Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin March 27, 2023 @ 3:40pm

Diugut, Difitnah Mabuk & Didakwa Enggan Tanggungjawab Selepas Terlibat Kemalangan, Haidar Hasanudin Kesal – “Dia Mahu Selesaikan Di Luar, Tapi…”

Pelakon Haidar Hasanudin kesal apabila dituduh mabuk dan tidak bertanggungjawab selepas terlibat dalam kemalangan, baru-baru ini.

Menurut aktor siri Kampung People 3 itu, beberapa hantaran di Facebook dan TikTok menuduh dirinya memandu dalam keadaan separuh sedar sehingga mengakibatkan kemalangan.

Lebih teruk, Haidar didakwa mengelak untuk bertanggungjawab atas kejadian terbabit.

“Saya terlibat dalam kemalangan pada 15 Mac lepas. Kenderaan saya terbabas dan terlanggar sebuah proton Satria. Saya akui saya bersalah kerana melanggar dari arah belakang.

“Jadi, saya mohon maaf dan terus ke Balai Polis untuk membuat laporan untuk mengikut lunas undang-undang yang betul. Saya juga memintanya untuk membuat laporan polis.

“Selepas kemalangan, saya juga telah melakukan pemeriksaan di hospital dan pihak doktor mengesahkan saya mengalami retrograde amnesia akibat hentakan kuat beg udara di muka dan kepala saya.

“Namun, dia mahu menyelesaikan di luar dan meminta saya membayar ganti rugi. Saya tegaskan saya mahu mengikut cara yang betul. Namun dia tidak berpuas hati dengan saya kerana rupa-rupanya kereta terbabit tiada cukai jalan.

“Selepas itu, timbul pula cerita saya memandu dalam keadaan separa sedar, memandu dalam keadaan mabuk, baru balik kelab malam dan sebagainya. Pihak sana membuat hantaran di laman sosial Facebook dan TikTok memfitnah saya. Hantaran di TikTok mendapat hampir 150,000 tontonan. Lebih buruk, dia menghubungi beberapa media dan menyebarkan cerita tidak benar,” katanya.

Tegas pelakon drama bersiri Tetuan Ang dan Rahimin ini, sekiranya benar dirinya mabuk, pastinya dia sudah ditahan ketika mahu membuat laporan polis.

“Kalau benar saya mabuk, pihak polis akan terus melakukan siasatan dan menahan saya. Jika betul dakwaan itu, pastinya saya akan ditangkap ketika membuat laporan polis. Jelas tuduhan mabuk itu fitnah dan menjatuhkan reputasi saya.

“Pihak sana juga menghantar mesej berunsur ugutan terhadap saya seperti tahu di mana lokasi saya tinggal dan sebagainya. Saya rasakan perkara ini tidak seharusnya terjadi. Saya hanya mahu menyelesaikan semuanya mengikut prosedur yang betul tetapi lain pula jadinya.

“Atas faktor keselamatan, saya membuat laporan polis. Saya juga sudah berbincang dengan pihak peguam saya untuk tindakan selanjutnya atas fitnah yang sudah dilemparkan. Sekiranya dia tidak memadam semua hantaran fitnah dan membuat permohonan maaf secara terbuka, saya tidak teragak-agak untuk panjangkan perkara ini dan membuat tindakan undang-undang,” katanya lagi.

Haidar juga telah berkongsi kenyataan media yang ditulis oleh peguamnya, Muhammad Noor Azfar Noor Azmi dari Shaharudinali Azfarazmi & Co di sebuah hantaran Instagram.

Terdahulu, sebuah portal melaporkan gosip mengenai seorang pelakon yang didakwa baru pulang dari kelab malam dalam keadaan mabuk.

Terlibat dalam kemalangan, aktor itu telah melanggar kenderaan lain dan didakwa tidak mahu bertanggungjawab serta mahu melarikan diri.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 26 Aug 2021

Tiada Pengumuman Kabinet Menteri Hari Ini

Pejabat Perdana Menteri pada Khamis mengesahkan tiada sebarang pengumuman dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung pelantikan jemaah kabinet. Ismail Sabri Yaakob tiba di pejabatnya, di bangunan Perdana Putra, Putrajaya pada jam 3.38 […]

Hiburan Mon, 21 Jul 2025

“Kalau Betul Saya Tanggung Dia, Takkan Saya Sebahagia Ini” – Shila Amzah Tepis Dakwaan Sara Ubai MZ

Shila Amzah tepis dakwaan tanggung suami, puji Ubai matang dan bertanggungjawab

Hiburan Sun, 3 Jul 2022
Hiburan Sat, 16 Aug 2025
Featured Mon, 17 Feb 2025

Lagu ‘Hening Rindu’ Marsha Milan Sentuh Jiwa Thalita, Shuib Dedah Punca Anak Menangis

Saya pun nak nangis sebab teringat arwah Sarah pernah beraksi di stage itu.

Hiburan Tue, 23 Jul 2019

iKON Departs for Japan, Leaves Fans Heartbroken

Such a sad day for iKONICs! Be strong!

Hiburan Wed, 8 May 2019

‘Nak Guna Gambar Tak Salah, Tapi…’- Azhan Rani Tegur Peniaga

Hah, dengar tu…kan Syed Hamadi dah mula bersuara!

Trending Wed, 4 Jul 2018

Saya Reda, Terima Kasih SPRM Atas Layanan Baik

Insya Allah, ini adalah peluang terbaik untuk saya membersihkan nama saya secara tuntas selepas ditohmah dan dituduh dengan begitu berat sekali.

error: Content is protected !!