Euforia Bola 2026
Featured By: Maya Basir March 18, 2023 @ 1:51pm

Eina Azman Kena Prank? Suami Buat Kejutan Semasa Produk Pelancaran – “Dia Buat B*doh Dengan Saya…”

Tanda tanya tentang hubungan Datin Paduka Eina Azman terjawab apabila suaminya, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Abdullah hadir membuat kejutan hari jadi semasa pelancaran produk terbarunya secara langsung di TikTok.

Menerusi perkongsian di TikTok @chantiqrich, Eina mendedahkan suaminya berkelakuan aneh dan isu rumah tangga diganggu orang ketiga yang sedang hangat diperkatakan menambahkan lagi kerisauannya.

Di dalam video pelancaran yang dihoskan oleh pelawak Didie Alias itu, Kaiser membawa sejambak bunga duit dan memeluk cium isterinya yang dalam keadaan terkejut.

Eina yang kelihatan seperti merajuk dengan perkara itu mengatakan tiada sambutan hari jadi buatnya pada 13 Mac lalu.

“This year I tak celebrate my birthday and I don’t even blow my candle with my kids,” ujar Eina sambil menangis.

“Because her birthday supposed to be a surprise because she wants to launch so I thought to do it together,” jelas Kaiser.

Ibu kepada dua orang cahaya mata ini memaklumkan suaminya langsung tidak mempedulikannya membuatkan dirinya bimbang dan tertanya-tanya.

“Dia buat bodoh dengan Eina.. Nowadays kan banyak kes, first time I tengok dia buat tak tak tahu, dia tak wish I, bukan tu je dia tak update I langsung on my birthday.

“I just nak dia wish, I nak dia jadi macam normal but I don’t get that,” katanya lagi.

Menurut Kaiser, dia memohon maaf dan memberitahu ini merupakan kali pertama Eina bekerja semasa hari jadinya.

“Sorry everyone, I wanted to surprise her sebab dia tengah busy everyday dan ini first time for her birthday dia bekerja sebelum ni memang tak pernah,” ujarnya.

@chantiqrich KenaPrank #einaazman #sakaputihgebu #einaazman #fypシ゚viral #lounching #chantiqrich ♬ bunyi asal – chantiqrich

Untuk rekod, Eina mendirikan rumah tangga dengan Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Abdullah pada tahun 2014 dan dikurniakan sepasang anak kembar iaitu Karl Kareef dan Arianna Aubrey, 6.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau Orang Tak Hargai…” – Kongsi Video Sedang Menangis, Eina Azman Patah Hati?

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 25 Aug 2018

集全球大马公民录《Sejahtera Malaysia》 MV完整版30日晚曝光

海外马来西亚子民共襄盛举,与大马国民一起庆国庆!耗时三个月集合来自25个国家的大马公民完成影片,8月30日倒数演唱会首度曝光。

Featured Wed, 14 Sep 2022
Hiburan Thu, 24 May 2018

Panas! Faye Kusairi Mengamuk Mahu Pertahankan Suami

Terbaru, pelakon dan juga isteri kepada Azmi Hatta, Faye Kusairi bagaimanapun tampil mempertahankan suaminya itu dengan menjawab tuduhan tersebut melalui ruangan komen instagramnya selepas suaminya itu dihentam pelbagai persoalan

Featured Mon, 25 Jul 2022
Hiburan Tue, 19 Nov 2019
Hiburan Fri, 10 May 2019

Peminat Sebak Dengar Kolaborasi Raihan-Alif Satar Dalam ‘Sesungguhnya 2019’

Alhamdulillah abang-abang Raihan atas peluang ini. Akan saya ingat sampai bila-bila…

Hiburan Tue, 29 Jul 2025

“Bukan Beli, Adik Ipar Banyak Buat Pembangunan” – Uqasha Bangga Nelydia Senrose Jadi Datin

Uqasha Senrose perjelas adik ipar ada darah kerabat Terengganu

error: Content is protected !!