Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi March 14, 2023 @ 7:31pm

Aliff Awang Mengaku Lebih Gemar Bermain ‘Forex’, Fatin Afeefa Label Suami ‘Red Flag’?

Pelakon sensasi, Fatin Afeefa dan suaminya, Aliff Awang sering mencuri perhatian ramai di media sosial kerana acap kali berkongsi gelagat manis bersama.

Terkini berdasarkan pemerhatian XTRA, Aliff berkongsi sebuah pautan berita hiburan yang melaporkan segelintir lelaki tidak minat untuk bekerja kerana lebih gemar bermain ‘forex’.

Menerusi hantaran terbabit, Aliff memohon maaf kepada aktres Tentang Bulan itu kerana gemar bermain Forex.

Apa yang menarik perhatian adalah Fatin turut membalas semula hantaran status tersebut dengan melabel suami tercintanya itu seorang lelaki yang mempunyai ciri ‘red flag’.

Sebelum ini, timbul dakwaan mengatakan Alif gemar melabel dirinya sebagai lelaki ‘alpha’ sehingga mencetuskan perbalahan dalam kalangan warganet.

Bukan itu sahaja, umum sedia maklum juga Alif merupakan seorang forex trader yang kerap berkongsi hasil pendapatannya di media sosial.

Sementara itu, konflik kes hak penjagaan anak perempuan Fatin Afeefa bersama bekas suaminya, Adam Shaz sehingga kini masih tidak mendapat kata putus.

Terdahulu, Adam atau nama sebenar Nor Shah Azli Abdol Ghani, 41, menfailkan tuntutan hak penjagaan ke atas Ivy kerana mendakwa sudah lebih dua bulan tidak bertemu anaknya.

Untuk rekod, Adam dan Fatin berkahwin pada 21 Disember 2013, namun bercerai pada Mei 2017.

ARTIKEL BERKAITAN: Mengaku Tak Banyak ‘Effort’ Pikat Fatin Afeefa, Aliff Awang Anggap Diri ‘Lelaki Alpha’… Netizen Label Narsisistik

ARTIKEL BERKAITAN: “Ayam Oh Ayam… Kenapa Wujud Lelaki Macam Ni?” – Fatin Afeefa, Adam Shahz Gagal Capai Kata Sepakat, Opai Luah Rasa Kesal!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 13 Jun 2018

Selepas Lapan Tahun Menanti, Tahniah Achey!

Namun pada 22 Mei 2018 di ramadan keenam anak ini hadir untuk mengisi kekosongan yang lama itu. Alhamdulillah…

Hiburan Fri, 28 Mar 2025
Trending Mon, 1 Jan 2018

16个“赋予灵魂”的物品 包你目瞪口呆

你相信东西也有灵魂吗?如果哪天物品都赋予生命了,大家应该都会被吓得目瞪口呆!

Hiburan Tue, 23 Jan 2018

Haqiem Rusli Menangis Depan Peminat

Penyanyi ini dikatakan menangis sewaktu mendendangkan salah sebuah lagu dari albumnya di majlis showcase baru-baru ini

Hiburan Thu, 21 Nov 2024
Hiburan Sat, 14 Jul 2018
error: Content is protected !!