Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin March 17, 2023 @ 2:43pm

Isu Pembuli? Bekas Guru & Rakan Sekolah Tampil ‘Back Up’ Uqasha Senrose

Selepas membuat kenyataan rasmi menerusi siaran live di TikTok berhubung dakwaan kononnya pelakon, Uqasha Senrose seorang pembuli, kali ini rakan dan bekas guru aktres berkenaan pula tampil mendedahkan perkara sebenar.

Berdasarkan beberapa ciapan di Twitter, rakannya yang dikenali sebagai @Qairooline berkongsi, dia dan Uqasha sudah berkawan lebih 18 tahun, yang mana pada ketika itu dia berasa kesian terhadap Uqasha selepas melihatnya menangis di dalam tandas akibat baru sahaja lepas dibuli rakan sekolah.

“For your info, saya dengan Sha dah kawan since high school, now nak almost 18 years and ingat lagi first time saya cakap dengan dia (Uqasha) dalam toilet sekolah, at that time kami start cakap pun sebab saya kesian tengok Sha. Dia nangis sorang-sorang dalam toilet sebab dia baru lepas kena buli,” ciapnya.

Malah, kenyataan itu dikuatkan lagi selepas beberapa individu  tampil dan turut mengatakan hal yang sama bahawa Uqasha pernah menjadi mangsa buli oleh pelajar senior di sekolahnya.

 

Tidak habis disitu, guru kelasnya juga mengesahkan bahawa Uqasha sangat disenangi rakan sekelasnya.

Selain pendiam dan ramai peminat, pelakon itu difahamkan seorang yang sangat rajin dan suka menolong rakan-rakan.

Terdahulu, Uqasha atau nama penuhnya, Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 31, dituduh sebagai pembuli di sekolah sehingga menyebabkan mangsa mengalami gangguan mental dan depresi.

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] ”Kenyataan Itu Sebagai Satu Fitnah Melampau!” – Uqasha Senrose Gesa Individu Mengaku Jadi Mangsa Buli Segera Tunjuk Bukti

ARTIKEL BERKAITAN:“Takutnya Peminat Psiko Macam Ni!”- Kes Serang Kamal Adli, Netizen Dedah Bukti Peminat Obses… Anggap Uqasha Kekasih Hati

ARTIKEL BERKAITAN:Alami Gangguan Mental & Depresi, Individu Dakwa Mangsa Buli Uqasha Senrose? Ini Respons Tuan Badan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 5 Oct 2018

PANAS! Minta Maaf Atau… Aishah Bagi Masa Seminggu Kepada Vida

Kata Aishah, ‘Ini untuk sedarkan pihak penaja dan badan penyiaran agar tidak terus membuli artis demi rating dan kepentingan saja’.

Hiburan Wed, 20 Feb 2019

Mahu Cabar Diri, Elisya Sandha Jadi Anggota Bomba?

Kata Elisya, Memang mencabar tapi seronok!

Featured Wed, 16 Aug 2023

[VIDEO] Luah Kecewa, Anak Arwah Mejar Aziz Dakwa Filem Malbatt Bukan 90% Cerita Sebenar? – “Sepatutnya Ayah Saya, Tapi…”

‘Jangan ambil pengalaman ayah saya utk highlight aktor lain’ – Anak Arwah Mejar Aziz

Hiburan Tue, 30 Apr 2024
Featured Sat, 4 Feb 2023
Hiburan Tue, 8 Jan 2019

Asalkan Sihat, Izreen Azminda Idam Anak Perempuan

Tahniah Izreen dan Ude…semoga hajat miliki zuriat perempuan dimakbulkan segera!

error: Content is protected !!