepan dengan pelbagai halangan.

Cabaran utama yang dihadapi adalah meyakinkan ibu bapa yang tidak memberi sokongan terhadap minat mereka.

.

Situasi menjadi lebih rumit apabila inisiatif yang diambil untuk melebarkan sayap ke ibu kota merugikan mereka dek menjadi mangsa tipu daya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Kucaimarz (@kucaimars)

Tetapi dugaan-dugaan ini jugalah yang menjadi asbab persahabatan mereka lebih kukuh. Perjalanan mereka juga menemukan mereka dengan sebuah mentor yang memainkan peranan yang begitu penting dalam perkembangan kerjaya mereka.

Saksikan jikalau trio ini mampu mencari jalan untuk merealisasikan impian di hati.

Cerita Apa? ‘Kami Budak Band’
Hari Apa? Setiap Rabu – Sabtu
Jam Berapa? 9 malam
Di Mana? TV3 & Strim Eksklusif di Tonton

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Drama Thu, 23 Apr 2020
Drama Sat, 12 Jul 2025
Drama Fri, 9 Jun 2023

Tonton Apa Hari Ni: ‘Diva Seroja’

Bakti guru amat bermakna.

Drama Thu, 21 Dec 2023

Tonton Apa Hari Ni: ‘Hati Tercarik Luka’

Pengkhianatan pasti menyakitkan.

Drama Wed, 27 Sep 2023

Tawaran Istimewa ‘Tonton Wonton’ Khas Buat Pencinta Kandungan Filem Menarik Cina

Siapa suka tengok filem Cina? Langgan Tonton Wonton now 🥰

Drama Thu, 26 Oct 2023

Tonton Apa Hari Ni: ‘Cik Lang Swe’

Banyak tanggungjawab Cik Lang Swe ni.

Drama Fri, 14 Mar 2025

Adrea Abdullah ‘Ustazah’ Dalam Keluarga Itu Terkejut Terima Mesej L*cah – “Entah Macam Mana Dia Boleh Naik Syok”

Lebih mengejutkan, individu yang menghantar mesej berkenaan merupakan seorang budak.

Drama Tue, 14 Feb 2023
error: Content is protected !!