Euforia Bola 2026
LIFESTYLE By: SGMS Enal November 25, 2017 @ 1:15pm

Dikecualikan Syarat Potongan Gaji 60%, Kakitangan Awam Kini Layak Mohon Pinjaman Perumahan

Antara isu yang sering dibangkitkan oleh masyarakat hari ini adalah soal harga rumah yang dikatakan terlalu mahal jika hendak dibandingkan dengan jumlah pendapatan.

Keadaan ini menyebabkan ramai daripada kita terutamanya yang baru menempuh alam pekerjaan, tidak kira di sektor swasta mahupun awam, terpaksa menyewa rumah terlebih dahulu sebelum membeli rumah.

Namun apa yang memeningkan adalah harga rumah sentiasa meningkat dari semasa ke semasa jauh. Namun kerajaan melalui Ketua Setiausaha Negara, Dr Ali Hamsa dalam satu siaran media memberi khabar gembira ubtuk penjawat awam di mana kerajaan akan mengecualikan syarat potongan gaji 60% untuk pembiyaan perumahan kakitangan awam.

“Pengecualian potongan ini tidak terhad kepada perumahan PPA1M sahaja tetapi semua jenis skim perumahan,” jelas Dr Ali Hamsa.

 

Memetik tulisan Pengasas Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam), Tuan Salkukhairi Abd Sukor, beliau menjelaskan apa maksud mengenai pengecualian syarat potongan gaji 60% untuk kakitangan awam ini.

SYARAT POTONGAN GAJI 60% UNTUK PEMBIAYAAN PERUMAHAN KAKITANGAN AWAM KINI DIKECUALIKAN.

Ini berita yang baru kami terima.

Syarat pengiraan potongan gaji 60% dalam slip gaji untuk pembiayaan perumahan kakitangan awam telah DIKECUALIKAN. Ini bermakna kakitangan awam masih layak memohon pembiayaan perumahan walaupun jumlah pendapatan bersih dalam slip gaji kurang daripada 40%.

Alhamdulillah, akhirnya apa yang diperjuangkan oleh HartaGuam selama ini DIDENGARI oleh pihak kerajaan.

Walaubagaimanapun, HartaGuam akan terus memantau dari masa kesemasa agar sebarang polisi yang dilaksanakan oleh LPPSA melindungi hak dan kepentingan kakitangan awam.

Terima kasih,

SALKUKHAIRI ABD SUKOR

Timbalan Presiden
Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam)

– Siakapkeli.my

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

LIFESTYLE Thu, 17 Oct 2019

Model Victoria’s Secret Bella Hadid Wanita Tercantik Di Dunia

Bella Hadid adalah pemenang yang jelas apabila semua unsur wajah diukur untuk kesempurnaan fizikal

LIFESTYLE Thu, 28 Mar 2019

The Capella Hotels & Resorts: A 5-Star Effort in Attaining Excellent Sustainability

The Capella Hotels & Resorts are committed to caring for the environment.

Fab Foodies! Mon, 30 Apr 2018

Kafe Ini Wajib Dilawati Buat Pencinta Kucing Tegar!

Konsep kafe ini berasal dari Taiwan dan mendapat sambutan yang baik di Malaysia. Selain dapat bermain dengan kucing yang diimport dari luar negara, anda juga boleh menjamu makanan western yang istimewa di sini

LIFESTYLE Sat, 2 Nov 2019

Pernah Kena Tindih Waktu Tidur? Mungkin Ini Jawapan Yang DiCari

Terjaga dari tidur. Jam menunjukkan pukul 2 pagi. Anda cuba bangun namun susah. Dada terasa sakit, suara tak keluar dan bulu roma mula meremang, “Ah, kena tindih pulak”, anda mula bermonolog. Ramai individu pernah mengalami […]

LIFESTYLE Sun, 1 Sep 2019

Simptom-Simptom Anemia

Betul kata doktor lebih baik mencegah dari merawat. Kenali simptom simptom ini.

LIFESTYLE Fri, 1 Mar 2019

Tontoni Variasi Dokumentari Menarik Di Saluran Al-Jazeera Bulan Mac Ini

Antara dokumentari menarik yang disajikan pada bulan ini adalah Battlefield Washington, Myanmar: Unholly Alliance, Head to Head dan slot WITNESS: The Husband School, False Confession dan The Belarus Dilemma.

LIFESTYLE Tue, 14 Aug 2018

Bahan ‘Magik’ Dalam Produk Kosmetik Mungkin Racun Tanpa Sedar

Produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan hydroquinone lazimnya dipasarkan untuk tujuan mencerahkan kulit, merawat masalah jeragat dan kulit tidak sekata manakala produk kosmetik yang dicampur palsu dengan tretinoin biasanya dipromosikan untuk tujuan merawat masalah jerawat dan membantu mengurangkan kedutan.

FESYEN Thu, 8 Aug 2019
Hiburan Mon, 18 Feb 2019

Age Beautifully and Healthily with Anti-Ageing Recommendations

Gotta look good to keep up with the flow!

LIFESTYLE Mon, 30 Jul 2018

Cantikkan Wajah Dengan Air Cucian Beras

Tidak sangka yang air cucian beras ada kelebihannya terutama pada kecantikan wajah.

error: Content is protected !!