Euforia Bola 2026
OMG By: Fatin Nurain March 7, 2023 @ 6:55pm

Element Kuala Lumpur Bawakan Bufet Makan Malam ‘Citarasa Warisan Element’ Sempena Ramadan Ini!

Hotel Element Kuala Lumpur tampil membawakan Bufet Makan Malam ‘Citarasa Warisan Element’ sempena bulan Ramadan ini.

Bufet Ramadan tersebut akan diadakan di Restoran TRACE dan Bar, Element Kuala Lumpur bermula 25 Mac sehingga 20 April dengan harga yang berpatutan untuk semua pengunjung.

Lebih menarik lagi, Element turut menyediakan pelbagai hidangan menarik yang disediakan oleh barisan chef yang berasal daripada tujuh negeri yang berbeza.

Antaranya, Chef Helmi, Chef Idris Yusof, Chef Azam Ahmad, Chef Hasrul, Chef Zamri, Chef Eirfa, Chef Fitri dan Chef Hwan.

Berlatar belakangkan pemandangan Kuala Lumpur yang indah, orang ramai juga boleh menikmati hidangan yang lazat dari lima stesen pilihan makanan, di sana.

Antara pilihan makan yang disediakan ialah Kerabu Warisan Malaysia, Sup Kedah Piaw, Biryani Kaki Kambing, Masak Lemak Cili Padi di stesen Claypot, Local & Western Bakar-Bakar, Hidangan Klasik Turn-Temurun dan Pemanis Mulut Tradisi Sepanjang Zaman.

Selain itu, mereka juga menyediakan beberapa hidangan menarik seperti Rendang Ayam Bonda, Ayam Bakar Percik, Daging Pesamah, Ikan Masak Asam Pedas dan Udang Butter.

Bagi melengkapkan hidangan, pelbagai pencuci mulut seperti kuih-muih, patisserie, buah-buahan tempatan segar, Ais Batu Campur dan Ais Kacang juga akan dihidangkan mengikut citarasa setiap orang.

Orang ramai boleh nikmati hidang Bufet Ramadan ini dengan harga RM168 bersih bagi setiap dewasa dan RM84 bersih bagi setiap kanak-kanak, bermula dari 6:30 petang hingga 10 malam, antara 25 Mac dan 20 April 2023.

Bukan itu sahaja, pihak Element turut menawarkan harga RM125 bersih bagi setiap orang dewasa yang membuat tempahan awal pada atau sebelum 24 Mac 2023.

Ahli Club Marriott, serta pemegang kad Maybank dan CIMB juga akan menerima potongan 20% daripada bufet makan malam.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Selebriti Wed, 18 Mar 2026

Chef Riz Kembangkan Kerjaya Kulinari Dengan Restoran Baharu

Chef Riz terus mengorak langkah dalam dunia kulinari.

Hiburan Mon, 24 Dec 2018

‘Kita Pulang Sama-Sama Sayang Ya. Tunggu Ya’, Ifan Seventeen Setia Menunggu Isteri

Hantaran ini membuatkan netizen sebak dengan kata-katanya yang tidak akan keluar dari kawasan Banten selagi tidak berjumpa isterinya.

Hiburan Mon, 8 Dec 2025

“Macam Zaman Bercinta Semula” – Edika Yusof Syukur Rumah Tangga Kembali Pulih

Edika berkata hubungan yang kembali bertaut itu memberi semula rasa ‘berbunga

Selebriti Thu, 16 Apr 2020
Hiburan Thu, 28 Mar 2019
Featured Mon, 20 May 2024

Gara-Gara Isu P*lestin, Ning Baizura Terguris Diri Digelar Kristian – “Saya Juga Manusia, Punya Hati”

Tak baik tau kalau sampai menghina agama orang tu tau… Positif dan doakan yang baik-baik!✌️😎

Featured Fri, 30 Sep 2022

[VIDEO] Berpakaian Menjolok Mata, Dolla Minta Maaf – “Kami Tersilap Pandang”

Kesian Dolla, apapun mereka dah tampil mohon maaf. Berjanji akan lebih berhati-hati selepas ini 😊 Btw congrats Dolla & Naim Daniel untuk lagu duet baru! Min luvvvv ❤️❤️

error: Content is protected !!