Euforia Bola 2026
Trending By: Padin December 25, 2020 @ 2:00pm

Bernikah Dengan Ahli Perniagaan, Dayana Roza Sah Bergelar Isteri

Pelakon Dayana Roza atau nama sebenarnya, Nur Dayana Kamsun Baharin, 29, sah bergelar isteri kepada usahawan, A’dale Adham Ayahudin, 33, kira kira jam 8.57 pagi tadi dengan sekali lafaz di Masjid Negara.

Pasangan ini dinikahkan bapa oleh Dayana, Kamsum Baharin Kassim dan disaksikan Imam masjid berkenaan, Ustaz Muhammad Afif Jamal serta dihadiri sekitar 30 orang di kalangan ahli keluarga terdekat dan teman rapat.

Pihak pengantin lelaki menyerahkan tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dulang dan mas kahwin pula diberi dalam bentuk gelang tangan bernilai RM2,000.

Namun begitu, nilai wang hantaran dirahsiakan atas permintaan kedua ahli keluarga.

Bersyukur majlis pernikahan mereka berjalan dengan lancar, Dayana mendedahkan sepatutnya mereka bernikah dua minggu lalu.

“Alhamdulillah terpateri sudah ikatan yang sah antara kami. Sepatutnya kami nikah pada 12 Disember lalu. Kita hanya merancang. Di sebalik ujian pandemik COVID-19 ini yang membataskan banyak perkara, kami dapat melangsungkan yang wajib dulu dan dilangsungkan pagi ini.

“Kami cuba mempercepatkan majlis nikah ini seperti yang dirancang kerana datuk A’dale sudah tua dan sakit. Cuma datuknya tak sihat dan tak dapat tengok majlis akad nikah.

“Insya-Allah kalau tiada aral melintang majlis resepsi akan dibuat 10 Januari depan juga di ibu kota. Cuma sejurus selepas majlis nikah ada sedikit keraian diadakan di sebuah premis acara di ibu kota,” kata Dayana.

Pasangan ini tidak menolak rezeki dikurniakan anak dalam masa terdekat selain merancang untuk berbulan madu di Pulau Langkawi.

Kredit foto: Zaidi Mohamad / Instagram Tiar Zainal

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 6 Aug 2021
Hiburan Thu, 22 Jan 2026

Jawab Teka Teki Peminat, Nur Fazura & Fatima Tampil Sebagai ‘Kejutan Terakhir’ Eksklusif!

Nur Fazura & anaknya, Nur Fatima Aisya muncul sebagai kejutan eksklusif.

Hiburan Fri, 22 Mar 2024
Trending Tue, 23 Jan 2018

Benarkah Laptop Ganggu Kesuburan?

Pernahkah anda mendengar bahawa laptop mampu menganggu kesuburan seseorang? Benarkah fakta ini atau ia hanya mitos semata-mata? Terdapat segelintir berpendapat bahawa haba daripada laptop boleh menjejaskan kesuburan dengan merosakkan telur wanita dan sperma lelaki.

Trending Wed, 20 May 2020

PKPB : Cubaan Balik Kampung Sia-Sia, PDRM Arah Patah Balik

Hormati SOP yang ditetapkan dan jangan degil!

error: Content is protected !!