Euforia Bola 2026
LIFESTYLE By: SGMS Enal November 22, 2017 @ 4:23pm

Tips Beli Rumah Lelong Dengan Gaji Kecil

 Seorang lelaki yang dikenali sebagai Mazlan Aziz telah berkongsi cara mudah yang dilakukannya bagi membeli rumah. Walaupun rumah yang dibelinya bukan rumah yang baru siap dibina, sebaliknya rumah lelong, namun rumah tetap rumah kan. Jom kita ikuti perkongsiannya di bawah.

Gaji kecil, baru grad, tapi boleh beli rumah! 

Ini untuk yang gaji kecil macam kami ja, yang gaji besar jangan baca.

No hidden, cara sempoi kami beli rumah lelong.

Aku specific terus untuk rumah lelong la, sebab gaji kita kecilkan, senang sikit. Rumah subsale dan undercons lain kali la. Tapi syarat pertama jangan mengada-ngada, plan strategydan effort.

Ni based aku punya pengalaman, kalau salah betulkan.

Dia ada 3 stage :

1. Sebelum beli

2. Semasa

3. Lepas dapat rumah

Bagi hadam betul-betul stage-stage ni baru on.

Aku cerita stage 1 dulu la. Ada 7 step :

1. Cek Loan pinjaman ko lepas berapa Cent.

2. Cek duit cash ko ada berapa.

3. Letak range harga rumah yang mampu, gaji sempoi, jangan rumah juta-juta pun ko nk tibai. Sabaq-sabaq. Jangan gelojoh.

4. Buat strategy, sama ada ko nak duduk sendiri or bagi sewa (cash flow) or jual balik (flipping).

5. Then baru ko boleh pilih rumah mana yang ko nak masuk bid. 

Kalau step 1-4 ko tak buat, terus step 5, aku rotan ko. Dah pilih pastu cek nombor 6 dan 7.

6. Cek status rumah dari segi Legal.

7. Cek status rumah dari segi fizikal (pergi tengok keadaan rumah).

Biasanya step 1-5 boleh buat sendiri, tapi sampai step 6 dan 7, kat sini barai. Minta bantuan pakar. Jaga-jaga guys. Memang awal-awal rasa macam boleh buat semua step, tapi bila timetu la anak ko ad sukaneka, wife mengidam nasi kandaq la, serius memang tak sempat. Step1-7 tu wajib buat, kalau tak buat, tak payah masuk lelong la, duduk rumah main PES17.

Aku pesan siap-siap, lelong ni kena sabaq, ada rezeki, sekali bid terus dapat. Ada yang Allah uji 3 bulan baru dapat ( macam aku). Macam jodoh, ada yang cepat, ada yang lambat.

Image result for beli rumah

Untuk step 1 (cek loan ko lepas atau tak)

Beli rumah lelong ada 2 cara :

1. Cash

2. Loan

Ak tak kisah sangat yang cash, tapi kalau pakai loan, cek betul-betul guys. Aku cerita yang beli pakai loan, ada few things ko kena cek to make sure loan ko lepas, sebab biasa lepas menang rumah, ko kena settlekan dalam masa 90/120 hari, tapi kalau loan ko tak lepas, merana la ko nak cekau duit nak bayar full rumah tu dalam 90 hari. So, make sure cek loan ko lepas ke tak. Kalau lepas, tak yah risau, in sha Allah dapat rumah dengan harga murah.

Untuk step 2 (cek duit cash ko ada berapa).

Yang ni penting, kalau tak ko tak boleh masuk lelong. Sebab, untuk masuk lelong, ko kena buat bank draft 10% dari harga rumah. Contoh rumah ko target RM 90k, Buat bank draft RM 9k.

Kalau mak mertua minta hantaran, ko cakap dah buat deposit rumah. Jangan takut, cakap dengan confident. Tapi kalau melepas si dia, ko jangan salahkan aku. Hahaha.

Letak range harga rumah yang ko MAMPU! Aku saja besarkan “Mampu” tu, nak highlight, jangan ngada-ngada target rumah juta-juta kalau tak mampu. Ok, so based on loan ko lepas berapa, dan duit cash ko berapa yang ada, letak la limit harga rumah yang ko nak masuk.

