Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari March 8, 2023 @ 2:56pm

Musa Hassan Kongsi Ciri & Tabiat Isteri Derhaka

Baru-baru ini, nama bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan terpalit dengan sebuah kontroversi yang mendakwa dirinya mencederakan isteri keduanya.

Malah, tular di media sosial beberpa video yang memaparkan individu lelaki mirip sepertinya sedang bertengkar di rumah bersama seorang wanita.

Susulan itu, dia meminta orang ramai untuk tidak masuk campur dan membuat spekulasi mengenai situasi yang tular.

Dalam pada itu, menerusi ciapan Tan Sri Musa Hassan di akaun Twitternya, dia memuat naik ciapan mengenai ciri-ciri isteri derhaka dan menasihati isteri untuk tidak mengamalkan beberapa tabiat yang disenaraikan olehnya.

“Ciri-ciri isteri derhaka pada suami:

1. Tidak mensyukuri kebaikan dilakukan suami.
2. Suka menyakiti hati suami.
3. Melayani lelaki lain tanpa pengetahuan suami.
4. Keluar rumah tanpa izin suami.
5. Meminta cerai dari suami.

“Isteri jangan amalkan tabiat ini:

1. Jangan menghina dan mengumpat suami di depan orang lain.
2. Jangan meninggi suara dan mengherdik suami.
3. Jangan keluar rumah sesuka hati tanpa izin.
4. Jangan mendoakan kecelakaan buat suami
5. Jangan membenci
6. Jangan menjadi tekanan kepada suami.

Isteri derhaka pada suami, tempatnya adalah neraka jahanam,” ciapnya.

Terdahulu, sebuah portal melaporkan mengenai seorang bekas pegawai kanan tertinggi polis didakwa memukul isteri keduanya di bahagian kepala dan belakang leher.

Artikel Berkaitan: Gaduh Isu Nafkah & Harta, Bekas Pegawai Kanan Polis Didakwa Pukul Isteri Kedua Di Kepala?

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 28 May 2021
Trending Thu, 16 Jul 2020
Hiburan Tue, 22 Oct 2019
Hiburan Thu, 4 Oct 2018

Dayang Nurfaizah Akui Mahu Tukar Angin?

Yeay! Tak sabar nak dengar lagu baru Dayang Nurfaizah

Trending Sun, 25 Feb 2018

7 Tip Asas Penting Penjagaan Kereta Ini Bantu Wanita ‘Terselamat’ Atas Jalan Raya

”Ramai kaum Hawa, Tahu Start Enjin Terus Jalan,” 7 Tip Asas Penting Penjagaan Kereta Ini Bantu Wanita ‘Terselamat’ Atas Jalan Raya

Hiburan Mon, 26 Nov 2018

Izzue Islam Kini Bergerak Solo

Paling utama, doakan saya dan anggota Forteen yang lain berjaya di bidang kerja masing-masing.

Hiburan Thu, 21 Mar 2019

Hasnol Menangis Rakam Semula ‘Laguku Untukmu’

Penyanyi popular sekitar 90 an, Hasnol mendedahkan pengalaman sebak ketika merakamkan semula single Laguku Untukmu yang pernah melonjakkan namanya 20 tahun dahulu. Kata penyanyi berusia 49 tahun ini ketika ditemui XTRA, dia bakal merakamkan semula […]

error: Content is protected !!