Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari March 27, 2023 @ 1:40pm

Alami Masalah Jantung & Buah Pinggang, Ebby Yus Kini Jalani Rawatan Alternatif

Pelawak dan pelakon, Ebby Yus dikhabarkan sedang menjalani rawatan alternatif secara moden dan tradisional untuk penyakit jantung dan buah pinggang yang dialaminya di sebuah hospital swasta di Petaling Jaya.

Memetik laporan Harian Metro, Ebby atau nama sebenarnya Muhammad Yunus Abdul Rashid, 58, memaklumkan bahawa keadaan buah pinggangnya masih stabil dan tidak perlu menjalani dialisis selepas membuat pemeriksaan doktor pakar di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

“Alhamdulillah, saya lega sangat dengan keputusan pemeriksaan doktor terhadap masalah buah pinggang itu. Syukur tidak perlu buat analisis lagi dan saya kena berusaha untuk cuba buat rawatan alternatif.

“Kebetulan rezeki saya, ada pihak perubatan ingin menaja rawatan alternatif di tempat mereka dan saya ingin mencubanya. Alhamdulillah, saya sudah melengkapkan empat kali rawatan setakat ini daripada 35 sesi ditetapkan,” jelasnya.

Tambah, Ebby bersyukur setelah menjalani rawatan alternatif beberapa kali dan merasai perubahan terhadap tubuh badannya.

“Setiap kali sesi dihadiri selama tiga jam dan hari-hari kena hadir ke pusat rawatan itu. Untuk beberapa hari dirawat ii, saya dapat rasakan tahap kesihatan ada perubahan apabila diri terasa ‘fresh’, termasuk kurang rasa letih dan lemah badan,” kongsi Ebby.

Walaubagaimanapun, Ebby masih berjumpa dengan doktor pakar mengikut temu janji secara berkala dan rawatan ini juga membolehkannya untuk berpuasa penuh.

Terdahulu, Ebby dilaporkan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) HKL akibat komplikasi jantung dan buah pinggang rosak pada Februari lalu.

Susulan itu, Ebby dirawat lebih seminggu di hospital kerana mendapati badannya membengkak akibat dipenuhi air dan buah pinggang tidak mampu memproses air keluar dari badan sehingga menjadi sesak nafas.

Sehubungan itu, Ebby mengambil keputusan untuk berehat dari aktiviti seni namun bersyukur diberi rezeki untuk bergabung semula dengan rakan kongsinya, Adam dengan membuka restoran masakan cina iaitu Adam Lai Kitchen di Medan Selera Kampung Baru dan telah beroperasi lebih seminggu lalu.

“Bagi yang pernah menikmati masakan makanan Cina enak air tangan Adam sebelum ini, dia kembali di dapur semula dan kami menjadi rakan kongsi kembali. Alhamdulillah, Allah memberi peluang rezeki lain lagi untuk saya,” ujarnya kepada Harian Metro.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 12 Jun 2023
Hiburan Tue, 20 Mar 2018

Raja Ilya Kini Pelakon Hollywood?

Bagi Raja Ilya, beliau terpaksa menolak tawaran tersebut kerana terdapat beberapa perkara yang dianggapnya tidak sesuai dengan dirinya

Hiburan Tue, 21 Apr 2026

Memang Kelakar! 29 Pelakon Hebat Bergabung Dalam Filem Libang Libu, Janji Hiburan Santai Penuh Makna

Menampilkan 29 orang pelakon berpengalaman dan pemenang anugerah, filem Libang Libu hadir dengan pendekatan santai,

Hiburan Mon, 3 Mar 2025

[VIDEO] Individu Berpangkat Datuk Cuba Hasut? Farid Kamil Dakwa Hampir Terpedaya Dengan Fitnah Terhadap Diana Danielle

Farid Kamil dakwa ada pihak berusaha sebar fitnah isteri, cuba pisahkan rumah tangga dengan Diana Daniele

Hiburan Thu, 26 Feb 2026

“Tugas Kita Amar Maaruf Nahi Mungkar, Aku Tak Cari Salah Sesiapa”- Tareq Fit Pertahan Diri, Balas Kata-Kata Kamal Adli & Remy Ishak

Pempengaruh media sosial dan jurulatih kecergasan, Tareq Fit tampil membidas teguran pelakon Kamal Adli dan Datuk Remy Ishak untuk tidak mencari salah orang lain.

Featured Wed, 21 Sep 2022

Susulan Isu Saman, Caprice Nekad Bagi Kereta Kepada Follower Secara Percuma

Kenapa pulak ni tiba-tiba Cap nak bagi kereta free?

Hiburan Tue, 7 Oct 2025

Shahidan Izwan Akur Rezeki Lakonan Semakin Perlahan, Kini Fokus Jana Pendapatan Sendiri

Pelakon Shahidan Izwan mengakui perjalanan karier lakonannya semakin perlahan sejak mendirikan rumah tangga, meskipun masih aktif mencari peluang dalam industri seni. Menurut Shahidan, dia tidak pernah meletakkan bayaran tinggi atau bersikap cerewet terhadap tawaran lakonan, […]

error: Content is protected !!