Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin October 11, 2024 @ 12:09pm

Bell Ngasri Nafi Jadi Dalang Sebar Fitnah Babitkan Rosyam Nor – “Saya Tak Campur Hal Orang, Sumpah Tak Tipu!”

Pelakon dan pelawak popular, Bell Ngasri menafikan bahawa dia adalah individu yang menyebarkan fitnah terhadap pelakon versatile, Datuk Rosyam Nor seperti yang tular baru-baru ini.

Kata Bell, platform media sosial Facebook yang menggunakan namanya itu adalah bukan miliknya.

“Alamak uncle @iamrosyam, bukan Facebook saya tu. Entah mengkarung ke Iguana ke atau binatang spesis itu yang mana tak tahu pakai nama saya.  Sumpah tak tipu! Saya tak campur hal orang  dan janganlah saman saya. Saman lah Iguana tu,” katanya.

Perkara itu dikongsi Bell Ngasri menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya sebaik sahaja Rosyam memuat naik hantaran selesai membuat laporan polis berhubung kes fitnah melibatkan dirinya.

Dalam pada itu, Bell turut menegaskan bahawa hubungannya bersama Rosyam dan Fattah Amin sangat baik.

“Untuk pengetahuna semua, saya bukan sahaja baik dengan uncle Datuk @iamrosyam, dengan Fattah Amin pun baik. Tak percaya cuba slide foto disebelah,” ulasnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Bell Ngasri (@bellngasriofficial)

 

Faham dengan situasi yang berlaku, pelakon filem The Original Gangster itu sempat meninggalkan komen balas pada hantaran Bell.

Terdahulu, Rosyam berang selepas ada beberapa individu tidak bertanggungjawab mengaitkan namanya dalam isu perceraian pasanagn pelakon, Fattah Amin dan Fazura.

Bagaimanapun, enggan nama dan imejnya tercemar dengan kata-kata fitnah yang diberikan, Rosyam bagaimanapun tampil memberikan amaran tegas bahawa dia akan mengheret individu berkenaan ke muka pengadilan.

Artikel Berkaitan: “Banyak Gila Akaun Media Sosial Terlibat”- Rosyam Nor Buat Laporan Polis

Artikel Berkaitan:Rosyam Nor Berang, Bagi ‘Warning’ Pada Individu Wanita Sebar Fitnah -“Korang Tunggu Aku Seret Pergi Mahkamah!”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 11 Aug 2019
Featured Fri, 9 May 2025
Trending Mon, 16 Nov 2020
Trending Wed, 28 Oct 2020

Kerana “Sabar”, Black Hanifah Tak Jadi Kahwin?

Soal jodoh dan pertemuan, semuanya telah ditentukan oleh Allah. Apatah lagi dalam mencari bahagia, ia bukan semudah disangka. Malah, melayari bahtera alam rumah tangga menuntut pengorbanan sekali gus menguji sejauh mana tahap sabar dan setia. […]

Featured Mon, 1 Apr 2024
Hiburan Wed, 2 Oct 2019

Elfira Loy Tak Percaya Sudah Jadi Ibu!

Si cilik Elfira, secomel namanya!

Hiburan Mon, 2 Jul 2018

Sampai Bila Nak Bawa Watak Nenek Atau Hantu?

Watak Ibu-Ibu lebih sesuai diberikan kepada pelakon seusia saya. Habis tu pelakon seumur saya nak bawa watak apa?

error: Content is protected !!