Buat strategy, sama ada ko nak :

1. Duduk sendiri

2. Bagi sewa (cash flow) or

3. Jual balik (flipping)

Yang ni pandai-pandai la.

Ok, dah buat step 1-4, then boleh pilih nak rumah yang mana. Cek status rumah (Legal issue).Yang ni penting gila. Cek keadaan rumah, yang ni aku boleh buat sendiri dan enjoy juga pergi view rumah ni. Tengok kawasan jiran-jiran ok ke tak, tengok rumah cantik ka tak. Pastu, boleh la daftar dengan pergi bidding. Ulang step 6 dan 7.

Aku pun lambat tau benda ni sebenarnya. Hope hampa yang dah tau ni manfaat kan la ye. Moga Allah mudahkan urusan hampa untuk beli rumah.

Image result for beli rumah lelong

Yang untuk step 6 tambahan:

Legal isu, status rumah yang perlu diperiksa:

1. Develepor bagus atau tak.

2. Ada kaveat atau tidak,

3. Berapa bil-bil tertunggak,

4. Title rumah, master atau individual / strata

Status rumah akan effect bila kita nak apply loan. Ada yang cakap ni penindasan. Ini cara terbaik untuk selamatkan orang yang tak mampu bayar dari muflis. Kalau hutang depa RM 100k, lelong RM 180k, RM 80k depa akan dapat. Kalau salah betulkan.

Tambahan step 2, lepas dapat rumah, stage 3, perlu sediakan sekitar 5% untuk kos legal fee, bil-bil dan lain-lain.

Sumber : Mazlan Aziz

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Fab Foodies! Mon, 15 Jan 2018

茱莉蛋卷「把爱写出来」赢999足金手镯

配合农历新春来临,Julie’s再次推动“What’s Your Love Letter?把爱写出来”活动,邀请大家“散播幸福,分享爱”;同时,参与者有机会赢取999足金福袋魅力手镯,福气满满过新年。

LIFESTYLE Tue, 7 Aug 2018

There are 10,000 Cats in this Temple but None of Them are Alive

They’re figurines, of course. But very lucky ones.

familuv Thu, 8 Dec 2022

Potret Arwah Ibu Jadi Hadiah Konvokesyen.. Video Pelajar & Bapa Buat Netizen Sebak

Hari Konvokesyen adalah saat yang dinantikan oleh semua graduan setelah berhempas pulas mencari ilmu. @apan0012 Al fatihah mak #tiktok #fyp #fypシ #2022 #CapCut ♬ bunyi asal – Apan Tular satu hantaran di laman TikTok seorang […]

FESYEN Tue, 11 Apr 2023
LIFESTYLE Thu, 29 Nov 2018

The Perahu Bangau Costume; When Traditional Culture Mixes with Fashion

This is the story behind Miss Universe Malaysia’s unique Perahu Bangau costume

LIFESTYLE Thu, 21 Mar 2019

A Luxurious Escape from the Hectic City at Sembunyi Spa

Take your mind off from work to enjoy a relaxing and calming experience!

LIFESTYLE Fri, 28 Dec 2018

#TindanChallenge, Tahukah Cabaran Ini Boleh Undang Risiko

Cabaran ‘tindan’ ini bermula dengan satu gambar sekumpulan lelaki yang viral mengambil gambar dengan cara ‘menindih’ satu sama lain daripada bawah hingga ke atas.

LIFESTYLE Fri, 8 Jun 2018

如何带最少的行李去旅行,你知道吗?

很多人旅行,都会胡乱塞一堆东西,比如可能会用上的书,可能会用上的化妆品,甚至行李数量多的让人误会你在「搬家」吗?

LIFESTYLE Tue, 2 Jul 2019

别超过3分钟!大便「这姿势」超危险

不少人去厕所「嗯嗯」时,都习惯将手机、书本或报纸带进去。不过日本名医平田雅彦表示,上大号最长不要超过3分钟,因为……

LIFESTYLE Sat, 20 Oct 2018

不只会变胖!「睡太少6后果」崩溃公开

别再晚睡了!睡太少一直是现代人的通病,生活压力造成惯性熬夜,长久累积下来不仅会降低大脑的执行力,还会为身体带来诸多负面影响。

error: Content is protected !!