Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari March 12, 2023 @ 6:07pm

JHEAT Sahkan Ustaz Azhar Idrus Tiada Tauliah Di Terengganu

Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) memaklumkan bahawa penceramah popular, Ustaz Azhar Idrus (UAI) tidak mempunyai tauliah untuk memberi ceramah dan adakan kuliah di negeri itu.

Memetik laporan Harian Metro, JHEAT mengesahkan UAI tidak memiliki tauliah dan menunjukkan statistik pemegang tauliah yang dikeluarkan sehingga November lalu hanya diberi kepada 30 pendakwah selebriti oleh pihak berkuasa negeri itu.

Dikatakan lagi, UAI telah dipanggil sebanyak tiga kali oleh JHEAT untuk menjalani proses temuduga pemegang tauliah.

Kata Pesuruhjaya JHEAT, M Rozi Bidin, seramai 1,313 individu memiliki tauliah untuk mengajar agama Islam, beri ceramah dan mengajar al-Quran.

Tambahnya, jumlah keseluruhan itu termasuk pendakwah yang diberi tauliah khas mengajar agama sahaja dan mengajar agama Islam termasuk kitab, ceramah umum beserta al-Quran.

“Kita akan mengeluarkan kebenaran khas kepada penganjur dan jawatankuasa masjid serta surau yang bercadang mengundang antara 30 pendakwah selebriti berkenaan,” jelasnya kepada Harian Metro.

Turut hadir di pejabat, Ketua Penolong Pesuruhjaya (Pengurusan Halal Bahagian Dakwah), Zahari Sulong.

Datuk Shaikh Harun Shaikh Ismail sebagai Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) berkata, semua ahli politik termasuk Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan Anggota Dewan Negara tidak dibenarkan menggunakan masjid serta surau di seluruh Terengganu sebagai pentas kuliah atau ceramah pada Jumaat lalu.

Jelasnya pula, larangan itu atas sebab untuk memastikan masjid dan surau tidak disalahgunakan serta mengelak daripada pengisian bercampur dengan unsur politik.

Lagi, ujar M Rozi, seramai 773 individu mengajar agama Islam kategori berkitab, berceramah umum kategori agama (35, kategori mengajar al-Quran (292), tauliah khas mengajar agama sahaja (100) dan 83 diberi tauliah dalam kategori agama Islam berkitab, ceramah umum dan al-Quran.

Malah, JHEAT juga mengalu-alukan individu yang berkelayakan untuk memohon tauliah.

“Kita amat mengalu-alukan individu yang berkelayaan membuat permohonan untuk mendapatkan tauliah,” kata M Rozi.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 7 Sep 2018

Wany Kecil Hati Dituduh Hipokrit?

Baru-baru ini, ada komen di media sosial yang cakap saya hipokrit. Kadang-kadang saya terfikir, individu yang komen begitu pernah tak terfikir jika dia ditempat saya, apa agaknya perasaan dia?

Hiburan Fri, 28 Sep 2018

Alhamdulillah…Mia Ahmad Timang Anak Lelaki

Tahniah! Syukur Alhamdullillah, isteri saya selamat melahirkan anak sulung kami tadi.

Trending Wed, 25 Nov 2020
Hiburan Mon, 9 Dec 2024

Kenyataan Disalah Erti, Shila Amzah Berang Ubai Didakwa Kaki Pukul

Kesal Ubai didakwa kaki pukul, Shila Amzah simpati nasib menimpa Zahnita Wilson

Trending Mon, 12 Feb 2018

Ahli Parlimen Paya Besar DS Abdul Manan Meninggal Dunia

Ahli Parlimen Paya Besar DS Abdul Manan Meninggal Dunia

Featured Thu, 15 Dec 2022

Brunch With Women Talk Berbicara Hal Memperkasakan Wanita

Brunch With Women Talk perkasa hal wanita!

Featured Tue, 11 Oct 2022
error: Content is protected !!