Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin March 22, 2023 @ 12:21pm

“Orang Kata Kahwin Ni Pun Salah Satu Jalan Taubat…” – Syamsul Yusof Jawab Status Ira Kazar Sedang Hamil, Mohon Doa Yang Baik-Baik

Pengarah dan pelakon popular, Syamsul Yusof menafikan dakwaan kononnya isteri keduanya, Ira Kazar kini sedang berbadan dua.

Memetik laporan Harian Metro, Syamsul berkata, sekiranya perkara yang dicanang itu benar, maka dia sendiri akan memaklumkan kepada umum sekaligus menyifatkan berita yang tular itu sebagai fitnah semata-mata.

“Itu adalah fitnah. Saya dapat tahu pun dari kenalan saya tapi kalau mengandung pun, Alhamdulillah.

“Tapi saya nak jelaskan,  kalau orang itu (Ira) mengandung, Alhamdulillah. Apa yang tak boleh?

“Jadi jujur saya beritahu tiada (mengandung). Kalau mengandung, saya akan maklumkan. Tapi kalau nak cakap sebegitu nak buat macam mana, saya cakap Alhamdulillah sajalah. Doakan yang baik-baik, tapi tiada (mengandung),” katanya.

 

Reda dengan ujian yang menimpa, Syamsul berkongsi sejak konflik melanda, dirinya tidak berhenti ditimpa pelbagai ujian dan fitnah termasuk ada yang ingin memboikot filem arahan dan terbitannya.

“Berkenaan saya mampu atau tidak beristeri dua, doa sajalah saya boleh jadi suami yang baik dan adil. Kita kahwin ini pun adalah salah satu jalan taubat. Jadi nak kata apa, katalah.

“Seperti rezeki mahu boikot filem saya, jujurnya ada rasa sedih juga tapi saya seorang yang mudah. Saya percaya rezeki dari Allah. Kalau Allah bagi rezeki, alhamdulillah. Orang boikot ada sebab dan saya bersyukur.

“Saya sudah melalui banyak fasa. Saya hadapi sajalah,”jelasnya.

Malah, dia juga sedar isteri keduanya itu sering menjadi sasaran kecaman netizen, namun dia berpesan supaya Ira sentiasa bersabar dan menganggap apa yang berlaku ada hikmah disebaliknya.

“Dia atau Sarah sekalipun pasti akan terkesan. Tapi saya pesan kepada Ira supaya bersabar kerana ini ujian dan setiap ujian itu pasti ada hikmah,” ujarnya.

Terdahulu, Syamsul memfailkan permohonan nusyuz terhadap isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada Selasa.

Antara alasan yang diberikan termasuklah, meninggalkan rumah sejak Oktober 2020, kedua masih menghubungi bekas kekasihnya dan ketiga enggan mematuhi notis nusyuz serta keempat sudah membuat fitnah terhadap Syamsul seperti memukul dan tidak memberi nafkah.

Untuk rekod, Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan ruamh tangga pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu,  Syaikul Islam, 6, dan Summayah, 4.

 

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 15 Apr 2022
Hiburan Tue, 12 Dec 2023
Hiburan Mon, 19 Aug 2019
Featured Fri, 28 Nov 2025

Buka Baju Atas Pentas Bukan Isu, Nidji Masih Tahu Hormat Peminat Di Malaysia

Nidji tidak akan melakukan hal yang sama di Malaysia dek kerana masih tahu peraturan dan menghormati peminat di lokasi pemsembahan mereka.

“Kadang-kadang buka baju ketika membuat persembahan di Indonesia itu bukan suka-suka tetapi sebab cuacanya

Events Thu, 27 Dec 2018

TV3 Tampil Wajah Baharu, Program Lebih Segar Bermula 2019

Apa Khabar YB juga diketengahkan dalam memberi peluang kepada rakyat mengenali lebih dekat pemimpin kerajaan yang baharu.

Featured Tue, 30 Aug 2022

Gayakan Pakaian Nampak Paha Di KLFW, Elvina Mohon Maaf

Elvina tampil mohon maaf jika pakaiannya menjolok mata dan timbul rasa kurang selesa peminat.

Hiburan Tue, 6 Mar 2018

Kes Cium Eina Azman Tagih Perhatian Netizen

Cuma, apa yang penting artis kita haruslah mengambil iktibar atas kesilapan yang pernah dilakukan, bukan mengulangi kesilapan yang sama bukan?

Hiburan Thu, 13 Mar 2025
Featured Thu, 8 Sep 2022

Raja Gelek, Datuk M Daud Kilau Kritikal Akibat Paru-paru Berair

Allahuakbar 😢 Sedihnya tengok 😔 Semoga Allah permudah segala urusan beliau 💕

error: Content is protected !!