Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin March 21, 2023 @ 8:44pm

Bertuah! Meerqeen Gembira Adik Bongsu Terima Tempias Populariti – “Banyak Jenama Yang Minta Dia Jadi Model”

Selebriti popular, Meerqeen, 22, bersyukur dan gembira apabila kehadirannya dalam industri seni sedikit sebanyak memberi peluang kepada adik bongsunya, Mohd Shaqeel Shauqeen yang baru berusia satu tahun tujuh bulan menerima banyak tawaran untuk menjadi model.

Meerqeen berkata, sebelum ini sudah banyak jenama yang ‘melamar’ adik bongsunya itu, namun keluarga berpendapat belum masanya untuk Shaqeel terlibat dalam mana-mana kempen dek kerana usianya yang terlalu muda.

“Sebenarnya sudah ada banyak jenama yang meminta dia dijadikan model atau melibatkan kempen sebelum ini. Cuma kami sekeluarga merasakan belum masa yang sesuai untuk dia terlibat dalam bidang seni kerana usianya yang masih muda.

“Tapi apabila saya dilamar sebagai sebahagian daripada wajah jenama Elrah Exclusive, Shaqeel turut diberikan peranan yang sama dan pastinya peluang berkenaan tidak dilepaskan untuk berkerja bersamanya,” katanya.

 

Namun, pihak keluarganya memberanikan diri membenarkan Shaqeel terlibat sama dalam tawaran kali ini kerana mereka hanya perlu melakukan sesi fotografi bersama tanpa melibatkan banyak pekerjaan lain.

Meskipun penggambaran tersebut mengambil masa selama lapan jam, Meerqeen mendedahkan dia dan krew perlu melayan karenah Shaqeel untuk mendapatkan gambar terbaik dan menarik.

“Ini adalah pekerjaan pertama Shaqeel dan saya gembira kami dapat bergandingan bersama-sama. Memang dia banyak ragam dan memerlukan kesabaran yang tinggi. Tapi semuanya berjalan lancar.

“Bila melihatkan hasil kerja, semua rasa penat hilang. Kalau ada lagi tawaran seperti ini pada masa hadapan, Insya-Allah saya akan pertimbangkan memandangkan peluang sebegini tak selalunya datang,” jelasnya.

Terdahulu, tular di media sosial wajah Meerqeen bersama adik bongsunya itu terpampang di papan iklan LED gergasi TS Law bersebelahan menara TRX yang terletak di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Dalam perkembangan lain, lakonan Meerqeen kini menghiasi slot Akasia menerusi Melur Untuk Firdaus 2.

Bergandingan bersama pasangan serasi, Anna Jobling, jangan lupa saksikan Melur Untuk Firdaus 2 setiap hari jam 7 malam di TV3.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 9 Feb 2023

KJ Sah Jadi DJ Hot FM Mulai Rabu Depan

Fuh! Tak sabarnya nak dengar KJ dekat Bekpes Hot nanti!

Hiburan Thu, 6 Sep 2018

Fasha Sandha Muat Naik Gambar Seksi, Aliff Syukri Pula Yang Over

Komen yang ditinggalkan oleh Aliff Syukri yang dianggap sebagai membuka aib isterinya

Featured Mon, 19 Apr 2021

500,000 Guru Akan Diberi Keutamaan Vaksin

Menurut Menteri Penyelaras PICK, Khairy Jamaluddin Abu Bakar golongan pendidik akan diberi keutamaan dalam fasa kedua Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan. Beliau berkata guru-guru akan diberi keutamaan yang sama seperti warga emas, Orang Kelainan Upaya (OKU) […]

Eat Travel Wed, 26 Jun 2019

Anda rasa kurang cerdas? Amalkan enam jenis makanan ini!

Semua jenis makanan ini sangat enak sebagai hidangan.

Events Mon, 18 Mar 2019

IKEA Terbesar Dibuka Di Penang

Berita baik buat orang Utara! IKEA kini membuka gedung pertamanya di daerah Batu Kawan, Pulau Pinang.

Hiburan Thu, 15 Jan 2026

Kolaborasi Unik Siti Nordiana Bersama Apit Tearra, ‘Merayu Angan’ Satukan Rap & Jiwang Leleh

Merayu Angan mengadun emosi cinta menerusi gabungan rap dan jiwang leleh.

Hiburan Wed, 25 Oct 2023
Hiburan Fri, 5 Apr 2019

IamNeeta Kecewa Lagu Lambat Siap?

Good luck Neeta & team!

error: Content is protected !!