Euforia Bola 2026
Anugerah By: Nabihah March 20, 2023 @ 11:45am

Alha Alfa Dimensikan Anugerah Gilang Gemilang AJL 37!

Anugerah Juara Lagu 37 (AJL 37) yang didimensikan oleh Alha Alfa Cosmetics pada malam 12 Februari lalu berlangsung penuh meriah dengan 5.4 juta capaian tontonan di TV3 dan 1.75 juta capaian di platform digital.

Sementara lebih 8,000 peminat muzik tanah air membanjiri Axiata Arena bagi menyaksikan acara penuh berprestij itu secara langsung demi menyokong barisan selebriti kegemaran mereka pada malam tersebut.

Aina Abdul bergelar juara, Khai Bahar terima Anugerah Khas Penyanyi Pilihan Penaja

Kredit foto: eCentral

Lagu Terus Hidup ciptaan dan nyanyian Aina Abdul diangkat sebagai juara pada malam tersebut sekaligus melayakkan Aina untuk membawa pulang trofi dan wang tunai sebanyak RM100,000.

Lebih manis lagi, Aina juga turut memenangi kategori vokal terbaik dan menerima RM12,000 berserta sebuah trofi.

Kredit foto: eCentral

Sementara tempat kedua diduduki SonaOne & Joe Flizzow menerusi lagu Suatu Malam Di Temasek dan tempat ketiga jatuh kepada Anugerah Terindah nyanyian Alif Satar & The Locos. Masing-masing membawa pulang wang tunai RM50,000 dan RM30,000 bersama trofi.

Persembahan penuh bersemangat Shiha Zikir untuk lagunya Irama ternyata membuahkan hasil apabila berjaya meraih Anugerah Persembahan Terbaik. Beliau menerima wang tunai RM10,000 berserta trofi.

Kredit foto: eCentral

Anugerah Khas Penyanyi Pilihan Penaja pula jatuh kepada Khai Bahar yang menyanyikan lagu Sengsara apabila berjaya mendapat undian tertinggi di aplikasi TikTok. Menerusi kategori ini, Khai berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM12,000.

Alha Alfa bangga dapat sokong industri muzik tanah air

Pengasas Alha Alfa Cosmetics, Datuk Alha Alfa terdahulu berkata kepada OHBULAN! beliau melihat AJL 37 sebagai satu platform yang baik untuk menunjukkan sokongannya terhadap barisan selebriti tanah air.

Beliau juga bangga dapat menjadi sebahagian daripada AJL 37 sekaligus dapat mengetengahkan gabungan tema ‘Dimensi Muzik’ bersama solekan yang baginya telah meninggalkan kesan yang memukau di hati penonton.

Meskipun tak mudah namun kreativiti yang ditunjukkan barisan jurusolek menggunakan produk Alha Alfa Cosmetics ternyata telah menjadikan visual solekan pada malam tersebut lebih menyerlah.

Dapatkan Set Dimensi khas sempena AJL 37

Bersempena dengan AJL 37 yang lalu Alha Alfa Cosmetics telah memperkenalkan Set Dimensi, ia dilengkapi dengan serum kolagen yang mengandungi foundation serta lip booster.

Set ini sesuai untuk korang yang mahu tampil lebih natural tanpa solekan tebal. Apa yang lagi best, ianya juga boleh merawat kulit korang agar kekal sihat dan menawan.

Set Dimensi kini boleh didapati dengan harga RM59.90 sahaja berbanding harga asal RM79.90. Pembelian boleh dibuat melalui TikTok @alhaalfaofficial. atau laman web rasmi mereka di SINI.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Anugerah Fri, 21 Jul 2023

ABPBH 35: Siapa Yang Bakal Merangkul Trofi Pengacara TV Popular & Artis Komedi Popular? Ini Ramalan Pemenang Trofi Pilihan XTRA…

Jom tengok ramalan pemenang bagi kategori Pengacara TV Popular & Artis Komedi Popular! Siapa pula pilihan hati korang?

Acara Thu, 1 Feb 2024

Jom Temui Finalis AJL38 ‘Meet & Greet Paling Ikonik’ Di Pasar Seni, 4 Februari Ini!

Jangan lupa temujanji dengan finalis kesayangan AJL38 korang Ahad ni!

Replicated Draft Wed, 27 Dec 2023

Kentang & Lemon Mampu Hilangkan Bintik Hitam Hanya Mitos Je? Jom Kami Spill Satu Bahan Ajaib Ni!

Memiliki kulit wajah yang sihat, glowing sememangnya merupakan satu anugerah tau. Zaman sekarang ni bukan sahaja wanita, lelaki pun dah mula menitik beratkan tentang penjagaan kulit. Bukan nak cakap apa lah, kita ni memang pantang […]

Replicated Draft Sun, 15 Mar 2026

Rumah Sunyi Pun Boleh Jadi Meriah Bila Dapur Menyala, No 3 Tu Paling Ramai Boleh Relate!

Setiap keluarga memiliki sambutan hari raya yang berbeza.. Ada yang meriah dengan kunjungan saudara-mara, ada juga yang menyambutnya secara sederhana bersama keluarga kecil. Namun sebenarnya, perkara paling sederhana di rumah sudah cukup untuk menghidupkan kemeriahan […]

Replicated Draft Fri, 24 Mar 2023

Dapatkan Pakej Bufet Ramadan Dengan Potongan Harga Menarik Bersama Klook

Berkumpul dan berbuka puasa bersama ahli keluarga sememangnya menjadi aktiviti yang wajib dilakukan setiap kali menjelangnya Ramadan. Selain dari membeli makanan di bazar, pakej bufet Ramadan yang ditawarkan di pelbagai hotel dan restoran turut menjadi […]

Replicated Draft Tue, 18 Apr 2023

Cute Nya! Iklan Raya Tune Protect Ni Mencuit Hati Ramai Rakyat Malaysia!

Setiap kali hari raya nak dekat, mesti kita akan disajikan dengan banyak iklan kreatif yang dibawakan oleh syarikat di Malaysia kan! Baru-baru ni, Tune Protect menampilkan iklan raya yang mencuit hati sebab mereka menggelar iklan […]

Replicated Draft Tue, 12 Mar 2024

Dah Tak Payah Moreh Di Mamak, Buat Sendiri Je Teh Tarik Kaw & Padu Bersama Jom Teh!

Bulan Ramadan dan Syawal antara bulan paling dinantikan ramai. Kena kawal kesabaran menahan lapar dan dahaga. Kalau tekak craving sangat teh tarik, mesti korang akan ajak keluarga atau kawan-kawan moreh kat kedai mamak kan? Maklum […]

Anugerah Wed, 16 Aug 2023

Tahniah! Segmen KJ JADI DJ Berjaya Merangkul Trofi Emas Di Anugerah Appies 2023

Wahh congrats Hot FM! Memang terbaik lah segmen KJ JADI DJ

error: Content is protected !!