Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 21, 2025 @ 12:48pm

Fattah Amin Didakwa Bakal Tamat Zaman Solo, Pengurus Tampil Respons – “Jangan Risau Kami Tak Sorok-Sorok”

Meskipun sudah beberapa kali tular mengenai gosip liar mengatakan pelakon popular, Fattah Amin bakal menamatkan zaman solo dalam masa terdekat, pengurusnya, Sakirin Acha tampil memberikan respons.

Menurutnya yang lebih mesra dipanggil sebagai Acha, kesahihan mengenai gosip liar yang bertebaran dimedia sosial itu akan dimaklumkan sendiri oleh pihak Fattah sekiranya benar ia terjadi.

“Jangan risau, kalau ada berita baik kita akan kongsi. Tak ada sorok-sorok.

“Kalau mungkin dilangsungkan secara tertutup dan jika ada perancangan ke arah itu, kita akan kongsi.

“Lagipun ini berita baik jadi memang kami akan kongsikan,” katanya.

Acha tampil menjelaskan mengenai spekulasi yang timbul selepas seorang pengguna Threads yang dikenali sebagai Kimchikims_ mendakwa mendapat maklumat daripada sumber dipercayai bahawa Fattah akan mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.

“Info sahih kata Fattah Amin akan kahwin tak lama lagi,” tulisnya ringkas.

Meskipun tidak dinyatakan siapa gerangan bakal pasangan, namun ramai netizen mula mengaitkan nama penyanyi jelita, Amira Othman.

Lebih mnegejutkan, terdapat segelintir yang mendakwa majlis perkahwinan mereka bakal berlangsung pada Disember ini.

Sekadar info, Fattah dan Amira sebelum ini pernah menafikan dakwaan wujud hubungan istimewa antara mereka dek kerana sering tampil bersama di acara-acara besar selain sering mengenakan pakaian sedondon atas alasan urusan kerja.

Malah, sebelum ini Fattah juga pernah menepis gosip kononnya mereka akan bernikah pada 25 Mei lalu.

 

Sumber: Utusan, Threads.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Fri, 22 Mar 2019

Catch Dua Lipa, Hael Hussaini and Ismail Izzani at Lazada’s 7th Birthday Celebration

Everyone’s invited! Check out how you can join in on the fun.

Featured Mon, 15 Jul 2019
Hiburan Mon, 3 Nov 2025

Elvina Mohamad Akui Cabaran Bawa Dua Watak Dalam – “Beri Kesan Pada Mental dan Emosi”

Menurut Elvina, proses menjayakan kedua-dua watak itu bukan sahaja menuntut fokus tinggi, tetapi turut memberi kesan terhadap emosi dan fizikalnya sepanjang penggambaran.

Trending Tue, 5 May 2020
Hiburan Tue, 5 Feb 2019
error: Content is protected !!