Euforia Bola 2026
LIFESTYLE By: SGMS Enal November 2, 2019 @ 9:52am

Pernah Kena Tindih Waktu Tidur? Mungkin Ini Jawapan Yang DiCari

Terjaga dari tidur. Jam menunjukkan pukul 2 pagi. Anda cuba bangun namun susah. Dada terasa sakit, suara tak keluar dan bulu roma mula meremang, “Ah, kena tindih pulak”, anda mula bermonolog. Ramai individu pernah mengalami situasi sebegini namun tak semua tahu puncanya. Nak tau apakah penjelasan sains berkaitan dengan fenomena kena tindih ni? Teruskan membaca untuk maklumat selanjutnya.

Kelumpuhan tidur tidak memudaratkan kesihatan

Ia merupakan fenomena yang boleh dianggap aneh. Disebabkan oleh itulah kebanyakan individu mengaitkan pengalaman merasai kelumpuhan tersebut dengan fenomena paranormal. Suatu ketika dahulu, kita tidak memahami mekanisme di sebalik keadaan ini namun kini, kita tahu bahawa dua hormon mempunyai kaitan dengannya, Glycine dan Gamma Aminobutyric Acid (GABA). Kedua-duanya memainkan peranan penting melumpuhkan otot-otot badan ketika fasa rapid eye movement (REM) kerana pada ketika ini, kita mengalami mimpi. Tujuan kelumpuhan tersebut adalah untuk mengelakkan kita daripada melakukan perkara yang dimimpikan.

Secara fisiologi, anda sepatutnya tidak sedarkan diri ketika fasa REM ini. Mata anda tertutup rapat dan mimpi hanyalah sekadar mimpi. Namun, jika seseorang itu bangun ketika fasa REM, maka individu tersebut akan mengalami kelumpuhan kesan daripada rembesan hormon tersebut. Otot anda masih lumpuh tetapi mata anda berkeliaran memandang persekitaran dan dalam masa yang sama, anda merasakan sesuatu menindih di bahagian dada anda. Usah khuatir! Anda akan boleh bergerak seperti biasa. Kelumpuhan ini kebiasaannya berlaku dalam sekitar 1 hingga 3 minit. Ia tidak akan menyebabkan apa-apa masalah kesihatan melainkan pengalaman yang agak menakutkan.

Halusinasi dan makhluk halus yang menindih

Amigdala merupakan sistem saraf yang berbentuk kacang, terletak pada bahagian lobus temporal tengah. Ia adalah sebahagian daripada struktur basal ganglia dan bahagian otak yang paling aktif ketika fenomena kelumpuhan tidur kerana fungsinya adalah untuk mengawal atur memori berkaitan perasaan dan ketakutan. Bayangkan anda mempunyai amigdala yang sedang aktif membuatkan anda takut, namun tiada apa-apa perkara di persekitaran yang mempunyai keupayaan untuk membuatkan anda takut. Ini merupakan satu paradoks dan solusi kepadanya adalah halusinasi.

Brian A. Sharpless dan Monika Klikova telah menerbitkan kajian di Jurnal Tidur pada tahun 2019 yang melibatkan 185 individu yang didiagnos dengan masalah ini. Dapatan kajian tersebut telah mendapati bahawa 58 peratus daripada mereka merasakan kehadiran sesuatu yang bukan manusia di dalam bilik sewaktu fenomena tersebut sedang berlaku. Halusinasi boleh berlaku dalam pelbagai jenis bentuk. Ada individu yang melaporkan mereka merasa seolah-olah di awang-awangan, ada yang ternampak individu asing berada bersama mereka di tempat mereka tidur dan ada yang ternampak makhluk halus menindih dada mereka.

Risiko dan rawatan

Terdapat pelbagai jenis faktor yang boleh dikaitkan dengan kebarangkalian seseorang individu untuk menghadapi kelumpuhan tersebut.

  • Faktor genetik
  • Sejarah trauma
  • Masalah kesihatan mental
  • Masalah kesihatan fizikal
  • Masalah berkaitan kualiti tidur
  • Penggunaan dadah

Setakat ini, tiada rawatan spesifik menurut protokol perubatan dalam merawat masalah ini. Perkara yang sering diketengahkan adalah tabiat tidur yang baik. Kelumpuhan ini boleh menjadi petanda bahawa anda tidak mendapatkan tidur yang cukup. Antara rekomendasi untuk mengelakkan fenomena ini adalah untuk menghindari alkohol dan dadah 3 jam sebelum waktu tidur. Minuman berkafein juga perlu dihadkan dan barangan elektronik perlu dielakkan sebelum waktu tidur untuk menjamin kualitinya.

Kesimpulan

Kelumpuhan tidur bukanlah satu penyakit yang serius namun ia merupakan pengalaman yang menakutkan. Halusinasi kebiasaannya dialami oleh sebahagian besar individu, namun begitu, fenomena tidak akan berlarutan. Jaga tabiat tidur anda dan pastikan anda mendapatkan tidur yang cukup. Jika anda risau berkenaan dengan fenomena ini, berjumpalah dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber: Hello Doktor

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Fab Foodies! Tue, 26 Mar 2019

2 Cherry Blossom Drinks You Can Consume to Have a Wholesome Spring Experience

Just because we don’t have 4 seasons here in Malaysia, it doesn’t mean we can’t have a taste of Spring…literally!

LIFESTYLE Tue, 31 Dec 2019
LIFESTYLE Wed, 17 Jul 2019

4 Khasiat Air Kelapa Untuk Ibu Mengandung

Untuk pengetahuan anda, ia meupakan satu minuman tebaik daripada pengambila air yang berkafein dan bergas dan manis

FESYEN Wed, 27 Nov 2019

Disappointed; Fans Couldn’t Help But Felt Lady Gaga’s Make Up Line ‘Haus Labs’ A Major Let Down

After all those hypes, fans just couldn’t help but express their disappointment to the collection.

LIFESTYLE Tue, 26 Jun 2018

3秒测出你给人「第一印象中的缺点」第一眼看到什么?

虽然说勿以貌取人,但藉由初次见面的谈吐塑造的第一印象都会影响接下来对某人的想法和观感。

LIFESTYLE Thu, 8 Aug 2019

Apa Maksud ”Chersonesus Aurea”?

negara kita mempunyai satu lagi nama iaitu “Golden Chersonese” atau “Semenanjung Emas”.

LIFESTYLE Tue, 31 Jul 2018

LEGO推出超壮观「霍格华兹城堡」

LEGO在今年陆续推出许多哈利波特系列的乐高、人偶组,最近更发出了「LEGO 71043 霍格华兹城堡」将于9月1日全球发售的消息!城堡中的细节难计其数,会动的楼梯、消失的密室、爱哭鬼麦朵的厕所通通都有!

LIFESTYLE Tue, 5 Jun 2018

Lebih Ramai Pasangan Bercerai Disebabkan Alasan Tak Masuk Akal!

Hanya kerana si isteri tertinggal barang yang dibeli di pasar berlaku pertengkaran ketika dalam perjalanan pulang dengan menaiki motosikal sehingga suami melafazkan talak kepada isterinya.

LIFESTYLE Sat, 17 Feb 2018

过年夜夜狂欢?职能治疗师「5建议」年节更保身心健康

逢年过节少不了吃吃喝喝,亲友拜访更常见通宵达旦的状况。对此许多人在过年期间与亲友相聚,却因为人际压力与失落感,出现焦虑、心悸或失眠状况,尤其是罹患精神疾患的族群,面对这些状况的时候,后果更加严重。

error: Content is protected !!