Euforia Bola 2026
Featured By: Maya Basir March 10, 2023 @ 2:58am

Mahu Fokus Karier Seni, Aziz Harun Akui Berat Hati Tinggalkan Keluarga – “Saya Takut Tidak Dapat…”

Penyanyi kelahiran Brunei, Aziz Harun kini telah berpindah ke Kuala Lumpur dan meninggalkan keluarga demi meneruskan kerjaya seni di negara ini.

Menurutnya, dia tidak perlu lagi berulang-alik selepas selesai pengajiannya di United Kingdom dan boleh fokus sepenuhnya dengan nyanyian.

“Kalau dahulu selain muzik ada perkara lain yang perlu saya fokuskan termasuk menamatkan pelajaran di universiti.

“Sekarang sudah tidak ada alasan lagi dan sebab itu saya nekad untuk berpindah ke KL.

“Saya meletakkan diri saya sepenuhnya ke arah muzik sebab itu saya mengambil keputusan untuk berpindah.

“Keluarga pun tidak pernah melarang kerana mereka tahu ini adalah minat saya selain kurang mendapat tawaran persembahan di sana,” katanya.

Mengulas mengenai mencipta nama di negara sendiri dan diluar negara, Aziz percaya karya muziknya sudah diterima di sini dan tidak mahu mensia-siakan peluang itu begitu sahaja.

“Saya juga sudah ada peminat di KL. Jadi memang ada tapak di sini dengan kenalan ramai orang-orang hebat dalam muzik.

“Rugi kalau saya lepaskan peluang yang ada dan memulakan di tempat lain,” ujarnya.

Aziz ditemui semasa majlis sidang media pelancaran lagu terbaharu berjudul Jarak berduet bersama Aisha Retno di Petaling Jaya, semalam.

Pada masa sama, Aziz mengakui berat hati tidak dapat meluangkan lebih masa bersama keluarga namun tetap bersyukur diberi sokongan penuh memilih kerjaya dalam bidang seni.

“Keluarga tahu saya minat muzik dan mereka tidak pernah halang untuk pilih kerjaya dalam bidang ini.

“Tempoh belajar sebelum ini pun telah membuka mata saya untuk lebih yakin serius terlibat dalam muzik.

“Saya baru je menetap di KL pada awal Mac. Sebelum berpindah ke sini terdetik juga rasa berat hati memandang usia kedua ibu bapa semakin meningkat. Saya takut tidak dapat meluangkan lebih banyak masa bersama mereka.

“Namun mereka akan selalu datang ke KL. Sebelum ini pun jika saya ada kerja di KL dan menetap untuk tempoh masa lama mereka akan datang ziarah,” jelasnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 6 Nov 2025

Zara Zya Muak! Minta Netizen Henti Perangai Menjodohkan Orang

Zara Zya menegur segelintir netizen yang gemar menjodoh-jodohkan orang lain tanpa usul periksa di media sosial.

Hiburan Mon, 26 Aug 2019
Hiburan Tue, 21 Jan 2020
Featured Fri, 10 Sep 2021
Hiburan Thu, 4 Jul 2019

‘Berdebar Tapi…’- Elfira Loy Takut Nak Ke Hospital?

Elfira banyak menghabiskan masa berehat di rumah dan tidak menerima sebarang tawaran berlakon buat masa ini.

Hiburan Tue, 24 Mar 2026

Shuib Sebak Thalita Beri Duit Raya Pertama Di Usia 13 Tahun – “Ini Hasil Didikan Watie, Pandai Ajar Anak-Anak Tentang Rezeki”

Shuib turut menyatakan penghargaan buat isteri tercinta, Watie Hanifiah yang dikatakan sering mendidik anak-anak tentang makna rezeki.

Hiburan Fri, 10 Jan 2020
Featured Thu, 21 Aug 2025

Fattah Amin Didakwa Bakal Tamat Zaman Solo, Pengurus Tampil Respons – “Jangan Risau Kami Tak Sorok-Sorok”

Pengurus menjelaskan jika ada majlis pihaknay akan memaklumkan kepada peminat.

error: Content is protected !!