Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin March 20, 2023 @ 7:17pm

Hamil 5 Bulan, Shima Anuar ‘Cuak’ Alami Alahan Teruk Hingga Hidung Berdarah

Pelakon Shima Anuar berdepan masalah apabila mengalami alahan teruk pada usia kandungannya mencecah lima bulan.

Menurutnya, dia takut selepas mengalami hidung berdarah kerana tidak pernah berdepan masalah sama pada kehamilan sebelum ini.

“Ini kali pertama saya kena macam ini. Dulu tak pernah pula. Itu yang terkejut sedikit. Yang lain semua okay. Cuma kehamilan kali ini saya punya ‘morning sickness’ teruk gila.

“Cuma pagi ini ada keluar darah lagi kat hidung. Saya rasa panas dalam kot. Nanti kalau teruk lagi kena periksa dengan doktor. Kerana ramai yang cakap ia normal kalau hamil hidung berdarah,” katanya.

Shima atau nama penuhnya,  Noor Hashimah Anuar, 32, memaklumkan dia juga pernah berdepan masalah sukar untuk bangun akibat sering berasa pitam, bagaimanapun menjelaskan sepanjang tempoh kehamilan, dia tidak pernah mengidam apa-apa.

“Dulu kan kalau saya hamil, sudah sarat pun saya boleh panjat tangga pasang langsir. Sekarang jadi cepat sangat penat. Padahal bukan buat apa pun. Rasa penat dia itu lain macam.

“Sekarang saya sudah tak ‘hyper’ macam dulu. Mungkin sebab sudah tua sedikit kot. Alhamdulillah semua okay dan setiap kali pemeriksaan kandungan, segalanya baik-baik saja doktor cakap.

“Trimester pertama tempoh hari paling teruk sampai tak boleh bangun. Kalau bangun rasa nak pitam. Sekarang sudah okay sedikit. Setakat ini juga tak ada mengidam apa-apa,” jelasnya.

Untuk rekod, Shima mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Mohd Solih Toha, 55,  pada 8 April 2017 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Marian Sophia, 4, dan Mikhael Imaan, 3.

 

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 21 Aug 2024

[VIDEO] Ezlynn Beri Keizinan Suami Nak Cari Isteri Ketiga – “Dia Nak Orang Indonesia Pula”

‘Lumrah seorang isteri akan rasa diri kita ni tak cukup baik dan ‘sempurna’ – Ezlynn

Trending Wed, 13 Dec 2023

Pembedahan Kali Kedua Berjaya, Ibnor Riza Masih Belum Sedarkan Diri

Semoga diberi kesembuhan segera dan sihat seperti sedia kala, Amin Ya Rabb🤲🏻

Eat Travel Thu, 11 Jun 2020
Events Sat, 1 Jun 2019

#DramaRaya2019 : Ayyad Aisyah Kisah Dua-Beradik Yang Penuh Suka Duka

Ceriakan hari anda dengan drama-drama menarik hanya di TV3!

Hiburan Fri, 3 Aug 2018

Pengacara Mahadzir Lokman Meninggal Dunia

Al- Fatihah buat Datuk Mahadzir Lokman yang meninggal dunia awal pagi ini. Salam takziah dari kami di Xtra untuk seluruh keluarga Allahyarham…Semoga roh arwah dicucuri rahmat.

Hiburan Tue, 9 Jul 2019
Hiburan Thu, 17 Oct 2019

Tasha Shilla Tukar Angin, Bakal Berlakon Di Luar Pula?

Wah…semoga dipermudahkan urusan!

error: Content is protected !!