Euforia Bola 2026
Featured By: Maya Basir March 10, 2023 @ 5:15pm

4 Hero Terperangkap, Misi: Kembalikan Kuasa Kenyir Bakal Menyentuh Hati Penonton

Majalah 3 membawakan episod eksklusif yang berjudul Misi: Kembalikan Kuasa Kenyir mengenai bencana alam pada 27 Februari 2022 yang mengakibatkan tanah runtuh di kawasan Stesen Sultan Mahmud Kenyir (SJSM) pada 13 Mac 2023 (Isnin) jam 9 malam di TV3.

Menerusi episod menyentuh hati ini, Majalah 3 akan kongsikan pengalaman empat petugas Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang terperangkap dan menjadi saksi kepada kejadian tanah runtuh dan kepala air yang berlaku secara bertubi-tubi pada cerun-cerun sekitar stesen.

Dalam keadaan cemas, semua petugas yang terperangkap masih mencuba memegang amanah dan tanggungjawab untuk memastikan tiada kerosakan pada mesin penjanaan.

Selain itu, laluan darat dan sungai yang terputus menjadi cabaran utama untuk menyelamatkan warga kerja TNB yang terperangkap dan langkah segera telah dilakukan untuk memastikan mereka selamat.

Kesan kerosakan teruk daripada bencana tersebut, TNB perlu memulihkan pengoperasian stesen secepat mungkin dan meletakkan sasaran pemulihan penjanaan kuasa stesen selama 6 bulan namun telah dapat disiapkan tiga bulan lebih awal.

Penerbit Eksekutif Majalah 3, Irin Putri Azmi mengulas mengenai khabar angin yang mengatakan Empangan Kenyir akan pecah pada bulan 10 tahun lalu berikutan hujan yang lebat akan mengakibatkan banjir turut diterangkan di dalam dokumentari ini.

“Dalam dokumentari ini juga ada menerangkan serba sedikit tentang dakwaan orang ramai apabila berlaku banjir besar pasti akan terjadi empangan pecah. Jadi kita ada buat penerangan tentang apa sebenarnya yang terjadi,” ujarnya.

Pelbagai cabaran telah ditempuhi pihak TNB bagi mencapai misi yang dianggap mustahil ini. Apakah pengalaman yang akan dikongsikan oleh wira-wira TNB ini dalam situasi genting dalam menyelamatkan diri, aset syarikat dan juga masyarakat sekeliling?

Nantikan perkongsian ini menerusi Majalah 3, Misi: Kembalikan Kuasa Kenyir yang boleh distrim secara langsung dalam HD www.tonton.com.my dan boleh ditonton melalui saluran Youtube rasmi TNB, TENAGAOfficial pada hari berikutnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 24 Jul 2025

Siti Nurhaliza Dedah Beli ‘Head Piece’ Di TikTok – “Murah Sangat, Saya Suka!”

Siti Nurhaliza spill the tea, beli headpiece di TikTok.

Hiburan Mon, 22 Jan 2018

《万千星辉颁奖典礼2017》王浩信唐诗咏夺视帝后

TVB《万千星辉颁奖典礼2017》昨晚(21日)在香港将军澳电视城举行;视帝由大热门之一王浩信凭《踩过界》“盲侠”一角获得,视后则是由曾提名7次该奖项的唐诗咏首次夺得宝座。

Eat Travel Sat, 28 Mar 2020

Manfaatkan kebaikan telur dengan resipi pantas ini

Beri nilai tambah dengan sayur atau salad

Hiburan Fri, 17 Apr 2026
Featured Wed, 20 Aug 2025

Klien ‘Request’ Anak Shila Amzah Jadi Talent, Ubai Berseloroh – “Awal Lah Budak Ni Dapat Myvi”

Ubai MZ mencuri perhatian selepas memuat naik beberapa hantaran di platfrom Threads miliknya.

Trending Sun, 26 Aug 2018

Curi Petai Punya Pasal, Lelaki Patah Tulang Rusuk

Difahamkan, dua cucu lelaki pergi ke kebun datuk mereka untuk ‘spot check’ kawasan persekitaran kerana difahamkan kerap berlaku kecurian petai sebelum ini.

error: Content is protected !!