Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi March 9, 2023 @ 4:12pm

[VIDEO] Suami Buat Kejutan, Siti Elizad Menangis Gara-Gara…

Pelakon dan penyampai radio Siti Elizad sentiasa positif apabila disoal mengenai cahaya mata walaupun usia perkahwinan mencecah lapan tahun.

Terbaharu, tular di media sosial sebuah rakaman video yang memaparkan Elizad sedang mengendalikan seorang pemanggil untuk memberi ucapan sempena Hari Wanita Sedunia menerusi segmen pagi di konti radio, semalam.

Menerusi video yang dimuat naik, pemanggil tersebut telah memberi ucapan penghargaan kepada isterinya sempena hari istimewa tersebut.

Lebih mengejutkan, identiti pemanggil tersebut diketahui selepas ucapannya lebih tertuju kepada Elizad.

“Sempena Hari Wanita hari ini, saya ingin ucapkan Selamat Hari Wanita kepada isteri saya, wanita yang terhebat kerana menjadi isteri yang baik, menghormati saya dan paling penting, menghormati orang tua saya.

“Walaupun kita tidak ada zuriat lagi bersama, it’s okay sayang. It’s okay sayang. Just go together, let’s strive and I’m still loving you, Elizad Sharifuddin till Jannah,” luah pemanggil yang merupakan suaminya, Shamsul Baharin Abdul Rahman.

Tanpa sedar, Elizad menitiskan air mata selepas mendengar sendiri ucapan penuh bermakna yang dibuat suaminya itu.

Elizad juga menyifatkan suaminya itu adalah insan hebat dalam hidupnya dan berharap mereka akan kekal bersama.

“Thank you sebab selalu sabar. Yelah sebab orang selalu keep pushing us untuk ada zuriat. Tapi, you orang yang tak pernah tanya pun. You memang hebat.

“Harap you dapat jaga I forever till Jannah,” ungkap Elizad.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SINAR (@sinar_my)

Elizad mendirikan rumah tangga dengan Shamsul pada 11 Januari 2015.

Untuk rekod, aktres ini pernah menjalani rawatan kesuburan in-vitro (IVF) untuk mendapatkan zuriat namun mengalami keguguran selepas seminggu disahkan hamil pada 2020.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 14 Aug 2019

916本地星同唱庆马来西亚日!邓智彰亲自操刀爱国主题曲

《哈咯!马来西亚爱国音乐会》19个单位歌手轮番上阵,唱响916马来西亚日的夜空!

Hiburan Mon, 4 Mar 2024
Hiburan Sat, 19 May 2018

Selalu Dating, Rahsia Bahagia Justin Timberlake Dan Isteri

Nak tahu rahsia mereka kenalah baca entri nie..

Featured Wed, 7 Nov 2018

Ini Cara Gerenti Efektif Untuk Lancarkan Hidung Yang Tersumbat

Leceh betul bila ia berlaku sebab susah nak bernafas!

Events Thu, 8 Aug 2019

Parut Makin Hilang, Ini Perkembangan Terbaru Adik Ainul Mardhiah !

Semoga terus sihat ye adik Ainul Mardhiah sayang!

error: Content is protected !!