Selebriti hangat Azwan Ali atau Diva AA tampil menyentuh hati ramai warganet selepas tular dirinya membaca surah Al-Fatihah di TikTok, baru-baru ini.
Menerusi video yang di muat naik oleh Utusan TV, Azwan kelihatan sangat menghayati bacaan tersebut sambil bertaranum.
@utusantvofficial Isma’ Kalamullah #SelebritiRamadan – Azwan Ali – #alfatihah #inspirasiramadan #fyp #trendingnewsmalaysia #beritaditiktok ♬ original sound – UtusanTV
Melihat kesungguhan selebriti kontroversi itu mendalami ayat tersebut, kebanyakan warganet memujinya meskipun bacaannya masih perlu diperbaiki.
Dalam menyatakan rasa kagum, rata-rata warganet turut mendoakan agar Azwan terus istiqamah dalam memperbaiki dirinya ke arah kebaikan menerusi ruangan komen.