Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin March 7, 2023 @ 9:30am

[VIDEO] Panas! Keputusan ‘Scanning’ Positif? Netizen Dakwa Athira Yuhada Hamil, Kahwin Sejak Tahun Lalu?

Susulan beberapa siri kontroversi berhubung rumah tangga pelakon Hafidz Roshdi dan isterinya, Nurul Shuhada di platform media sosial, individu ketiga yang didakwa menjadi punca, Athira Yuhada mencuri perhatian selepas dia didakwa hamil.

Menerusi video tular di TikTok @Melodiberapi, penerbit Michelle Wee bertanyakan maklumat mengenai keputusan ‘scanning’ yang dilakukan individu itu di sebuah klinik pada tahun lepas.

“Kebetulan saya ada mendapat maklumat mengenai scanning, nama *censor* yang berlaku tahun lepas di satu klinik. Result menunjukkan beliau *censor*. Awak tahu ke pasal benda ni?,” katanya.

Seakan terkejut dengan pendedahan yang diberikan, Shuhada sempat bertanyakan daripada manakah penerbit itu mendapatkan maklumat tersebut.

Dalam masa sama, dia menyerahkan segalanya kepada perancangan Allah SWT.

“Hanya Allah yang maha mengetahui segala sesuatu perkara mengenai si dia (Hafidz) dan si dia (Athira Yuhada), itu sahaja yang saya boleh katakan.

“Saya memang betul-betul berserah kepada Allah, moga Allah akan adili sebaiknya. Allah maha adil,” tambahnya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet membuat andaian bahawa hasil keputusan ‘scanning’ yang dimaksudkan itu adalah berita mengenai  individu ketiga yang dikatakan hamil, malah timbul spekulasi Hafidz telahpun berkahwin dengan wanita berkenaan sejak tahun lalu lagi.

 

@melodiberapi Andai Hafidz Roshdi berkahwin dengan Athira, nie ucapan padu Syuhada buat Pelakon Hafidz Roshdi 😥 #meloditv3 #panas #hafidzroshdidanathirayuhada #curang #panas #tumbuk #hafidzroshdi #tv3 #ceritaartismalaysia ♬ original sound – Melodi

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Mon, 7 Jan 2019

BLACKPINK Terus Mendominasi Dunia Hiburan

Ddu-Du-Ddu-Du, Oh yeah! oh, yeah! Haaa.. kepada semua peminat BLACKPINK nantikan berita terbaru mengenai mereka hanya di xtra.com.my

Hiburan Wed, 12 Apr 2023
Eat Travel Sat, 18 Apr 2020

Pulau Jerejak yang dulu pulau ‘buangan’, kini tarikan utama si kaki foto

Peluang kenali sejarah sambil menikmati panorama indah

Featured Fri, 10 Aug 2018

Kanak-Kanak Ini Berkaki Kudung Tapi Tetap Dipilih Menjadi Model Cilik, Inspiring Sungguh!

Dia tak biarkan kecacatannya menghalangnya daripada mencapai cita-cita.

Hiburan Wed, 29 Jan 2020
Hiburan Sat, 24 Nov 2018

Nafi Bercinta Dengan Businessman, Zahirah Mcwilson Suka Lelaki Tinggi Lampai

Sesuailah kalau Zahirah nak cari lelaki tinggi lampai, baru berdiri sama tinggi, duduk sama rendah

error: Content is protected !!