Euforia Bola 2026
Featured By: Attiqah Mohd April 6, 2021 @ 6:01pm

RM5 Kadar Zakat Fitrah Wajib Bagi Wilayah Persekutuan, Cara Bayar Zakat Online

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, kadar zakat fitrah wajib di Wilayah Persekutuan pada tahun ini ditetapkan sebanyak RM5.

Selain itu, kadar RM7 dan RM14 ditetapkan kepada mereka yang berkemampuan dan bergantung kepada jenis beras yang dimakan.

“RM5 iaitu kadar wajib dan minimum berdasarkan nilai beras Super Tempatan Gred (15 peratus kandungan beras hancur), RM7 bagi pengguna beras Super A (lima peratus kandungan beras hancur) dan RM14 untuk pengguna beras Super Import dan Basmathi biasa.

“Mereka (pembayar zakat) boleh pilihlah (kadar bayaran zakat fitrah), ini berdasarkan kepada jenis beras yang mereka makan,” katanya pada sidang media selepas majlis penyampaian bantuan Ihya’ Ramadan dan watikah pelantikan ketua amil serta amil zakat fitrah tahun 2021 di sini, hari ini.

Pembayaran zakat fitrah boleh dilakukan secara dalam talian menerusi laman rasmi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di www.maiwp.gov.my; dan juga aplikasi pembayaran yang lain seperti ePay MAIWP, SnapNPay, e-wallet Boost, JomPay dan laman sesawang fitrah.zakat.com.my.

Bagi pembayaran secara bersemuka, seramai 909 amil dilantik dan akan berada di banyak lokasi di seluruh Wilayah Persekutuan.

BERNAMA

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 24 Jul 2020

Cuti Khas Aidiladha Belum Diputuskan – KPM

Jadi tunggu dulu keputusan KPM okay!

Hiburan Thu, 12 Oct 2023
Trending Thu, 2 Jun 2022

Noh Hujan Terkesan Dengan Pemergian Remaja Yang Dijumpai Mati Dalam MPV

Noh Salleh turut berduka cita dengan kematian dua remaja yang dijumpai di dalam sebuah MPV.

Hiburan Thu, 7 Aug 2025
Hiburan Thu, 31 Jul 2025
Featured Thu, 1 Apr 2021

“Beberapa VVIP Telah Dikompaun..”- Pihak Polis Buka 12 Kertas Siasatan Melibatkan Golongan VVIP

Sejak akhir-akhir ini, pelbagai laporan diterima oleh pihak polis melibatkan golongan VVIP yang melanggar standard prosedur operasi (SOP) yang telah digariskan MKN. Justeru, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed mengatakan, semua laporan […]

Trending Fri, 31 Aug 2018

Tangan Lelaki Ini Melepuh Selepas 12 Jam Makan Sushi, Akhirnya Terpaksa Dipotong

Lelaki ini telah dijangkiti vibriosis yang berpunca daripada bakteria vibrio vulnificus.

Hiburan Sat, 28 Jun 2025
error: Content is protected !!