Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi December 8, 2025 @ 2:07pm

“Macam Zaman Bercinta Semula” – Edika Yusof Syukur Rumah Tangga Kembali Pulih

Pelakon, Edika Yusof akhirnya menarik nafas lega apabila hubungan rumah tangganya bersama isteri tercinta, Nor Hidayah Yusri, 47, kembali pulih selepas melalui fasa paling mencabar dalam perkahwinan mereka.

Menurut Edika atau nama sebenarnya, Mohd Yusof Abd Majid, 58, tiada pasangan yang terlepas daripada ujian, namun, yang paling penting adalah kesediaan untuk memperbaiki diri dan tidak menyerah ketika hubungan diuji.

“Jodoh, hidup, mati… semuanya ketentuan Tuhan. Kalau kita yakin itu jodoh kita, jangan cepat mengalah. Tiada manusia sempurna. Kita perbetulkan apa yang kurang, kita bincang dan beri peluang pada diri sendiri,” katanya.

Mengenang detik ketika mereka memilih untuk berpisah, Edika mengakui keputusan itu diambil demi memberi ruang kepada kedua-duanya bermuhasabah.

“Kami ambil keputusan untuk duduk asing sekejap. Dalam tempoh idah tu… saya mula mendekati, dia pun sama. Kami berbual perlahan-lahan tanpa libatkan anak. Akhirnya kami rujuk dalam tempoh idah,” jelasnya.

Edika ditemui pada majlis Pra-Kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke-37 (ABPBH37), baru-baru ini.

Lebih menggembirakan, Edika berkata hubungan yang kembali bertaut itu memberi semula rasa ‘berbunga’ seperti zaman mereka baru mula berkenalan.

“Rasa macam cinta baru! Kami berdua saja… anak-anak duduk di tempat lain. Kami mula dari kosong dan saya nampak ia menjadi. Syukur, Alhamdulillah,” katanya.

Mengulas mengenai kecaman dan komen nakal yang pernah timbul ketika rumah tangganya bergolak, Edika memilih untuk tidak menyimpan hati.

“Orang nak cakap macam-macam, biarlah. Mereka bukan tahu cerita sebenar. Yang penting, apa yang dah lepas, biarkan pergi. Saya fokus apa yang perlu dibuat untuk hari esok. Satu komen pun saya tak baca. Masing-masing ada hak nak bersuara.

“Kami dah kembali, perbetulkan mana yang salah dan teruskan hidup. Go with the flow,” katanya.

Untuk rekod, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 2003 dan dikurniakan dua cahaya mata. Hidayah turut mempunyai seorang anak lelaki, Nazirul Afiq, 27, daripada perkahwinan terdahulu.

Hidayah pernah memfailkan perceraian pada Februari lalu sebelum mereka sah bercerai talak satu pada 5 Mei 2025, namun memilih untuk kembali bersama dalam tempoh idah.

Artikel Berkaitan: Kapsyen ‘Dengan Sepenuh Cinta, Your Husband’ Raih Tanda Tanya, Edika Yusof, Bekas Isteri Didakwa Dah Rujuk?

Artikel Berkaitan: Edika Yusof Kongsi Foto Mesra Dengan Bekas Isteri, Kapsyen Romantis Raih Tumpuan – “Jika Dia Tersenyum Bermakna Dia Suka Disampingmu”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 2 Oct 2025

“Janji With Dayang” Gegar Kuala Lumpur, Dayang Nurfaizah Pukau Peminat Dengan Vokal Penuh Jiwa

Suasana di Tower Terrace, Menara Kuala Lumpur pada malam Sabtu lalu bertukar luar biasa apabila showcase eksklusif “Janji With Dayang” berlangsung dengan penuh gaya dan kehangatan. Penyanyi tersohor tanah air, Dayang Nurfaizah, tampil mempesona dengan […]

Hiburan Sat, 10 Jan 2026

“Bukan Sekadar Filem, Ini Suara Kebenaran” – Hazwani Helmi Seru Sokong The Voice of Hind Rajab

Hazwani menyeru orang ramai agar tampil memberi sokongan dan menyebarkan mesej kebenaran melalui karya seni seperti The Voice of Hind Rajab

Featured Fri, 10 Dec 2021

Mengaibkan Dengan Niat, Polis Buru 4 Individu Persenda OKU

Dah buat kenalah bertanggungjawab ye dak?

Hiburan Tue, 26 Jun 2018

Haqiem Rusli Terluka Lagi…

Dalam masa sama, penyanyi yang baru menyambut ulang tahun ke 20, baru-baru ini memaklumkan ada di kalangan artis yang menghentamnya selepas pengumuman untuk bersara dibuat. Alahai…

Featured Wed, 30 Nov 2022

Suntik Budaya Silat & Keunikan Bandar Sejarah Melaka, Animasi Popular Mechamato Movie Bakal ‘Gegar’ Pawagam Pada 8  Disember Ini!

MechaBot, Mechanize!!! Jom kita gegarkan panggung wayang tonton Mechamato 8 Disember ni, confirm enjoy sampai habis 🤩

Hiburan Sun, 27 Aug 2023
Hiburan Mon, 30 Apr 2018

Antara Singapura- Malaysia, Akhirnya Adi Putra Buka Mulut!

Ramai yang mempersoalkan tentang kerakyatan saya, memang benar dilahir di Singapura, berkecimpung dunia perfileman di Malaysia, berniaga syarikat pengurusan Umrah dan Haji di Malaysia.

Hiburan Thu, 5 Jul 2018

EXO vs. BTS: Who’s Song Will be Playing at the FIFA World Cup 2018

It’s a bloodbath between to two artists’ fandom!

error: Content is protected !!