Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi September 14, 2025 @ 1:04am

AIM 24: Aina Abdul Ungguli Malam Kemuncak, Dayang Nurfaizah Bawa Pulang RM200,000… Jom Semak Senarai Penuh Pemenang!

Malam kemuncak Anugerah Industri Muzik Malaysia (AIM) ke-24 menyaksikan kemenangan terbesar bagi penyanyi terkenal, Aina Abdul yang berjaya merangkul empat anugerah berprestij ini.

Aina atau nama lengkapnya, Nurul Aina Abdul Ghani, 31, merangkul trofi bagi kategori Lagu Pop Terbaik, Vokal Wanita Terbaik dan Lagu Terbaik menerusi naskhah Jangan Mati Rasa Itu.

Manakala, Aina juga membawa pulang trofi bagi Rakaman Album Terbaik bagi Imaji Deluxe Edition (Imamz, Peter Chong, Ezra Kong).

Sementara itu, penyanyi, Dayang Nurfaizah memenangi trofi album terbaik menerusi Belagu II hasil terbitan Aubrey Suwito.

Majlis berprestij itu ditonton lebih 4,000 tetamu dan memberikan pengiktirafan kepada 31 kategori yang dipertandingkan termasuk Anugerah Sri Wirama yang diungguli oleh Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Bertemakan Kemuncak Segala-Galanya, AIM 24 yang dihoskan pasangan Sherry Alhadad dan Alif Satar itu berlangsung dengan meriah dan gemilang di Arena of Stars, Resorts World Genting hari ini.

Anugerah ini turut menampilkan persembahan menarik antaranya adalah Dolla & Tobii, Ara Johari, Black Hanifah, Shila Amzah, Uriah See, Masdo, Ernie Zakri, Anggi Marito, Ade Govinda, Exits,Luca Sickta, Kmy Kmo, Salammusik dan Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Sebanyak 10 kategori menerima dana  bernilai RM50,000 iaitu Artis Baharu Terbaik, Lagu Etnik Terbaik, Lagu NasyidTerbaik, Lagu Tradisional Terbaik, Lagu Perpaduan Terbaik, Lagu Inggeris Tempatan Terbaik, Lagu Cina TempatanTerbaik, Lagu India Tempatan Terbaik, Lagu Terbaik dan Video Muzik Terbaik manakala Album Terbaik pula memperoleh dana RM200,000.

AIM24 kali ini mempertandingkan 4 kategori terbaharu iaituLagu Tradisional Terbaik, Lagu Perpaduan Terbaik, Kolaborasi Artis Tempatan Bersama Artis / Komposer Luar Negara Terbaik serta Kugiran Terbaik.

Sebelum ini, RIM menerima sejumlah 682 pencalonanberdasarkan karya-karya muzik yang diterbitkan mengikut tempoh kelayakan iaitu antara 1 Julai 2022 hingga 31 Disember 2024.

Ia telah diadili pengamal industri muzik tempatan yang berkelayakan serta berpengalaman luas dalam industri mtauuzik tanah air merangkumi komposer, penulis lirik, pemuzik, penyanyi, penerbit, penggubah lagu, guru vokal, pengarah video, jurutera rakaman, jurufoto, pereka grafik dan perunding imej. Penjurian itu dikemudikan Pengarah Muzik tersohor, Datuk Haji Mokhzani Ismail selaku Ketua Juri.

Berikut senarai penuh pemenang AIM 24:

1. Album Terbaik – Belagu 2 (Dayang Nurfaizah – Aubrey Suwito)
2. Lagu Terbaik – Jangan Mati Rasa Itu  (Aina Abdul)
3. Artis Baharu Terbaik – Ryenald Guntabid
4. Vokal Lelaki Terbaik – Ryenald Guntabid (Lumangad Oku Dika)
5. Vokal Wanita Terbaik – Aina Abdul ( Jangan Mati Rasa Itu)
6. Vokal Kumpulan Terbaik – In-Team Nasab Nabi)
7. Kugiran Terbaik – Mahfidz
8. Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik – Faizal Tahir & M. Nasir (Campak Bintang)
9. Video Muzik Terbaik – Voodoo (KRU)
10. Runut Bunyi Terbaik dalam Filem atau Drama – Hasrat ( Amir Jahari – OST Imaginur)
11. Lagu Rock Terbaik – Saksama ( Akim & The Majistret)
12. Lagu Pop Terbaik – Jangan Mati Rasa Itu (Aina Abdul)
13. Lagu Rap/Hip Hop Terbaik – Dannok (Salammuzik ft Namewee)
14. Lagu Pop Elektronik / Dance Terbaik – Mimifly (Angkat)
15. Lagu Bahasa Inggeris Terbaik – My Home Is Where Your Heart Is (Daiyan Trisha)
16. Lagu Bahasa Cina Terbaik – Divorce In Ghanna (Firdhaus)
17. Lagu Bahasa India Terbaik – Pothum (Sheezay Hashmita)
18. Lagu Melayu Terbaik oleh Artis Luar Negara – Bertengkar Manis (Barsena Bestandhi & Rossa)
19. Kolaborasi Artis Tempatan bersama Artis atau Komposer Luar Negara Terbaik – Masing Masing (Ernie Zakrie & Ade Govinda)
20. Lagu Nasyid Terbaik – Biar Satu Dunia Tahu (Faizal Tahir & Mirwana)
21. Lagu Etnik Terbaik – Cinta Setandan Pisang (Den Manjo & Eda Ezrin)
22. Lagu Perpaduan Terbaik – Lagu Bendera (Faizal Tahir)
23. Lagu Tradisional Terbaik – Canda Citra Cinta (Hazra)
24. Kulit Single / Album Terbaik – Iman ( Irfan Ramos)
25. Rakaman Album Terbaik – Imaji Deluxe Edition (Aina Abdul)
26. Rakaman Lagu Terbaik – Aura (Ernie Zakri)
27. Susunan Muzik Terbaik Dalam Lagu – Rindu Menyapa (Dayang Nurfaizah)
28. Lagu Paling Tinggi di Strim – Masing Masing ( Ernie Zakri & Ade Govinda)
29. Video Muzik Rasmi Paling Tinggi Ditonton di YouTube – Sayunk I Love You (Chombi)
30. Lagu Paling Tinggi Ditonton di TikTok – Santai (Faizal Tahir)
31. Anugerah Khas Sri Wirama – Datuk Seri Siti Nurhaliza

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 18 Dec 2021

Cium Penari Wanita Atas Pentas Anugerah Drama Sangat 2021, Rupanya Ariff Bahran Dah Kahwin 3 Bulan Lepas!

Aksi penyanyi Ariff Bahran mencium dahi seorang penari wanita di pentas Anugerah Drama Sangat 2021 (ADS 2021) ketika menyampaikan lagu Bicara Rasa bersama rakan duetnya, Sarah Suhairi membuatkan ramai terkejut. Rupa-rupanya, penari itu adalah isteri […]

Hiburan Wed, 8 May 2024
Hiburan Fri, 16 Feb 2018

AKHIRNYA, DRE KEMBALI KE PANGKUAN NEDIM

Detik-detik pertemuan antara Nedim dan Dre turut menarik perhatian netizen dan followers Nedim di laman instagram beliau. Malah mereka turut berkongsi perasaan tersebut

Events Fri, 22 Apr 2022
Featured Fri, 12 Aug 2022
Hiburan Sun, 1 Sep 2019

Ashraf Muslim Doakan Siapa Di Mekah?

Seronok betul kalau ada yang mendoakan kita, lebih-lebih lagi di hadapan Kaabah!

Events Tue, 3 Apr 2018
Events Tue, 27 Aug 2019

《春天花花花啦啦》开拍!与陈慧恬对戏原腾直呼「没得选」

八度空间《春天花花花啦啦》开拍!四演员加盟「花啦啦」系列,新人原腾将与陈慧恬对戏,让他直呼:没得选!

error: Content is protected !!