Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin June 17, 2024 @ 7:42pm

Sarat Hamil Sewaktu Penggambaran Filem Abnormal Buas, Wawa Zainal Syukur Tak Bersalin Ketika Shooting

Usahawan dan pelakon cantik, Wawa Zainal sarat hamil sembilan bulan ketika menjalani penggambaran filem Abnormal Buas pada tahun 2022.

Menurut Wawa, melakonkan watak wanita hamil bernama Hani ketika dia sendiri sedang sarat mengandung mempunyai cabaran tersendiri.

Walaubagaimanapun, Wawa yang turut bertindak sebagai penerbit filem Abnormal Buas bersama suami, pelakon Aeril Zafrel bersyukur kerana tidak mengalami sebarang komplikasi atau kecederaan sepanjang penggambaran berlangsung.

“Kami ada tawarkan beberapa pelakon wanita lain untuk membawakan watak Hani, namun semuanya menolak. Mungkin kerana jadual padat atau ada komitmen lain. Pada mulanya, saya tak nak sebab ketika itu memang menunggu waktu bersalin, namun apabila keadaan tak mengizinkan, saya sahur cabaran ini.

“Saya takut juga kerana ada beberapa adegan lasak dalam filem ini. Ada satu babak tu, saya dan anak, Hayla menggigil menahan kesejukan kerana ia berlangsung bermula tengah malam sampai menjelang Subuh.

“Kadang-kadang rasa macam nak terberanak pun ada. Saya bersyukur kerana segalanya dipermudahkan dan akhirnya saya bersalin selepas filem itu tamat menjalani penggambaran,” katanya.

Wawa ditemui XTRA pada majlis malam gala filem Abnormal Buas yang berlangsung di GSC Mid Valley, baru-baru ini.

Tak sabar menanti reaksi orang ramai, Wawa berharap filem terakhir arahan Azhari Zain ini mendapat sambutan baik.

“Dah lama menjalani penggambaran, akhirnya filem Abnormal Buas dapat menemui penonton di pawagam. Perasaan saya bercampur baur, kadangkala rasa berdebar, kadang-kadang saya rasa teruja.

“Saya berharap filem terbitan saya dan Aeril ini diterima orang ramai. Bagi peminat arwah Azhari Zain, jangan lepaskan peluang untuk menonton hasil buah tangan terakhir arwah menerusi filem Abnormal Buas,” katanya lagi.

Selain Aeril, Wawa dan anak mereka, Hayla, filem ini menampilkan barisan pelakon seperti Shaheizy Sam, Nabila Huda, Johan Asari, Adlin Aman Ramlie, Emelda Rosemila, Kodi Rasheed, Ahmad Yatim, Datuk Tarmimi Siregar, Datuk Rahim Razali, Jalil Hamid dan ramai lagi.

Filem Abnormal Buas terbitan Respected Citizen Production ini bakal menemui penonton pada 20 Jun ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Sat, 29 Feb 2020

Ini Reaksi Bapa Ashraf Saat BCL Tampil Di atas Pentas

Mungkin ini juga antara sumber kekuatan BCL untuk terus kuat

Trending Fri, 5 Mar 2021

Haiza Ceritakan Kisah Perempuan Gila Talak

Setelah dua tahun tidak menghasilkan lagu baharu, penyanyi dan penyampai radio, Haiza akhirnya menarik nafas lega apabila lagu mengeluarkan lagu baharu berjudul Mantan Isterimu baru-baru ini. Lagu yang sudah pun berada di semua platform digital […]

Trending Tue, 26 Nov 2019

Remaja Maut Lepas Minum Racun Kerana Tertekan Diejek Rakan

Bertindak meminum racun seraangga kerana tidak tahan ejekan dari rakan-rakannya kerana dia berasal dari keluarga yang miskin

Hiburan Mon, 30 Dec 2019

回忆杀!温拿五虎明年2月再合体登云顶开唱

1970年代香港最具代表性的著名乐队温拿将于2020年2月22日再度回归云顶云星剧场开唱!

Featured Wed, 6 Sep 2023

“Pegang Skrip Bergegar” – Erra Fazira Imbau Pengalaman Ujibakat Filem Sembilu 

Uishh, filem fav min Sembilu ni, tak nak ada version terkini ke eh hmm 😌

error: Content is protected !!