Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi March 10, 2023 @ 2:41pm

Sherry Ibrahim Jawab Dakwaan Dirinya Sakit – “Berat Badan Saya Turun Mendadak Kerana…”

Pelakon Sherry Ibrahim tampil menjelaskan mengenai dakwaan dia mengalami masalah kesihatan susulan perubahan fizikalnya.

Memetik laporan Gempak, Sherry berkata dia mengalami penurunan berat badan yang mendadak kerana tuntutan kerja sekali gus menafikan dakwaan dirinya sakit.

“Saya bersenam tiga kali seminggu dan menjaga pemakanan dalam masa yang sama. Memandangkan saya suka makan benda manis, jadi saya mengawal pengambilan karbohidrat.

“Berat badan saya turun secara mendadak sekitar tahun lalu kerana tuntutan kerja. Sudahlah sibuk dengan pelbagai benda, selera makan pun tiada.

“Alhamdulillah, selera makan saya sudah kembali namun harus dikawal. Tidak dinafikan ramai yang ingat saya sakit, namun saya bertenaga untuk beriadah,” ujarnya.

Menginjak ke usia 40 tahun, Sherry memaklumkan dia akan berkongsi berita gembira sekiranya jodohnya tiba kelak. Malah kini lebih selesa dengan kehidupan solonya.

“Kalau sudah ada keputusan mengenai ke arah itu (perkahwinan) pasti saya akan berkongsi kepada umum. Saya kurang selesa untuk menjawab mengenai perihal peribadi.

“Pada ketika ini memang saya gembira dengan diri saya sendiri. Bukan tidak mahu berkahwin, mungkin jodoh itu belum sampai lagi,” katanya.

Sumber: Gempak

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 6 Apr 2018

PM Umum Parlimen Bubar Esok

Perdana Menteri menasihati semua Ketua Menteri dan Menteri Besar kecuali Sarawak, menghadap Sultan, Raja atau Yang di-Pertua Negeri masing-masing bagi mendapat perkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN)

Featured Thu, 11 May 2023
Hiburan Fri, 25 Aug 2023

Rahsia Petua Gabungan Penyanyi Berbilang Bangsa di Malaysia

Wah, sempena Hari Kebangsaan & Hari Malaysia!

Trending Tue, 4 Aug 2020

Penutupan Semula Semua Sekolah Sedang Dalam Perbincangan – Kementerian Pendidikan

Kementerian Pendidikan (KPM), melalui pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), akan berbincang bersama pihak berkaitan jika terdapat keperluan menutup sekolah bagi mencegah penularan COVID-19 di kawasan yang terlibat, Dewan Rakyat diberitahu hari ini. Menteri Kanan Pendidikan […]

Hiburan Tue, 29 Aug 2023
Featured Wed, 25 Feb 2026

“Aku Masih Ingin Tinggal Sedikit Lebih Lama” – Hantaran Elyana Undang Sebak, Kini Aktif Jalani Rawatan Kemoterapi

Perkongsian terbaharu penyanyi dan pelakon, Elyana mencuri perhatian apabila dia memuat naik kata-kata seolah-olah itu adalah luahan hatinya.

Featured Fri, 16 Mar 2018

Lexis Hibiscus Port Dickson, Hotel Mewah Yang Wajib Anda Kunjungi!

Bagi anda yang sedang merancang untuk bercuti bersama keluarga tetapi tidak tahu hendak pergi mana, Lexis Hibiscus Port Dickson antara salah satu destinasi yang boleh anda kunjungi!

error: Content is protected !!