Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida February 20, 2019 @ 11:10am

Mahu Cabar Diri, Elisya Sandha Jadi Anggota Bomba?

Karakternya yang lembut pasti membuatkan ramai tidak percaya gadis berusia 20 tahun ini mampu menggunakan kudrat sedia ada memadam api kebakaran.

Bagi pelakon meningkat naik Elisya Sanda, dia mencabar diri dengan menerima tawaran sebagai anggota bomba wanita dalam filem Hero.

“ Saya menjalani latihan selama sebulan sebelum masuk ke set penggambaran filem Hero. Membawakan tugasan sebagai heroin dalam naskah arahan Azizi Chunk Adnan, sudah tentu saya gunakan peluang sebaik mungkin.

“ Awalnya, memang sukar untuk melakukannya tetapi selepas membuat latihan stamina setiap hari, badan sudah terbiasa dengan kerja berat. Mencabar tapi seronok,” katanya kepada XTRA.

Filem Bomba terbitan NS Star Sdn Bhd dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan (KPKT) ini dijangka berada di pawagam pada April depan turut dibintangi oleh pelakon hebat antaranya Hisyam Hamid, Bell Ngasri, Mark Adam dan ramai lagi.

Sementara itu, Elisya yang tercalon dalam kategori drama untuk telefilem lakonannya bertajuk 14 Hari bakal ditayangkan bersempena bulan Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2019

” Menariknya, drama ini menampilkan sisi berbeza yang mana saya membawa watak seoaang gadis tomboy.

“ Besar impian saya agar drama ini dapat menarik perhatian penonton,” kata adik kepada Fasha Sandha ini.

Telemovie 14 Hari yang turut menampilkan pelakon Syazwan Hassan dan Rina Diana bakal ditayangkan pada 16 Mac depan di TV3.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 29 Nov 2024

Sharnaaz Ahmad Kongsi Momen Terakhir Urus Jenazah Ayah Hingga Ke Liang Lahad – “Bimbing Saya Dari Atas Sana”

Sharnaaz kelihatan menguruskan jenazah bapanya dari awal proses sehinggalah ke liang lahad.

Hiburan Thu, 13 Sep 2018

Zarina Anjoulie Kutuk Minah Dagu Senget, T***k Mini Sajat?

Zarina Anjoulie label wanita ini sebagai…

Hiburan Mon, 18 Dec 2023
Hiburan Wed, 17 Jul 2019

‘Nak Naik Tangga Pun Mengah’-Remy Ishak Mula Rimas?

Saya cuba lari daripada ‘Remy Ishak’ yang anda selalu nampak. Tak adalah asyik berlakon cerita cinta sahaja kan?

Events Tue, 2 Oct 2018

Sam Hui & Alan Tam to Make a Stop in Malaysia this December!

The Cantopop legends are coming to town.

Hiburan Thu, 17 Jan 2019
Hiburan Sun, 19 Aug 2018

Putus Dah Lima Tahun, Chris Brown Masih Belum Move On?

Sebelum ini, Rihanna pernah memberitahu Brown bukan lagi individu penting dalam hidupnya tetapi nampaknya lelaki ini masih belum move on.

error: Content is protected !!