Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain March 24, 2023 @ 1:30pm

Bina Sekolah Kanak-Kanak Di Gaza, Siti Nurhaliza Pendam Hasrat Untuk Melawat Demi Faktor Keselamatan

Sejak dua tahun lalu, Yayasan Nurjiwa yang dikendalikan oleh penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza telah membina sebuah sekolah kanak-kanak, Afwa Al-Afiyah di Gaza, Palestin.

Teruja dengan perkembangan terkini sekolah tersebut, namun Siti terpaksa memendam hasratnya untuk melawat institusi tersebut atas faktor keselamatan.

Menurut Siti, pihaknya perlu membuat perancangan yang rapi jika ingin menjalankan lawatan ke sana memandangkan lokasi tersebut berisiko tinggi dan masih bergolak.

“Masuk ke wilayah Gaza sangat berisiko. Kita kena ikut prosedur perjalanan yang sah.

“Tak bolehlah nak main seludup-seludup dan perlu mendapat kelulusan terlebih dahulu memandangkan lokasi adalah kawasan peperangan.

Dalam pada itu, Siti juga sempat berkongsi perkembangan terkini sekolah yang mula beroperasi sejak Oktober 2021 ketika ditemu ramah di Majlis Sidang Media Konsert Satu Suara Vol 3, Selasa lalu.

“Saya selalu mendapat video wakil di sana untuk berkongsi perkembangan sekolah.

“Sekarang, kami sudah mempunyai lebih 50 pelajar. Sebelum ini, kami hanya menyediakan makanan untuk pelajar pada hari tertentu, tetapi sekarang setiap hari.

“Pelajar juga sudah ada pakaian seragam. Untuk anak-anak yatim piatu, kita berikan mereka pendidikan percuma.

“Alhamdulillah, sekolah ini semakin berkembang termasuk fasiliti penting seperti buku dan bahan bacaan. Mungkin kami akan membina lebih banyak kelas untuk meramaikan kemasukan jumlah pelajar, insya-Allah,” jelasnya.

Sebelum ini, Siti mengumumkan dirinya bakal menganjurkan Konsert Satu Suara Vol 3 yang bakal berlangsung pada 13 Mei depan di Mega Star Arena, Sungei Wang Plaza, jam 8.30 malam.

Konsert itu bakal menyaksikan penyanyi popular dari tahun 70-an, Jay Jay dan Ernie Zakri mewakili era 2000 berganding di atas satu pentas besar.

Persembahan ini bertujuan mengisi dana Yayasan Nurjiwa bagi meneruskan misi bantuan kemanusiaan, kebajikan, bencana alam dan pembiayaan sekolah, Afwa Al-Afiyah.

Orang ramai boleh membeli tiket berharga antara RM288 hingga RM588 menerusi www.myticket.asia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Hari Ini Sun, 14 Jun 2020
Trending Wed, 25 Mar 2020
Featured Tue, 7 Sep 2021
Hiburan Thu, 13 Dec 2018
Hiburan Sat, 20 Sep 2025
Trending Mon, 18 Apr 2022

Rugi RM152,500… Lelaki Didakwa Menipu ‘Bakal Isteri’

Seorang lelaki dituduh menipu seorang wanita wang tunai dan barang kemas untuk perkahwinan yang tak wujud..

Featured Sat, 10 Dec 2022

Imran Bard Selar Peniaga Makanan Obses Ikut Trend – “Semua Benda Nak Letak Cheese”

Pempengaruh media sosial, Imran Bard atau nama sebenarnya Muhammad Al Imran Badaruddin, 21, menerima pujian netizen setelah menyelar tindakan peniaga kerana obses menjenamakan produk jualan mengikut trend terkini. @kucengnanges dia bukan viral eh, dia TULAR […]

error: Content is protected !!