Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi March 16, 2023 @ 2:09pm

Lah Ahmad Teruja Ceburi Bidang Lakonan – “Dulu Tengok Orang Berlakon Tak Teringin Pun Tapi…”

Penyanyi Lah Ahmad, 42, berkongsi dia teruja menceburi bidang lakonan selepas menjalani penggambaran sebuah drama baru-baru ini.

Menurut Lah, peluang untuk meluaskan cabang seninya itu merupakan pengalaman baru yang menarik minatnya.

“Cakap pasal shooting, saya pun dah start berlakon sekarang. Dah mula dah.

“Saya tak sangka seronok juga berlakon. Dulu tengok orang lain berlakon, tak ada teringin pun tapi tawaran tu datang dan pada mulanya bidang terjun.

“Dulu saya ingat hanya kameo, sekadar satu babak sahaja, tapi bila saya sampai rupanya penggambaran dilakukan di Yan, Kedah. Enam hari juga penggambaran,” kongsinya kepada XTRA.

Biarpun baru sahaja berjinak dalam dunia lakonan, Lah akui ia adalah satu proses yang mencabar bagi setiap pelakon.

“Saya akui bukan senang nak berlakon, kadang-kadang ada pelakon dah berbelas tahun pun susah nak bawa satu watak.

“Kemudian tawaran datang lagi, saya sebenarnya seronok tengok filem dan drama, tapi cita-cita nak jadi pelakon itu tak ada.

“Sekarang ini saya sedang sibuk dengan penggambaran sebuah drama yang paling menarik. Insya-Allah tahun ini akan keluar,” ujarnya.

Lah berkongsi pengalaman tersebut ketika sidang media Soundvalley Festival 2023 di Panggung Asia, Gombak, baru-baru ini.

Dalam pada itu, selepas kejayaan konsert sulungnya pada Januari lalu, Lah berpuas hati dengan sambutan yang diberikan kepadanya dan menyifatkan ia adalah satu kepuasan buat semua.

“Alhamdulillah selepas konsert lalu, saya berehat sahaja. Terduduk sekejap.

“Maklum balas pada konsert tersebut sangat positif, kami pun berpuas hati, yang datang kedua-dua hari juga tiket habis dijual. Semua orang puas bila tengok menyanyi sekali dengan saya.

“Saya pun baru dapat merasa buat konsert sendiri. Ketika dulu, saya tak mampu nak buat konsert. Sebelum ni pun, artis kita tak juga boleh buat sebab kekangan perintah kawalan pergerakan (PKP).

“Ia satu kepuasan, dah lama saya teringin nak buat dan peminat juga teringin nak tengok saya di atas pentas konsert,” tambahnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 31 May 2025
Featured Tue, 13 Dec 2022
Featured Fri, 26 Aug 2022
Hiburan Mon, 1 Oct 2018
Trending Mon, 7 Jun 2021
Hiburan Fri, 1 Feb 2019

Drama AJL 33, Jom Tonton Misi Penculikan Cinta Malam ESOK!

Saksikan drama Misi Penculikan Cinta lakonan Sissy Iman, Niezam Zaidi, Sweet Qismina. Alif Hadi dan Nur Aliah Lee di slot cerekarama pada jam 9 malam esok.

Trending Wed, 26 Sep 2018

Anak Gaduh Bapa Campur Tangan, Rakan Sekelas Mati Ditikam Tanpa Belas Kasihan! Kejamnya!

Budak lelaki dijumpai terbaring dan berlumuran darah di atas lantai bilik air.

Featured Tue, 6 Apr 2021

RM5 Kadar Zakat Fitrah Wajib Bagi Wilayah Persekutuan, Cara Bayar Zakat Online

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, kadar zakat fitrah wajib di Wilayah Persekutuan pada tahun ini ditetapkan sebanyak RM5. Selain itu, kadar RM7 dan RM14 ditetapkan […]

error: Content is protected !!