Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin March 16, 2023 @ 3:30am

MK Rancang Tunai Umrah Selepas Syawal, Bakal Bawa Keluarga

Penyanyi rap sensasi, MK K-Clique, 27, merancang untuk menunaikan ibadah umrah bersama keluarga selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri.

MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan berkata, dia sudah lama menyimpan hasrat untuk ke Tanah Suci.

“Sebenarnya saya sudah lama merancang kerana belum pernah sampai ke sana. Insya-Allah, saya ingin membawa keluarga untuk bersama menunaikan umrah.

“Mengikut perancangan, kami mahu ke sana selepas Syawal tetapi masih dalam perbincangan. Sejujurnya, saya tak mahu berkongsi mengenai perkara ini kerana tak mahu orang bercakap mengenainya.

“Niat untuk beribadah di sana, takut nanti jika ia diperkatakan, niat saya bakal disalahtafsir. Saya mohon doa yang baik-baik agar urusan dipermudahkan,” katanya.

MK menjawab soalan media berkenaan khabar yang mengatakan dia bakal menunaikan ibadah Umrah.

Dalam pada itu, menjelang sambutan Ramadan, penyanyi lagu Payung Pelangi ini mahu memperlahankan aktiviti dalam industri hiburan.

“Tahun ini saya mahu mengurangkan kerja seni dan mahu fokus beribadah. Ada tawaran untuk menjalani penggambaran, tapi masih dalam pertimbangan.

“Jika sesuai dengan jadual, saya akan terima tetapi saya memang meletakkan had untuk bekerja di bulan Ramadan sebab saya pun tak tahu kemampuan saya,” katanya.

MK ditemui di majlis pelancaran koleksi baju Melayu Armaan x MK di Panggung Asia, Gombak pada Rabu.

Mengulas mengenai kolaborasi ini, MK berminat untuk menjalin kerjasama kerana selesa dengan jenama terbabit.

“Ada orang bertanya kenapa tak bekerjasama dengan jenama besar untuk menjual baju Melayu. Sebelum ini saya pernah bekerjasama dengan jenama besar tetapi tahun ini saya mencari kelainan.

“Kali ini, saya memilih jenama ini kerana percaya dengan kualiti mereka dan mahu berkongsi rezeki. Jenama berasal dari Jitra, Kedah ini mempunyai keistimewaan sendiri dan mampu bersaing dengan jenama besar lain,” katanya lagi.

Selain MK, acara ini turut dimeriahkan dengan kehadiran Sean Lee selaku pengacara serta Mohd Hafizi Musafar Shah selaku pengasas Armaan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Fri, 18 May 2018

Siapa Pelanggan Mengamuk Di Kedai Sajat?

Buang yang keruh, ambil yang jernih. Selepas sahaja wanita tersebut dan keluarganya meminta maaf kepada Sajat, beliau serta-merta membatalkan kes tersebut dan memaklumkan peguam beliau

Hiburan Tue, 12 Mar 2019

DFKL Cari Pakej, Pengarah Nur Setuju Dengan Kenyataan A Aida?

Bayangkan kalau abam letak Siti Kasim sebagai heroin, korang sanggup setia tengok sampai episod 15 tak?

Hiburan Wed, 13 Jun 2018

Selepas Lapan Tahun Menanti, Tahniah Achey!

Namun pada 22 Mei 2018 di ramadan keenam anak ini hadir untuk mengisi kekosongan yang lama itu. Alhamdulillah…

Hiburan Tue, 2 Sep 2025

Ulasan Konsert: Dekad Pertama Kugiran Masdo Diraikan Penuh Sukses Dalam Gemilang Retro Moden

Malam itu berjaya membuktikan mengapa Masdo layak digelar peneraju utama genre retro moden di Malaysia!

Featured Wed, 16 Apr 2025

“Ini Lagu Cinta, Selebihnya Tanya Kak Long & Abang Long – Netizen Dakwa Amira Othman, Fattah Amin Ada Lagu Istimewa Sempena Majlis Kahwin?

Ramai netizen mula beranggapan bahawa lagu tersebut mungkin merupakan lagu perkahwinan Fattah dan Amira.

Hiburan Sat, 5 Jul 2025
Featured Tue, 14 Dec 2021

Doja Cat Positif Covid-19

Penyanyi terkenal Doja Cat mengumumkan dia disahkan positif wabak Covid-19 melalui hantaran terbaru di Instagram miliknya. “Dukacitanya, saya rasa sedih untuk berkongsi bahawa saya baru sahaja diuji positif Covid-19 dan tidak dapat membuat persembahan di […]

error: Content is protected !!