Featured By: Maya Basir March 2, 2023 @ 12:16pm

“Penyondol Akan Sentiasa Penyondol!” – Nurul Shuhada Tidak Terima Permohonan Maaf, Sedang Terima Rawatan Di Hospital

Isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri tampil memberitahu perosak rumah tangga orang atau penyondol akan sentiasa menjadi penyondol.

Menerusi perkongsiannya di Instagram Story, dia seakan-akan tidak terima permohonan maaf yang pernah dibuat oleh wanita yang didakwa menganggu rumah tangganya, Athira Yuhada.

“Dengar sini semua! Yeap, penyondol akan sentiasa penyondol! Maaf dekat Humairah dan Umar? Tidak, penyondol akan sentiasa penyondol!

“Kali ni, saya sendiri akan cakap, bukan dari orang lain memandangkan saya dah bercerai, mari kita lihat kehidupan penyondol itu selepas ini!,” ujarnya.

Terkini, Shuhada berkongsi keadaannya yang sedang mendapatkan rawatan di sebuah hospital dan meminta maaf tidak dapat memberi kerjasama buat masa ini.

“Assalamualaikum pada rakan media, clients dan sahabat-sahabat yang sedang menghubungi Shu.

“Shu minta maaf sangat-sangat sebab tak dapat beri kerjasama dan tanggungjawab buat masa ni sebab Shu sedang terima rawatan kat hospital.

“Shu akan beri kerjasama penuh selepas selesai semua rawatan. Doakan Shu kuat,” katanya serta menunjukkan wajahnya yang ditutup dengan kapas di bawah mata.

Untuk rekod, Hafiz dan Shuhada telah mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar yang kini berusia 2 tahun.

Namun, rumah tangga mereka mulai retak apabila didakwa Hafidz curang dan telah menceraikan isterinya dengan talak satu dimana ia telah disahkan oleh adik kepada Shuhada sendiri.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 10 Jul 2019

Naik Harga Dua Kali Ganda Aiskrim Kerana ‘Influencers’

kerana muak sebab influencer selalu minta aiskrim percuma ini padahnya

Hiburan Fri, 13 Oct 2023
Trending Thu, 4 Nov 2021

“Dia Tak Putus Asa Walau Kena Reject… Berani Jumpa Family Saya” – Usop Selamat Bertunang Dengan Gadis Pilihan

Penyanyi Usop atau nama sebenarnya Muhamad Saiful Naim Mohd Noor, 24, selamat mengikat tali pertunangan dengan gadis yang berasal dari Sungai Dua, Pulau Pinang, Nur Fatihah Md Hashim, 25. Majlis pertunangan yang diadakan secara tertutup […]

Events Sat, 15 Feb 2020
Hiburan Sun, 25 Mar 2018

“Seksi Tak Bermakna Saya Tak Tahu Agama” – Nana Al Haleq

Nana juga menganggap aktiviti membentuk otot ini merupakan kerjaya seni yang boleh menjadikan diri beliau sebagai inspirasi kepada masyarakat

Hiburan Mon, 1 Apr 2019

Aman Nassim Pilih Pensyarah Jadi Isteri

Selamat Pengantin Baharu Aman & Baizura!

Featured Sun, 1 May 2022