Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain March 22, 2023 @ 3:10pm

30 Hari 30 Resepi Kembali Lagi… Senduk Kayu Jadi Simbolik, Khairul Aming Kongsi Transisi Terkini

Setiap kali menjelang Ramadan, perkongsian resepi mudah untuk menyediakan juadah berbuka pasti menjadi perhatian dalam kalangan pengguna media sosial.

Apatah lagi apabila setiap content masakan itu disediakan oleh pempengaruh terkenal Khairul Aming menerusi segmen 30 Hari 30 Resepi.

Sempena tahun keenamnya menyediakan resepi juadah berbuka di media sosial, Khairul telah tampil berkongsi transisi content masakannya dari awal penglibatannya dalam bidang memasak ini.

Perkara itu telah dikongsikan oleh Khairul menerusi sebuah hantaran di TikTok.

“Korang ingat lagi tak sudu kayu yang saya guna untuk shoot video masak ni? enam tahun lepas saya shoot video masak puasa kat atas lantai. Dia okay, cuma sakit belakang sikitlah.

“Lepastu saya pindah shoot kat atas dapur, tapi masa tu tak ada lampu yang proper. So nampak gelap, suram dan tak cantik. Then, kita shoot dekat luar jauh lagi cantik tapi saya panas dan berpeluh.

“So saya invest beli lampu studio satu letak dekat dapur terus video masak tu nampak cantik warna dia. Greenscreen pun sama,” katanya.

Menurut Khairul, dia tidak pernah meninggalkan sudu kayunya yang sudah menjadi simbolik di dalam setiap video masakannya.

Selepas memperolehi pelbagai pencapaian, pempengaruh itu bagaimanapun meluahkan rasa syukurnya kerana berjaya membuka sebuah video memasak untuk perkongsiannya akan datang.

“Lepastu kita launch sambal nyet saya bawa juga sudu kayu ni pergi sekali memang saya tak tinggal sampailah saya decide pindah ke rumah baru.

“Saya set up satu studio masak kecil kat dalam bilik tidur. Tapi studio tu dah tak ada kita dah pindah ke tempat yang baru dan Alhamdulillah kitadah ada studio yang lagi besar dan selesa sekarang.

“Saya macam tak percaya enam tahun lepas kita shoot video masak kat atas lantai tapi sekarang kita dah ada tempat yang jauh lagi selesa,” jelasnya.

Dalam perkongsian tersebut, Khairul turut mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada pengikutnya yang sentiasa menyokongnya.

“Jadi saya nak ucapkan terima kasih kepada sudu kayu ni sebab setia daripada dulu dan terima kasih juga kepada korang semua di luar sana. Akhir kata, selamat datang ke 30 hari 30 resepi tahun ke enam,” katanya.

@khairulaming 30 Hari 30 Resepi akan bermula dalam masa beberapa jam lagi. Selamat berpuasa diucapkan kepada semua 🥰 #BukaPuasa #InspirasiRamadan ♬ original sound – Khairulaming

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 14 Jun 2021

Jom Semak Senarai Kategori Layak Buat Permohonan Rayuan BPR 2021

Korang boleh semak sebab kenapa tak lulus okay!

Trending Wed, 28 Oct 2020

Kerana “Sabar”, Black Hanifah Tak Jadi Kahwin?

Soal jodoh dan pertemuan, semuanya telah ditentukan oleh Allah. Apatah lagi dalam mencari bahagia, ia bukan semudah disangka. Malah, melayari bahtera alam rumah tangga menuntut pengorbanan sekali gus menguji sejauh mana tahap sabar dan setia. […]

Featured Sun, 20 Apr 2025

“Tiada Maaf Bagimu, Saya Tiada Menantu” – Abby Abadi ‘Tolak’ Permohonaan Maaf Aslam

Kata Abby, tiada keperluan untuk menantunya itu meminta maaf.

Hiburan Mon, 22 Apr 2024

Datin Red Dedah Datuk Red Tak Balik Beraya – “Saya Tak Post, Maksudnya Tak Ada La”

Alamak, kenapa Datuk Red tak balik raya dengan Datin Red tu?

Hiburan Tue, 27 Aug 2019

Persembahan ‘Intim’ Shawn Mendes, Camila Tarik Perhatian Dunia

Pasangan ini membuat penonton menjerit ketika mereka menari, saling ‘menggoda’, dan hampir bercium.

Featured Thu, 22 Dec 2022
Featured Tue, 9 Sep 2025

Rakan Baik Amira Othman Kongsi Momen Sempena Sambutan ‘Bachelorette Party’- “Lama Simpan Rahsia Ni”

Rakan-rakan baik Amira Othman tampil dengan kejutan sambutan Bachelorette Party.

error: Content is protected !!