Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi March 3, 2023 @ 5:16pm

Tampil Imej Bertudung, Vanidah Imran Mahu Betul-Betul Bersedia Sebelum Berhijrah – “Doakan…Saya Tahu Ia Tuntutan & Wajib”

Pelakon Vanidah Imran, 50, tampil mengenakan hijab ketika menghadiri malam gala & sidang media filem Imam di Istana Budaya baru-baru ini mendapat perhatian.

Ketika ditemu bual XTRA, Vanidah menjelaskan penampilannya berhijab pada malam tersebut hanyalah untuk menghormati majlis.

Bagi Vanidah, dia mahu bersedia sepenuhnya jika membuat keputusan untuk berhijrah malah mengakui perkara tersebut adalah proses.

“Doakan…kita nak tutup mulut tempayan susah, di usia begini, saya tak ambil peduli sebab ia adalah proses.

“Untuk saya nak berhijrah, saya perlu betul-betul pasti, saya tahu itu tuntutan dan wajib. Saya tak mahu nanti kalau saya pakai tudung, tapi jiwa saya meronta, saya masih lagi nak fit (berbaju ketat).

“Jadi bagi saya belajar dulu, bila saya pakai tudung itu ada proses. Allah knows, saya selalu percaya pada itu,” jelasnya.

Tambahnya, dia juga bimbang sekiranya hatinya berbolak-balik jika sudah mengenakan hijab kelak sebaliknya dia mahu menguatkan jiwanya terlebih dahulu.

“Saya ada kawan yang dah berhijrah semua cakap, ‘nanti bila tiba masanya you sarung tak fikir’. Bila you pakai tu dah tak fikir. Tapi kalau you pakai masih rasa macam tak sure, rasa macam nak buka, satu hari nanti akan rasa rengsek

“Saya nampak ada kawan pakai dah 12 tahun dan tiba-tiba buka. Katanya ‘itu bukan diri dia’. Saya takut, sebelum jatuh fitnah bagi saya perlahan-lahan.

“Buat masa sekarang, apa yang saya lakukan adalah cuba untuk kuatkan jiwa saya dulu. Saya belajar apa perkara yang saya tak pasti,” tutupnya.

Filem Imam menampilkan barisan pelakon-pelakon hebat seperti Datuk M Nasir, Faizal Hussein, Vanidah Imran, Natasha Charmain dan ramai lagi.

Filem Imam mula menemui penonton mulai 2 Mac 2023 di pawagam seluruh negara.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 16 Oct 2020
Trending Tue, 30 Jan 2018

Isteri Punca Suami Jadi Anak Derhaka?

Isteri cemburu dengan ibu mertua atau ibu mertua cemburu dengan menantu bukanlah satu perkara yang pelik ketika ini.

Hiburan Tue, 1 Nov 2022
Hiburan Thu, 4 Jan 2024

Hentikan Sebar Berita Palsu…Hasnol Belum Meninggal Dunia, Masih Stabil & Sedang Dirawat Di Hospital

Kita sama-sama doakan agar kesihatan abang Hasnol baik-baik sahaja serta segera sembuh🤲🏻

Featured Thu, 1 Aug 2024
Trending Fri, 1 Jun 2018

这件名牌上衣要价5000!网友干脆DIY用胶带黏一件

时尚的世界真的很难懂!西班牙著名时装品牌Balenciaga今年秋季推出的一款男装上衣,其令人难以理解的设计理念与昂贵的价格引发网友热烈讨论。

Featured Wed, 23 May 2018

Maya Karin Ajak Orang Ramai Tandatangani Petisyen Untuk Selamatkan Alam Sekitar Di Malaysia

Tujuan petisyen ini adalah agar kerajaan Malaysia tubuhkan kementerian khas untuk alam sekitar.

error: Content is protected !!