Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi March 30, 2023 @ 5:59pm

[VIDEO] Tak Ketuk & Buang Kulit Luar Serai, Sheila Rusli Komen Hantaran Instagram Elisya Sandha… Netizen Puji Handal Memasak Macam Ibu Mertua!

Selepas ditegur gara-gara cara memotong limau nipis yang salah, pelakon Elisya Sandha sekali lagi mendapat perhatian warganet apabila menyediakan juadah berbuka untuk suaminya, Uzair Haqimy.

Menerusi perkongsian di Instagram, Elisya memuat naik sebuah video yang memaparkan dia sedang memasak juadah-juadah berbuka di dapur.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Elisya (@elisyasandhaofficial)

Namun apa yang menjadi perhatian adalah bahan masakan yang digunakan Elisya iaitu serai tidak tidak diketuk dan dibuang kulit luar dengan sempurna.

Tinjauan di ruangan komen mendapati sesetengah warganet menegur Elisya mengenai potongan serai tersebut.

Malah, lebih menarik perhatian adalah ibu mertuanya, pelakon dan pengacara, Sheila Rusly turut meninggalkan komen pada perkongsian video tersebut.

Sheila memuji anak dan menantunya itu dalam menyediakan juadah berbuka, namun turut menegur Elisya agar serai yang digunakan perlu diketuk terlebih dahulu dan dibuang kulit luar sebelum memasak.

“Clever anak menantu mama tapi next time serai titik (ketuk) betul-betul buang kulit luar, potong hujung yang keras tu,” komen Sheila.

Sementara itu, ada juga yang memuji Elisya kerana handal memasak seperti ibu mertuanya.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] “Macam Mana Nak Perah Tu Sis?” – Netizen Tegur Cara Potong Limau Nipis Salah, Peminat Pertahankan Elisya Sandha

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 17 Jan 2022

Hangatkan Slot Samarinda TV3 – Uyaina Arshad, Nazim Othman & Fify Azmi Bergandingan Dalam ‘Kau Cipta Kasih’

Khadijah, Idris, Ramlah dan Hasnah, empat adik-beradik membesar tanpa kasih sayang daripada kedua-dua orang tua yang melepaskan tanggungjawab mendidik dan menjadi teladan kepada anak-anak. Namun, mereka tidak mudah menyerah dan sentiasa berusaha untuk mencapai kebahagiaan. […]

Hiburan Fri, 19 Oct 2018

Zizan Razak Dah Popular Di Indonesia?

Peminat dan media di Indonesia dah mula kenal dan menyapa saya…

Events Tue, 14 Jun 2022

Yakin Mahu Ganti Justin Bieber Buat Konsert, Iqbal Zulkefli Dicemuh Netizen – “Saya Syorkan Pendam Je Bakat Tu”

Alahai netizen pun, Iqbal bergurau je tu 😂 Tapi kalau betul Iqbal nak ganti Justin Bieber korang nak pergi tak konsert? 🤪

Trending Wed, 11 Jul 2018
Trending Wed, 27 Jun 2018

Al- Fatihah! Pakar Dodol Pelik Dodolnya Hangus, Rupanya Petanda…

Bagaimanapun hati saya menjadi resah sepanjang Ramadan lalu, sehingga dodol yang saya hasilkan tiga hari sebelum Aidilfitri tidak menjadi dan terpaksa dibuang begitu sahaja.

Hiburan Fri, 13 Dec 2019

黄明志《4896 Final Call》吉隆坡站演唱会取消!

因合作无法达成共识,星艺娱乐宣告《黄明志<4896–Final Call>世界巡回演唱会》吉隆坡站取消!

Hiburan Mon, 3 Apr 2023

[VIDEO] Untung Dapat Dengar Nyanyian Live! Kanak-Kanak Terpaku Dengar Suara Merdu Anuar Zain

Pelbagai lapisan umur yang minat dengar suara Anuar Zain ni

error: Content is protected !!