Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi February 21, 2023 @ 8:52pm

[VIDEO] Isu Anak Bising & Kuat Menangis Di Kedai Makan, Betty Rahmad Selar Cikgu Ayu Empire – “Tak Boleh Pentingkan Diri, Bawa Mainan Atau…”

Baru-baru ini, heboh di serata media sosial mengenai isu cara menjaga anak dalam keadaan ‘tantrum’ di kedai makan.

Ia ekoran sebuah video yang dikongsikan oleh individu dikenali sebagai Cikgu Ayu Empire di TikTok yang meluahkan rasa berang apabila ramai yang memandang serong terhadap anak-anaknya yang merengek di kedai makan.

Menurutnya, dia dan anak-anaknya terpaksa duduk di dalam kereta selepas terdapat segelintir pihak yang seolah-olah mengkritiknya kerana membiarkan anaknya menangis.

“Kalau pergi kedai makan ada anak kecik menangis please jangan pandang serong. Kalau korang tak suka dengan suasana bising macam tu, boleh tak korang makan dekat rumah je?

“Biasalah budak bila dah sudah makan, tak ada benda nak main dorang akan jadi bosan. Sekali anak aku nangis, time tu la orang nak pandang belakang. Kalau tak suka, bungkus makan dekat rumah je,” ujar individu berkenaan.

Susulan itu, isu ini turut mengambil perhatian selebriti Betty Rahmad yang tampil memberi pendapat peribadinya menerusi sebuah video di TikTok.

Menurut Betty, dia tidak bersetuju dengan perkara disarankan oleh Cikgu Ayu kerana berpendapat bahawa sebagai ibu bapa amat penting untuk menjaga keharmonian orang lain tatkala berada di luar.

“Assalamualaikum. Saya minta maaf kalau ulasan saya ni mengguris akak atau sesiapa yang tengah tengok video ini. Pertama sekali, saya selaku seorang ibu yang ada anak kecil dan selalu makan di kedai makan.

“Saya tak setuju langsung dengan statement akak kata ‘kalau tak suka keadaan bising pergi makan dekat rumah’. Sebab saya rasa patutnya mak bapa yang ada anak kuat meragam suka menangis di luar ni yang patut makan kat rumah.

“Sebab apa kalau kita dah tahu anak kita ni kuat menangis, tak boleh lama-lama di luar, kita kena bawak sesuatu mainan untuk bagi anak leka sementara kita tengah makan.

“Atau boleh bawa anak keluar kejap bagi dia tenang lepastu baru masuk balik ke kedai. Ini supaya kita tidak menganggu orang lain sebab mereka datang ke kedai makan bayar untuk makan bukan nak dengar anak menangis.

“Kita sebagai ibu bapa tak boleh pentingkan diri sendiri. Saya pun akan jadi sakit hati dan pandang 360 darjah je kalau nampak mak bapa yang elok enjoy je makan padahal anak dia tengah menagis dan menganggu orang lain,” bidas Betty.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberi sokongan terhadap Betty dan bersetuju dengan pendapatnya itu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 10 Jul 2024
Hiburan Wed, 26 Jun 2024
Eat Travel Mon, 8 Apr 2019
Featured Thu, 23 Aug 2018

Jambu Air Bukan Saja Sedap, Malah Ada Khasiat Tersembunyi Yang Anda Tak Tahu

Vitamin C dan A yang terkandung dalam buah jambu air adalah sebagai sumber zat untuk mencantikkan kulit.

Featured Tue, 16 May 2023
Hiburan Fri, 24 Apr 2026

Buka Tirai Album Kedua, Aina Abdul Lancar Single Pop Jazz ‘Berjauh-an’… Jalin Kerjasama Dengan Penerbit Indonesia

Lagu Berjauh-an dipilih oleh Aina Abdul sebagai single utama untuk album kedua yang dijangka menemui peminat tahun ini.

Hiburan Wed, 12 Dec 2018
Trending Wed, 21 Apr 2021

Ibu, Bapa & 4 Anggota Keluarga Deen Hot FM Positif Covid-19

Ibu bapa dan empat anggota keluarga penyampai radio Hot FM, Deen disahkan positif Covid-19. Menurut Deen atau nama sebenarnya, Nordin Madian, 33, ahli keluarganya yang tinggal di Miri, Sarawak kini sedang mendapat rawatan. “Saya baru […]

Hiburan Fri, 8 Feb 2019

‘Nasib Tak Berapa Baik…’- Siti Sarah Mahu Beraksi Di AJL Tahun Depan

Chaiyok Sarah! We all akan selalu support awak tau.

error: Content is protected !!