Euforia Bola 2026
#tilljannah By: Fatin Nurain February 23, 2023 @ 10:30am

Belum Ada Perancangan Bulan Madu, Serah Soal Anak Pada Rezeki… Raysha Rizrose & Nabil Jeffri Ingin Fokus Selesaikan Komitmen Kerja

Selepas sah bergelar suami isteri semalam, aktres Raysha Rizrose tampil berkongsi perancangannya bersama suami, Nabil Jeffri untuk berbulan madu.

Menurut Raysha, buat masa kini mereka tidak mempunyai sebarang perancangan untuk berbulan madu kerana kekangan masa untuk menyelesaikan beberapa tuntutan kerja.

“Banyak komitmen dan kerja yang saya kena selesaikan selepas kahwin. Malah, sebelum majlis nikah ini pun, saya terikat dengan penggambaran beberapa kempen dan projek yang tak memerlukan komitmen panjang.

“Jadi bolehlah saya fokus membuat persiapan kahwin dalam tempoh itu. Sejujurnya, memang belum ada perancangan berbulan madu lagi saat ini,” katanya.

Sementara itu, aktres tersebut juga menyatakan dia bersama suaminya, Nabil tidak merancang sebaliknya menyerahkan segalanya kepada rezeki.

“Soal anak pula, baik saya dan suami tidak meletakkan ketetapan. Bagi kami perihal cahaya mata ini, insya-Allah ada rezeki ia akan datang tepat pada waktunya.

Menyedari dirinya kini sudah bertukar status, pelakon yang pernah membintangi drama Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin itu mengatakan dirinya kini akan lebih selektif dalam memilih watak demi menghormati suaminya, Nabil.

“Cuma selepas kahwin, saya perlu lebih selektif memilih watak. Saya sudah berubah status, jadi keutamaan tentunya lebih kepada suami,” katanya.

Terdahulu, Raysha telah selamat dijab kabulkan dengan pasangannya, Nabil dengan mas kahwin RM2,222 di sebuah majlis tertutup yang berlangsung di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur, malam tadi.

Dalam perkongsian lain, Raysha turut memaklumkan dia dan Nabil akan diraikan dalam sebuah majlis resepsi di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur pada 26 Februari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: “10 Tahun Kenal.. Ketika Itu Saya Di Sekolah Menengah” – Saling Memuji, Raysha Rizrose Dedah Detik Perkenalan Dengan Nabil Jeffri

ARTIKEL BERKAITAN: Terima Mas Kahwin RM2,222, Raysha Rizrose Sah Bergelar Isteri Nabil Jeffri

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 15 May 2020
Hiburan Sun, 21 Jan 2024
Hiburan Mon, 3 Sep 2018

Bunkface Mengaku Terima Soalan Pelik Di Ruangan ‘Sembunk’

Salah satu cara Bunkface mengeratkan hubungan bersama peminat adalah menerusi sesi soal jawab bersama peminat di ruangan ‘Sembunk’ menerusi Facebook Live.

Featured Fri, 24 Mar 2023
Featured Wed, 1 Apr 2026

Giliran Aeril Zafrel Kena ‘Sound’ Tareq Fit, Minta Jangan Jadi Lelaki Dayus – “Tolong Hadkan Tayang Aurat Rumah Kau”

Jurulatih kecergasan, Tareq Fit sekali lagi menyorot perhatian apabila menegur tindakan pelakon dan usahawan, Aeril Zafrel baru-baru ini.

Trending Fri, 25 Dec 2020
Featured Thu, 22 Apr 2021

Janna Nick Dedah Hidap Penyakit Bipolar, Pernah Cuba B*nuh Diri

Pelakon dan pengacara Melodi, Janna Nick mendedahkan beliau mengalami ‘bipolar disorder’ yang merupakan sejenis penyakit gangguan mental melibatkan perubahan “mood” atau perasaan secara melampau sehingga menjejaskan aktiviti seharian. Menurut Janna yang mendedahkan perkara terbabit di […]

error: Content is protected !!