Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi February 28, 2023 @ 2:36pm

Elvina Mohamad Cemas Anak Main Basikal Jatuh Masuk Longkang – “Berdarah Penuh Mulut & Hidung!” 

Pelakon jelita, Datin Elvina Mohamad, 28, berkongsi berita cemas berkaitan putera sulungnya, Karl Mateen yang jatuh longkang akibat bermain basikal.

Elvina menerusi perkongsian di Instagram miliknya meluahkan rasa gusar apabila melihat wajah anaknya itu berdasar di bahagian mulut dan hidung.

Namun, menurut Elvina, anaknya itu seakan tidak mempunyai rasa takut atau trauma kerana masih aktif bermain basikal keesokan harinya meskipun mengalami insiden kecil.

“Wahai anakku, jantung mommy ni macam nak tercabut berlari semalam masa awak jatuh masuk longkang. Tapi masih ye pagi ni bangun-bangun cari/check basikal dulu. Haih tak serik-serik.

“Panicked gila semalam tengok darah penuh kat mulut dan hidung. Alhamdulillah, nasib baik cedera luka di luar sahaja. Tak ada patah-patah, tiada yang serius,” tulisnya.

Dalam pada itu, Elvina turut sempat berkongsi pesanan suaminya, Datuk Mohd Haniff Borhan yang berkata normal bagi anak jantan untuk cedera ketika bermain, namun pelakon ini jelas masih fobia.

‘Daddy dia nak bagi sedap hati saya dia cakap ‘Anak lelaki memang macam. ni. Baru jantan’. Oh no! Rasa macam nak sorok semua basikal moto semua tu tak nak bagi main dah!

“Tapi bangun pagi ni benda first dia tanya basikal dia rosak tak and turun-turun bawah terus check basikal siap test bawak lagi. Macam mana mommy nak stop dia kalau dia sendiri pun macam tak serik-serik. Perangai bapak dia,” tulisnya di kapsyen.

Sekadar info, Elvina dan Haniff berkahwin pada 18 Mac 2018 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan cahaya mata sulung, Karl Mateen, empat tahun.

Terdahulu, Elvina mengumumkan bakal menimang cahaya mata kedua ketika bercuti di Tokyo, Jepun.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 21 Feb 2024
Featured Sat, 22 Nov 2025

Peserta Misi Kemanusiaan GSF Terkilan, Penganjur Batalkan Program Gara-Gara Tak Popular?

Haikal mengakui pengalaman itu meninggalkan kesan mendalam terhadapnya.

Hiburan Mon, 29 Jul 2019

Ehem…Aedy Ashraf Tayang Wajah Buah Hati!

Cantik betul girlfriend Aedy ni kan?

Events Thu, 28 Feb 2019

Extra Shows Added to Ola Bola The Musical Season 2!

Tickets are selling out like hot cakes!

Featured Tue, 1 Oct 2019
Trending Thu, 13 Aug 2020
Trending Mon, 2 Dec 2024

Raikan Perjalanan Kasih Sayang Sejati Dalam Rumah Tangga, Sirap Limau Lancar Kempen ‘Masam Masam Manis’

Kempen Masam Masam Manis bertujuan untuk meraikan realiti sebenar dunia perkahwinan.

Featured Fri, 10 Sep 2021
error: Content is protected !!