Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain March 8, 2023 @ 3:10pm

“Sekali Pandang Macam Terkahwin Dengan Gangster Snooker” – Alyah Teruja Dapat Hadiah Lukisan Potret Bersama Tok Ram

Penyanyi Datin Alyah meluahkan rasa terujanya selepas suaminya, Datuk Ramli MS atau Tok Ram membawa pulang potret lukisan yang dihadiahkan buat mereka oleh seseorang.

Perkara tersebut telah dikongsikan oleh Alyah menerusi sebuah hantaran di Instagram, semalam.

Menurut Alyah, dia tidak berkesempatan untuk membuka bungkusan potret tersebut kerana sibuk bekerja.

“Kelmarin Tokram balik dengan membawa potret lukisan yang berbalut dari siapa saya pon tak pasti. Bila ditanya, Tokram kata ada orang lukis dan buat bagi kat dia dan suruh saya tengok sendiri. Sebab lately busy sangat jadi tak ambik pot sangat hal ni.

“Setelah dua hari berlalu bingkai gambar yang tertutup dengan pembalut masih mengoda tangan untuk membuka. Then apa lagi kita pon suruh maid kita buka. Sekali, Allahuakbar lukisan i dengan Tokram daaaa,” tulisnya.

Dalam pada itu, pelantun Tak Mungkin Kerana Sayang itu sempat berseloroh menyatakan potret tersebut seperti dirinya berkahwin dengan gangster.

Malah, dia juga sempat berterima kasih kepada pemberi lukisan potret tersebut.

“Sekali pandang macam terkahwin dengan gangster snooker daaaa. Tapi saya suka Lukisan ni Alhamdulillah Terima kasih. Siapa yang lukis ni mohon tag sini boleh? saya nak ucapan terima kasih,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Alyah Abu Hasan (@alyah81)

Terdahulu, Alyah dan Ramli MS telah mendirikan rumah tangga pada 18 Mac 2013.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 26 Jun 2024
Hiburan Tue, 13 Mar 2018

BTS’s J-HOPE Finally Reveals Member Who Made Cameo in Daydream MV!

J-Hope played a guessing game with fans but now he has revealed the answer.

Trending Fri, 29 Mar 2024

Beli Rumah Dan Berpeluang Untuk Dapat Jongkong Emas? Wow Memang Bling Bling Lah Raya Tahun Ni!

Raya datang lagi! Macam biasa,nak raya ni, mestilah ada deals menarik dan seperti biasa, antara pemaju yang tak pernah missed kasi deals menarik time raya adalah LBS Bina! Setiap tahun,inilah yang ditunggu-tunggu oleh mereka yang […]

Trending Tue, 31 Mar 2020
Featured Wed, 20 Jul 2022

[VIDEO] Angkat Isu ‘Body Shaming’ Dalam Karya Terbaharu, Zara Zya Harap Dapat Suntik Semangat Wanita ‘Plus Size’

Malam ni episod 2 gais! Tak sah kalau tak kering gusi tonton drama ni. Comel Zara Zya jadi chubby hehe

Hiburan Wed, 8 Aug 2018

The End of Brangelina: Angelina Jolie Wants Divorce Settled by End of 2018

It seems like there really will be no more Brangelina soon.

error: Content is protected !!