Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: Padin March 30, 2023 @ 3:51pm

‘Celarriebration’ Lengkapkan Gaya Aidilfitri

Tidak lengkap sekiranya berbaju Melayu atau sepersalinan Baju Kurung di musim perayaan Aidilfitri tanpa sepasang kasut yang memainkan peranan penting untuk tampil bergaya.

Semestinya koleksi terbaharu daripada jenama LARRIE menjadi tumpuan ramai untuk memilikinya.

Sempena dengan Aidilfitri 2023, jenama ini berbesar hati untuk memperkenalkan koleksi baharunya yang bertemakan ‘Milano Flair’. Koleksi ‘Milano Flair’ diilhamkan dari konsep yang menawan, ikonik dan mengikut arus permodenan dunia fesyen.

Koleksi baharu yang menarik ini menampilkan warna rona romantis dan lembut seperti lemonade pink, romantic white, lucite green, royal blue, toasted almond dan glacier grey.

Semua tema ini didorong oleh unsur-unsur yang biasa dilihat pada musim bunga dan musim panas di Milan. Jenama ini menjangkakan koleksi ini bakal mendapat sambutan menggalakkan daripada pelanggan memandangkan ia adalah koleksi yang terkini dan terbaru yang dikeluarkan oleh mereka.

Signifikan sebagai LARRIE For Him, jenama menampilkan gaya yang bergaya, selesa serta sempurna untuk ziarah-menziarahi pada Aidilfitri kelak. Musim ini, jenama membawakan anda koleksi lebaran dengan tema warna musim bunga dan musim panas yang didorong oleh fesyen Milano yang terkenal dengan gayanya.

Sorotan koleksi lelaki musim ini termasuk kasut kulit, loafers dan slip-on dalam kombinasi dua tona warna berbeza warna musim panas, seperti kelabu glasier, jingga tangerine badam panggang dan kelabu gelap.

Bagi peminat kasut loafers kulit, koleksi untuk hari lebaran boleh didapati dalam warna semula jadi seperti coklat dan kelabu, menjadikannya sesuai untuk lelaki yang ingin kelihatan bergaya dan santai.

Menariknya, beberapa gaya loafer dan slip-on didatangkan dengan kusyen tumit terbina di dalam untuk serapan hentakan yang lebih baik selain membantu mengurangkan keletihan pada kaki. Selesa dan praktikal, kasut ini sesuai dipadankan dengan sempurna bersama Baju Melayu atau dipadankan dengan seluar jeans untuk kunjung-mengunjung.

Untuk koleksi wanita, jenama memperkenalkan rangkaian kasual yang cantik, cerah dan berwarna-warni untuk disuaipakai pada Aidilfitri. Juga diinspirasikan gaya Milano yang bergaya, koleksi ini menampilkan selipar, sandal dan Mary Jane dalam warna pilihan wanita kini seperti merah jambu limau, biru diraja, dan putih romantis

Untuk mencipta rupa yang bergaya dan menawan, mereka yang anggun boleh menggunakan kasut sneakers jenis wedge dengan tapak kasut yang tebal dan selesa, sesuai dipadankan dengan Baju Kurung atau Baju Kebaya.

Untuk yang memilih gaya kasual pada Aidilfitri, Larrie menyediakan pilihan kasual untuk para wanita . Didatangkan bersama kusyen di dalam tapak kasut yang tebal dan lembut ,kelebihan ini membantu menyokong dan memberikan keselesaan kaki sepanjang hari kepada si pemakai. Gaya ini sesuai untuk dipakai pada musim Aidilfitri yang sememangnya akan sentiasa berjalan memenuhi jemputan kenalan dan yang tersayang.

Koleksi Aidilfitri ini berharga dari RM99 hingga RM399 dan boleh didapati di semua gedung membeli-belah utama di seluruh negara dan pilihan kedai dalam talian di larrieshoes.com dan larrieconceptstore.com serta di Shopee, Lazada dan Zalora.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 17 Jul 2018
Gaya Hidup Tue, 20 Nov 2018

Jom Intai Rutin Pagi Yang Dilakukan Enam Wanita Berpengaruh Ini Setiap Hari!

Setiap hari wanita-wanita ini akan melakukan hal yang sama untuk kekal sihat, bertenaga dan bersemangat!

Gaya Hidup Mon, 15 Sep 2025

Malaysian Craft Council Angkat Kota Bharu Ke Peringkat Dunia, Sasar Pengiktirafan ‘World Craft City’

Pencalonan ini membuktikan kejayaan warisan seni kraf negeri Kelantan di mata dunia.

Featured Wed, 8 Apr 2020
Eat Travel Tue, 21 Apr 2020

Resipi badak berendam unik Catrionna Brian Ross

Pupuk minat anak hargai kuih tradisional

Featured Fri, 27 Apr 2018

Kencing Di Dalam Kolam Renang Bukan Saja Jijik Tapi Boleh Mudaratkan Diri Sendiri

Pasti ramai antara kita yang pernah membuang air kecil di dalam kolam renang. Begitupun, tindakan tersebut sebenarnya perlu dielakkan. Selain menjijikkan, ia juga boleh memudaratkan kesihatan.

Gaya Hidup Wed, 9 May 2018

Ikuti Tip-Tip Ini Jika Anda Selalu Menggunakan Komputer, No. 3 Paling Penting!

Tak kiralah penggunaan desktop atau laptop, tip-tip atau hack ini memang khas untuk anda.

Featured Wed, 8 May 2019
Gaya Hidup Sun, 9 Dec 2018

5 Menu Diet Telur Rebus Yang Perlu Anda Cuba

Telur adalah sumber protein dan serat yang sihat.

Featured Wed, 19 Dec 2018
error: Content is protected !!