Euforia Bola 2026
Acara By: Aqilah Paharuzi March 19, 2023 @ 5:56pm

Imbau Momen Nostalgia Di Dewan Merdeka, Konsert Sheila Majid Big Band Live In KL ‘Bersinar’!

Konsert Datuk Sheila Majid Big Band Live in Kuala Lumpur (KL) baru sahaja melabuhkan tirainya semalam.

Bertempat di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), konsert berkonsepkan ‘big band’ menghiburkan lebih 3,000 peminat penyanyi legenda tanah air.

Amat popular menerusi lagu Sinaran dan Legenda, Sheila berkata pemilihan lagu tidak begitu mudah kerana perlu bersesuaian dengan iringan instrumen seperti trumpet, trombones, dan saxophones.

“Tidak semua lagu saya sesuai untuk dibawa bersama Big Band. Pada awal segment konsert ini kami bawakan lagu rancak.. Sebenarnya ramai yang tak faham tentang apa itu Big Band.

“Jadi kami mahu tunjukkan kepada penonton, inilah Big Band. Inilah yang dipanggil sebagai ‘brass Big Band’,” katanya.

Ratu Jazz Malaysia ini yang pernah membuat konsert mega di Dewan Merdeka pada tahun 1988 mengimbau kembali momen manis pada malam konsert tersebut.

“Masa tu saya muda, pakai skirt pendek melompat-lompat. Saya rasa pada ketika itu saya masih belum berpengalaman untuk berinteraksi dengan penonton.

“Perkara yang berubah adalah sekarang ini saya sudah semakin yakin dalam direction muzik saya, dan lebih mahir dalam berinteraksi dengan penonton.

“Saat saya naik stage semasa lagu pertama itu, saya sebenarnya sedang memperhatikan seluruh dewan.. Sayu melihat penonton teruja,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Sheila yang juga terkenal menerusi lagu Antara Anyer dan Jakarta juga tidak akan bersara buat masa ini atas sokongan penuh peminat.

“Ada satu tahap ni saya pernah merasakan bahawa cukuplah dengan dunia industri seni.. Saya pun umur dah melebihi 55 tahun. Tapi, bila saya berdoa, saya selalu cakap ‘Ya Allah, kalau kerjaya ini tak berkat, tolong buka pintu rezeki lain buat saya’.

“Tapi, saya banyak terima tawaran menyanyi. Saya suka muzik dan beraksi di atas pentas. Konsert malam ini sebenarnya menyahut permintaan peminat yang banyak kali tanya saya bila saya nak buat konsert.

“Bercakap soal bersara, saya rasa tidak dan belum lagi masanya. Jadi semua boleh lihat saya menyanyi lagi untuk beberapa tahun,” akhirnya ketika ditemui di sidang media usai konsert itu.

Konsert Sheila Majid Big Band Live in KL diiringi dengan 23 pemuzik dengan 13 daripadanya merupakan pemain horns, 7 orang pemuzik band bersama tiga penyanyi latar yang dipimpin oleh Pengarah Muzik tersohor, Mac Chew.

Berlangsung lebih 2 jam, Sheila membawa 20 lagu hits dan segment tribute kepada idolanya, Allahyarham Tan Sri P Ramlee menerusi lagu medley Aduh Sayang, Getaran Jiwa, Bunyi Gitar, Tiru Macam Saya, dan Manusia.

Antara selebriti tanah yang turut hadir adalah Ziana Zain, Anuar Zain, Misha Omar dan Nur Fazura.

Gambar kredit: JIO BUDDY dan  @echolaliapictures

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 24 Aug 2022

“Saya Tumpang Kontroversi” – Siti Khadijah Halim Kena Tempias Gara-Gara…

Yelah kan nama pun nak sama dah tu yang netizen confius tu…

Hiburan Sat, 17 Aug 2019
Featured Fri, 24 Mar 2023
Fab Foodies! Wed, 27 Nov 2019

Edisi Terhad! Oreo Keluarkan Biskuit Sandwich Flavor Red Velvet Pula

Siapa fans Red Velvet dekat sini memang kena grab cepat!

Hiburan Tue, 9 May 2023
Hiburan Fri, 7 Sep 2018

#daiTV3 : Pentas Pendakwah Nusantara Semakin Panas Pada Minggu Ini!

Minggu ke-8 kali ini pastinya semakin sengit apabila peserta pendakwah nusantara kita semakin hebat dan semakin berani dalam melontarkan idea-idea mereka. Dengan tema Bila Hati Berbicara agaknya apakah kelainan yang bakal persembahkan oleh mereka pada […]

Featured Wed, 1 Feb 2023
error: Content is protected !!