Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi November 21, 2024 @ 5:35pm

Cipta Kenangan Manis Bersama Peminat, Showcase Sulung Puteri Khareeza Sukses!

Showcase Sebenar Puteri Khareeza pada Sabtu lalu berlangsung dengan jayanya yang dimeriahkan oleh sokongan peminat dan keluarga di RCD Big Studio, Plaza Alam Sentral, Shah Alam.

Selain Puteri, showcase ini turut mersembahan kolaborasi istimewa bersama artis jemputan seperti Haris Fayahet, Zazo Maulana, Maria Khairul (alumni Lagu Cinta Kita 3) dan Adi dari kumpulan Venus.

Pada malam tersebut, sebanyak lebih 20 lagu didendangkan antaranya lagu popular ost drama Melur Untuk Firdaus berjudul Duka Sebalik Tawa, Helah, Sebenar, Seperti Mati Lampu, dan lain-lain lagi.

Puteri turut menyanyikan semula lagu Kata Mama yang pernah disampaikan olehnya ketika menyertai pertandingan Idola Kecil 3 sekitar 2007.

Lebih menarik, showcase yang boleh dikatakan intim dengan peminat ini turut menampilkan penyanyi bersuara lunak, Datin Alyah yang menyanyikan medley Tak Mungkin Kerna Sayang, Sesal Separuh Nyawa serta Kisah Hati secara duet bersama Puteri.

Ketika disoal mengenai perasaannya berpeluang berduet bersama idola sejak kecil iaitu Alyah, Puteri berkata dia sangat teruja salah satu impiannya tercapai.

@xtra_my

Wow! Kemunculan istimewa Datin Alyah, idola Puteri Khareeza sejak kecil 🫶🏻🫶🏻 Syok la dapat berduet dengan penyanyi kesayangan 😘😘 #showcasesebenarputerikhareeza #puterikhareeza #alyah #xtramy #xtra #alyah

♬ original sound – XTRA – XTRA

Kejayaan Showcase Sebenar Puteri Khareeza ini seolah-olah telah menandakan salah satu pencapaiannya sepanjang bergelar anak seni.

Malah selebriti yang juga seorang pelakon ini berhasrat untuk merancang showcase seperti ini lagi sebelum mengadakan konsert solo.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 5 May 2023

“My Next Girlfriend Will Never Be An Artis, Pelakon!” – Sharnaaz Ahmad Mahu Wanita Biasa

Siapa la yang akan bertakhta di hati Mamuu ekk 😚😚 Dah la segakkk!

Featured Fri, 27 Feb 2026

Uyaina Arshad Tak Ada Niat Guris Hati Pejuang TTC – “Saya Tidak Membandingkan Apatah Lagi Memperkecilkan”

Uyaina tampil memohon maaf secara terbuka kepada golongan wanita yang sedang berusaha untuk hamil susulan perkongsiannya mengenai ‘Pejuang Garis Satu dan Dua’.

Trending Thu, 21 Oct 2021

Juara Carta RIM 6 Minggu Berturut-Turut, Joe Flizzow Puji Yonnyboii, Zynakal & Asyraf Nasir

Penyanyi rap popular, Joe Flizzow memuji sifat berani bintang hip hop generasi kini, Yonnyboii, Zynakal dan Asyraf Nasir yang memastikan karya mereka memiliki nilai estetika berkualiti. Lagu nyanyian Yonnyboii, Zynakal dan Asyraf, Tak Sangka mencipta […]

Trending Sun, 10 Apr 2022
Featured Wed, 18 Oct 2023
Trending Mon, 9 May 2022
error: Content is protected !!